hai belog yang dah bersawang. maaf lah aku mengabaikan kau. susah nak maintain 2 belog dalam satu masa. yang satu tu pun tak terjaga, mana nak mengadap yang baru ni ha.
dan salah satunya sebab aku jarang update belog ni sebab sesungguhnya aku tak ada perkembangan dalam preparation kahwin. patut tak aku risau? tolong jawab!!!!
aku suppose kahwin bulan 2 tahun depan yet aku tak ada tarikh lagi. so faham-faham jelah kalau takde tarikh tu makna nya satu hapak pun aku tak book lagi. kekangan kerja membuatkan aku malas nak survey apa-apa. jangan kan walk in dari bridal ke bridal nak bloghopping pun aku malas nauzubillah. i dont noe where my enthusiasm went.
right now aku macam fikir nak kahwin je. lantak lah nak grand ke tak. yang penting nikah. boleh tak aku sampai pikir camtu? betapa malas nya aku nak mengurus kan everything.
setakat ni, perkembangan yang dah dibuat ialah membeli barang kemas. sebab aku takut harga emas melambung lagi dan mengakibatkan barang kemas aku menjadi semakin ringan dan ringan, aku membuat tindakan untuk membeli emas awal. yelah, budget memang sampai bebila pun banyak tu je tapi harga emas segram makin naik dan naik.
bagi yang nak kahwin dalam masa terdekat, sudahkan anda membeli cincin/ gelang/ rantai anda? sila lah tarik tangan tunang anda dan serbu kedai emas berdekatan. sudah tentu sekali aku tidak men suggest kalian merempuh kedai emas seperti habib jewel ataupun poh kong kerana arakian kalian akan menghabiskan duit pada upah semata.
pegi kedai emas cina biasa saja. memang cabaran nak cari design cun di kedai cina biasa, tapi berusaha lah lebih gigih mencari dari satu kedai ke kedai yang lain. anda pasti mampu menemukan design yang best. sebab aku tengok kat kedai cina yang aku gi kat batu pahat tu banyak je design macam kat habib jewel. standard ah, benda camni cepat je dia tiru kan?
so, jangan lah perabis duit k? unless kau memang banyak duit, dipersilakan dengan segala hormatnya. baiklah. sekian aku melaporkan dari rumah sewa yang bahang bagai nak gila petang ni mengakibat peluh mencurah-curah sementara aku menaip entry ni. babai, penulis nak bersiram dulu! chiow.
1 comment:
dear...kamu tau x saya jual emas??? dah beli ke belum? kalau belum... saya jual emas murah rm10/gm dari harga kedai =))
kalau dah beli xpelah.. kalau belum... bolehlah bgtau ya... saya bantu kawan2...=)) ade beberapa pic dr my blog pasal emas...
Post a Comment