Thursday, November 24, 2011

kata-kata orang yang dah penat buat preparation wedding padahal bukan buat apa pun.

semakin dekat dengan tarikh nak kahwin semakin aku merasakan yang aku tak sepatutnya terlalu kisah dengan preparation wedding. oh, apakah kata-kata aku ni? ntah lah seriously aku rasa benda ni waste of energy aku. ni bukan kata-kata orang dah putus asa ke apa. tapi memikirkan betapa banyak nya energy aku dedicate kan untuk wedding purpose ni, aku rasa wah betapa bersungguh nya.

kan lebih baik kalau aku cuba memfokus untuk menjadi bakal isteri yang terbaik lepas perkahwinan ni. aku baca belog orang lain, aku begitu mengkagumi keazaman diorang buat preparation wedding masing-masing. yang mana berbelanja banyak (sebab mampu) untuk dapatkan dream wedding mereka, aku kagum dengan banyak nya duit korang. dah lama ke korang kumpul duit ek. kerja berapa tahun baru kahwin? sebulan simpan berapa? berapa lama simpan. serious aku envy.

pastu yang rajin gila diy tu pun. selalu orang yang diy ni dia akan diy almost everything. atas alasan nak jimat, banyak benda yang di diy. memang aku akui boleh jimat banyak. tapi di sini aku kagumi lak kesungguhan korang dan akan banyak nya tenaga korang buat itu ini. woah. aku ni cikgu je. seperti orang cetek minda kata, kerja separuh hari je. (im being cynical k) tapi yarabbi letih nya bila balik kerja. time cuti sekolah pulak rasa nak rehat puasa-puas. memang tabik ah kat orang yang gila-gila diy everything.

tapi sekarang, dah terlambat untuk aku tekan brek. aku dah mula 'kisah' dengan segala-gala nya. padan lah dengan muka aku. aku ni banyak sangat berfikir. akhirnya aku yang penat. F pun risau tengok aku. sometimes he makes me sound foolish and silly, " Ya Allah, kenapa nak kisah sangat b? uncang je kan..."  " lah, lari sikit warna dia takpelah..."

gila kan. kadang tu bila dengan F cakap macam tu baru aku sedar betapa bangang nya aku terhadap benda ni. tapi memang nature aku macam tu. when i decide on something i will not settle with anything less. sebab tu aku nak benda ni cepat habis. gila ek? orang lain tu siap dah kahwin rindu-rindu nak buat praparation kahwin. aku boleh lak cakap macam ni. hehe. memang lah aku ni pelik.

nasihat aku pada bride-to-be yang baru nak mula journey, "DON'T PUT TOO MUCH THOUGHTS" seriously boleh membunuh.

who cares pasal gubahan bunga tangan kau? so what kalau kau gubah sendiri pun and it doesnt look as nice as the one arranged by pros? so what kalau takde bunga tangan pon?

who cares pasal doorgift? boleh simpan buat kenangan ke, makanan ke, siapa kisah? who cares kalau warna riben caca marba sekalipun?

aku rasa aku dah burnt out. cuba sedaya upaya untuk tak kisah tapi aku still kisah. kenapa lah aku tak boleh jadi manusia normal je. kenapa lah kahwin ni jadi big deal sangat. sakit otak aku jadi nya.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

*sambil hentak-hentak kaki. haha*

7 comments:

ween said...

cn, don't be a bridezilla! :) yeah, who cares with all those props, don't stress up yourself with those litle things ya. yg penting makanan sedap and enough and both of u selamat jadi suami isteri. take care

ZIEMA said...

Its ok dear. Tak payah nak stress sangat ok. Just go with the flow :)

erin moshimoshi said...

wahh sabar2 jgn hentak2 kaki ..
sama2 kite org johor kan

Haisa said...

rileks la...sy pon sm...mkn dekat date mkn serabut...nk jer cpt2 setel...hehe

nuraien said...
This comment has been removed by the author.
Memory of A Time said...

ehehe...betul tu. who cares la kan..?

jangan pikir banyak sangat. cube cool down, kekadang kite yang nak jadi pengantin ni terlampau pikir nak bagi persembahan yang terbaik untuk orang, (also risau orang cakap2) tapi cer bayangkan, ntah2 kite je beriya2 nak buat itu ini untuk guest, tapi sebenarnya bukan itu yang diorang mahukan....

buat dan bagi ape yang dirasakan terbaik ikut kemampuan - kemampuan bukan segi duit je, tapi masa...tenaga... yang penting do it full in love and sincere... ^_^

chill!

cik nurulain said...

ween: cant help it la..mmg da transform jd bridezilla.

ziema: tu lah. hope im sane enuf.

erin: hehe, sama la. majlis bila?

haisa: best kn klu da lepas. takyah pk lg..

memory of a time:
huhu. try my best tanak care tp care lahhh gakk.