Sunday, November 20, 2011

life selepas kahwin.


asek cerita perihal wedding je. meh cerita kisah lepas kahwin lak. itu yang lagi penting kan? aku kerja kat muar. F lak kerja kat bp. walaupun both of us kerja gomen yang memang boleh sangat lah nak tukar tapi buat masa ni both of us taknak tukar lagi.

F sebab dia dah selesa kat pej kesihatan bp tu. ramai member pastu unit dia sekarang best. banyak ot katanya. kalau tukar muar takut dapat unit yang tak best. plus dia nak tunggu sah jawatan maybe nak sambung belajar. aku lak sama jugak. baru nak selesakan diri kat sekolah ni.

kalau ada yang tak tau aku ngajar sekolah pendidikan khas masalah pendengaran. yeah yeah. dealing with the signage and all. heee. bidan terjun k? masa study aku amik science normal. meaning ajar budak normal la. sebab pendidikan khas ni sebenarnya ada kos dia sendiri. tup tup dapat posting situ. walaupun pada awalnya nangis bagai nak rak. lama-lama aku redha. dah lama sikit baru nampak hikmah nya satu-satu.

once kau dah masuk sekolah pendidikan khas, kau akan tukar pun ke sekolah pendidikan khas gak. the thing is sekolah pendidikan khas ni bawah KPM. nama kau straight from KPM to school. kalau sk, sjkc, sjkt atau sekolah menengah dia banyak susur galur. from KPM hantar ke JPN hantar ke PPD. so, aku belum lagi nak mintak tukar sebab aku takut kalau tukar ke bp aku tak dapat sekolah pekak lagi tapi dapat sekolah integrasi kena ajar budak masalah pembelajaran.

bukan aku taknak ajar masalah pembelajaran tapi aku belum puas lagi menerokai dunia masalah pendengaran. :) ok, panjang lak elaboration nape masing-masing tanak pindah ek. jadi aku dengan F amik keputusan untuk duduk tengah-tengah. antara anyir dan jakarta. haha. tak tak. antara muar and bp. somewhere around pt yusof/ sg balang camtu lah. kalau duduk situ masing-masing akan ke tempat kerja dalam setengah jam gitu.

i know, jauh kan? tapi takpe la. awal-awal ni takpe kut. sekarang ni F tengah cari rumah sewa area pt yusof/ sg balang. dia mintak tolong kawan dia yang duduk pt yusof carikan. ada 1 rumah ni sewa 450. mahal gilos pada aku. katanya rumah baru. tapi ntah lah ek. rumah sewa mak aku teres 1 tingkat kat jb dekat dengan perling mall pun sewa baru 550. tu kat jb tau.

kalau bp mesti lagi murah. inikan lak area pt yusof tu. bukan kat town pun. macam tak munasarawak lak harga nya. then cari lagi, ada satu rumah lagi ni sewa 350. macam ok, pastu F kata ," tapi kawan d cakap rumah tu ada hantu" sengal ek? dah dia cakap camtu sah-sah lah aku tanak. nanti dia balik ot lambat aku tinggal sorang. takut ah aku. yang terbaru ni ada lagi satu rumah sewa nya 380. katanya rumah baru. tapi aku dengan F pun tak tengok lagi rumah nya.

mahal tak 380 kalau kat area sg balang tu. dia bukan kat bandar pun. lebih kurang setengah jam gak lah dari bandar sebab pejabat F kat bandar bp. dari bandar muar setengah jam lebih sikit kut sebab setengah jam tu sampai sekolah aku je. bandar muar depan lagi.

siapa yang tahu rate area tu boleh bagi opinion tak? aku ni culture shock sikit sebab skang aku menyewa kat bukit pasir muar. rumah kg 2 pintu tapi luas dia aku rasa lagi luas dari rumah teres 1 tingkat kat bandar. sewa cuma 280 je. so bila dengar sewa kat sg balang sampai 380 rasa cam mahal je sebab sg balang tu jauh dari semua benda kut. bukit pasir tu at least ada pekan besar, dekat dengan tol pagoh.

please please please help me. atau siapa ada tau rumah sewa murah area pt yusof/ sg balang atas sikit sri menanti. do help me k?

2 comments:

erin moshimoshi said...

jom exchange .. i done

N.A said...

dear (ok maaf, byk komen kat blog awak hari ni)

1 - rumah yang awak ckp mahal tu kemungkinan bole jadi mahal sebab orang jarang nak sewa situ, jadi bile ada orang nak sewa, dia mark up lar...dan kurang saingan. kalau rumah mak awak kat perling tu tak bole la nak letak mahal2 sebab persaingan banyak...

2 - mungkin mahal sikit sebab rumah besar? laman luas? ke... awak dah tengok rumah nye?