Showing posts with label bridal kayangan. Show all posts
Showing posts with label bridal kayangan. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

bila cikgu sains yang tangan kejung melukis.

ni lah hasil dia. memang can not gi kan? hahaha.









siapa faham apa aku lukis? yang nyata ia bukan lah sejenis kuih ye. siapa faham boleh tolong explain kat Saiful BK tak? hahaha. aku rasa dia naik sawan agaknya lepas tengok sketching aku ni. mesti urut-urut dada je dia. hahahahaha.

p/s: bosan sebenarnya malam-malam gini tak tau nak buat apa. happy preparing you guys! :)

perancangan seminggu dan kenaikan gaji kakitangan kerajaan.

as salam dan selamat hari ahad!

aku baru balik dari rumah pak uda.semalam gi rumah pak ngah. sekarang ni sesi touring rumah pakcik-pakcik. 07/11 nanti adik aku menikah dulu kat segamat. nanti majlis dia serentak dengan aku, meaning 2 pasang pengantin lah masa resepsi aku nanti. jadi nya sekarang ayah tengah dalam proses penghebahan kepada adik beradik dia untuk hantar adik aku menikah nanti.

adik aku memang kahwin awal sikit sebab ayah aku jawa, dia nak lain kan tahun Islam. kata orang kalau boleh menikah jangan tahun yang sama. so, adik aku akan kahwin tahun Islam dan tahun masihi yang berlainan dengan aku. aku ok je, ikut je cakap orang tua. diorang lagi berpengalaman kan. benda-benda macam ni tak boleh banyak soal sangat. :)

anyway sekarang ni cikgu ain (aku lah tu) tengah bercuti selama seminggu sempena deepavali. so, banyak juga benda yang aku plan nak setel kan within seminggu ni.

  • Gi pejabat agama, ambik borang nikah, setelkan mana yang boleh sementara F setel borang dia di bp.
  • Gi bridal, amik measurement untuk buat baju baru. Saiful BK tu cakap harini dia gi cari material untuk baju aku and F.
  • bincang dengan saiful pasal design pelamin nikah and deko bilik. briefly la, pelamin sanding da brainstorm idea sikit-sikit haritu masa bayar deposit.
  • usha kedai makanan ringan. nak cari apa yang sesuai untuk tetamu cilik. tetamu dewasa aku bagi telur isi dalam mug. aku suggest kat mak tetamu cilik better bagi benda yang simple tak payah bagi telur.
  • hantar baju nikah ke tailor. mintak dia siapkan cepat supaya boleh hantar kat Saiful BK untuk buat beadings (simple jela, takde nak bling bling sangat)

setakat ni, tu jelah planning aku untuk seminggu ni. tak tau lah berjaya setel kan semua ke tak. F akan datang jb probably hari selasa. aku suruh dia amik cuti. bukan apa, kalau da nak dekat tarikh nya nanti aku takut ayah dah kurung aku tak kasi keluar, apetah lagi keluar jumpa F. better setel kan perkara yang melibatkan aku dengan dia awal-awal.

also, aku nak pergi pesuruhjaya sumpah. ini bukan regarding wedding, tapi pasal lantikan aku. insya Allah kalau dah setel semua borang, early next year, berubah la gred aku sekaligus naik la sikit gaji. elaun-elaun yang sebelum sah lantikan tak dapat macam elaun rumah dan elaun khas mengajar murid pendidikan khas jugak insya Allah akan dapat after dah sah lantikan.

pastu nak tunggu pasal kenaikan gaji lagi. aku sebenarnya confius sangat dengan belanjawan 2012 yang najid announce ritu. kata nya orang gomen ada kenaikan. tapi aku pun tak reti nak cakap nya macam mana. bila aku baca entry ni pasa sistem saraan baru perkhidmatan awam (SSBPA) , makin pening aku. tapi takpe. tunggu je. ada rezeki adalah. kalau betul naik, alhamdulillah sangat. memang rezeki kami laki bini lah. kami ni dua-dua orang gomen. cuma aku pendidikan, F kesihatan.


Friday, October 14, 2011

penjimatan dan promosi tak berbayar.

aku rasa aku ni memang meroyan nak kahwin agaknya. badan aku je ada sama ada kat rumah or sekolah tapi roh nya menerawang. serius. macam zombi pun ada. pagi petang malam bawak ke pagi balik, itu jelah dalam kepala aku. kadang-kadang tu tengah berborak pun aku boleh lost in conversation kekdah nya asik pikir pasal kahwin. orang lain ada rasa macam tu tak? ke aku ni je yang freak nak mampos.

harini aku balik. insya Allah kalau takde aral esok aku jumpa vendor bridal aku. agaknya dah memang rezeki dia, asalnya niat taknak amek baju dengan dia, aku end up tempah baju baru lagi you dengan dia. tu lah orang cakap, kalau bukan rezeki tu, dah masuk mulut pun boleh keluar balik. nasib kau lah A* bridal. huhu.

siapa bride-to-be jb yang on budget, aku seriously recommend bridal kayangan ni. harga super duper murah. and aku tau kenapa sebab according to saiful ni, dia banyak buat sorang. everything ok. pelamin pun kalau berat sangat je dia panggil kroni-kroni dia, itu pun tolong angkat je. lain dia akan buat sendiri.

aku percaya dia buat sendiri sebab tengok gaya dia, dia memang suka fly solo. time aku datang butik dia, elok je dia senyap-senyap tengah patch lace kat baju and nak jahit beadings. walaupun aku tak tau lagi sejauh mana servis dia. so far dia ok sangat attend customer. dia bridal baru. ada lah dalam 3 tahun so dia memang appreciate customer sangat.

apa je aku merepek mem promote si saiful ni. ape pun bride-to-be johor specifically jb, boleh lah usha fb dia: bridal kayangan. dia siap dah post harga pakej untuk 2012 lagi kat fb dia and trust me memang affordable and tak cekik darah.

dah lah. aku kena siap-siap nak balik jb jap lagi. dah lah naik bas.  * langkah penjimatan ye. siapa suruh baru setahun kerja dah gatal nak kahwin* haha. tiket bas mayang sari muar ke jb RM15.20 je. pergi balik baru RM30.40. sampai larkin telefon lah mana-mana mangsa yang aku nak. hehe. compare kalau naik viva yang konon jimat tu pun, tol sehala RM20. minyak lebih kurang tol gak biasanya. pergi balik dah RM80.  kan dah saving RM50. macam-macam boleh buat duit tu oi.

* F pun dah gi kerja naik motor. motor mak dia pulak tu. haha. myvi simpan dalam bangsal jelah. haha. kekdahnya baru kerja dah gatal nak kahwin lah kitorang 2 ni. pulak tu 2 2 anak sulung. hambik kau wedding kitorang macam mana pergi dia.

Wednesday, October 12, 2011

drama baju sanding.

hi sekalian.

aku memang bangang part2 nak greet orang dalam blog ni. sebab kat blog personal aku tu aku takde greet orang. aku act as if orang tak baca. as if aku tulis sendiri then sendiri baca. apahal lak nak greet orang kan? tapi blog kawin ni sah sah lah untuk sharing. mesti la aku nak orang baca. :)

bagi yang baca blog ni (ada ke?) mesti tau aku dah set kan priority aku. baju adalah salah satu item yang aku tak kisah nak splurge banyak sikit. (sikitttt je lah) sebab nak nampak cantik and comfortable on that day. ada lah certain amount tu aku target untuk baju sahaja n aku maybe nak sewa tapi buat yang baru. ada kata membazir tapi kalau aku tempah and simpan lagi membazir. siapa nak pakai lepas aku kahwin? nurin? jangan haraplah nak pakai bekas aku nyah!

ok, dalam previous entry aku ada cakap, aku nak survey dulu butik yang ada baju yang cantik. kalau tak ada maybe nak tempah dekat BK je. antara yang aku take into consideration untuk sewa baju baru ialah A* bridal. sebab aku dah pergi butik dia and ada nampak banyak design baju cantik. then mak cakap ada anak kawan dia tu tempah 3 pasang baju baru kat A* bridal tu and it cost 4k. sewa baju baru meaning tempah but lepas tu jadi baju bridal lah. 3 3 dia tempah baru.

aku berkira-kira, macam ok gak since aku cuma nak sepasang je. sampai 3 nak buat apa? so aku target mesti lagi murah. but then aku ada terbaca dalam blog pebbles and roses dia bagi bad review pasal A* bridal ni. (korek sendiri eh entry dia, aku malas nak cari semula) actually dia sensored kan nama bridal tu. tapi mengikut tekaan aku macam memang itu lah bridal yang dia maksudkan.

she's facing some kind of drama gak dengan A* bridal ni. bila mana at first quote harga sekian sekian, tup tup naik lak. naik banyak lak tu. dekat 4,5 ratus gak. tak silap aku dari 900 jadi 1.5k. banyak kan? dia cakap jadi drama sebab deal dengan assistant. tapi bridal ni memang bridal gah. kalau datang jarang kut dapat jumpa owner dia. super bz!

bila dah baca bad review ni, rasa macam tak jadi lak nak amik baju dengan A* bridal ni. taknak amik risk. then malam tadi macam mana ntah boleh chat dengan owner BK thru fb, aku tunjuk design baju yang aku nak. tanya whether dia boleh realisasikan atau tidak. dia kata boleh. pastu, banyak lah diskus tetiba aku macam berkeyakinan lak dengan saiful ni.

at first memang aku kurang yakin part baju nak bagi dia. sebab dia bridal baru. aku rasa dia masih kurang experience. so aku decide amik deko2 je dengan dia. tapi lepas nampak beading work dia masa datang butik haritu and plus cara dia attend customer, aku rasa betul2 berkeyakinan.

so, aku dah decide untuk serahkan pada BK je buat baju aku and F nanti. sabtu ni maybe aku akan bayar deposit supaya saiful boleh start cari material. fuh, tetiba excited nak tengok outcome. aku tengok saiful ni walaupun baru, dia sangat bersungguh. dia willing untuk belajar and dia dengar segala permintaan aku. tak macam sesetengah owner ni. bila aku request nak baju camni camni, dia kata pengantin mana boleh simple. kena meriah and sarat.

eh, suka hati aku lah nak simple ke nak sarat. bukan ke guna duit aku. kalau kau tak boleh buat, tak payah lah nak cantas idea aku. come on, think out of the box. kalau customer nak simple buat jelah simple kan lagi sennag kerja kau tak payah nak lenguh tengkuk kerja kan beadings.

so, its decided! aku akan serahkan part baju pada BK gak. so sekarang nak pening kan make up lak. jb tak banyak talent la. banyak yang orang recommend sama ada nyah atau lelaki tulen. mampos ayah aku ngamuk. ayah tu sekeliling dia imam, bilal, ustaz. anak dia elok je tadah muka kat laki bukan muhrim. huhu. sesiapa boleh tolong aku. please. please. suggest me mua perempuan harga berpatutan!

gambar ni ikhsan google. ampun pemilik gambar. tak save source lak. :(


my desired colour will be like this. nak biru yang soft je. no striking turqoise please. just sweet baby blue. baju laki pun aku mintak BK buatkan exactly like this. aku memang berkenan. :) baju perempuan bukan ni desired design aku. later lah aku reveal. mine will be simpler. 

ok bride-to-be. care to share with me k kalau ada info tentang mua area jb yang talented. aku tak cantik, jadi kena bagi orang yang super talented nak kasi aku jadik gojes. :)

Tuesday, October 11, 2011

doorgift murah, mua jb and sewa baju murah.

meneruskan kehidupan walaupun dengan segala dugaan mendatang.

progress setakat ni? aku dah pun order doorgift. order doorgift sebanyak 1800 secara online. begitu tekal nya aku. haha. takde lah tekal mana sebab ayah dah suruh adik aku gi survey kat bangi sana. line clear je, baru aku settlekan hal-ehwal order and payment.

aku order from garden of galleria. boleh usha kat fb. nama owner dia nisa. sangat nice orang nya. sentiasa menjawab pertanyaan dan kerenah aku dengan sangat bertabah. sesiapa berminat boleh lah terjah fb dia. aku rasa harga nya agak ok. tak tau lah kalau ada yang lagi murah.

antara yang comel....







dalam banyak-banyak tu mana satu yang aku tempah? haha. kalau baca previous entry aku, mesti dapat agak yang mana satu. nanti lah nak dekat wedding baru aku reveal.

setakat ni, tu jelah progress aku. legal documents satu pun tak usik lagi. sekarang tengah mode usha mua memandangkan aku tak amik pakej bridal. hurm, baju pun tak jumpa lagi nak sewa mana. maybe kalau aku tak jumpa design or warna baju yang berkenan untuk di sewa, aku akan tempah baju baru kat Bridal Kayangan, bridal yang aku book untuk deko dewan, bilik and pelamin tu. sebab hari tu aku nampak saiful owner BK tu tengah siapkan satu dress ni macam kena dengan taste aku.tengok lah nanti camne.

bride-to-be jb kalau ada sesiapa nak suggestkan aku butik or bridal yang ada collection baju yang cantik dan sewa murah boleh lah tinggal link kat aku. also kalau ada tau mana-mana talented mua area johor leh la recommend kat aku ye. :)

pada others bride-to-be, chaiyok ye. pelan pelan kayuh. jangan bertukar jadi bridezilla. :P

Friday, September 30, 2011

setting your priority!

AMARAN MACAM BIASA:
entri panjang berjela tahap tak boleh blah.



baru je balik dari deal dengan bridal. selama ni tak pernah terpikir pun nak amik bridal ni. yang ada dalam pertimbangan aku astana bridal, az bridal, jendela impian mempelai, adli dengan att bridal. antara semua tu, cuma astana dengan az je aku survey betul-betul siap datang butik mintak quotation. yang adli dengan att tu aku just usha-usha dalam blog and facebook.

setelah mensurvey, aku dapati astana ni jelah yang agak affordable. sebab at first aku mintak full package makna nya dia siapkan makan and dewan semua lah. total untuk 1000 guest harga terbaru dia bagi dalam RM27500. kalau macam majlis aku yang guest 2000 ni, kena tambah makan untuk 1000 orang, 1 pax dia charge RM12 so darabkan lah and plus kat 27500 tadi. nak dekat 40 k jugak kan?

bila bentang kan benda ni kat mak ayah, diorang rasa macam ok although sebenarnya mak before ni asyik gesa aku suruh survey tok wan catering. dengan astana ni, nak buat baju baru tambah 500 je. macam ok sangat. tapi kan tang deko dewan tu ada lah sikit-sikit benda yang aku kurenngg suka. macam bunga dia yang kaler purple and pink tu. ntah kenapa aku tak minat bunga tu. tapi they repeatedly guna bunga tu. lagi satu kalau orang yang particular boleh perasan tiang bunga walkway tu dia alas dengan kain satin kaler purple or pink. ponnnnn aku tak suka. walhal aku kipas susah mati pink purple. so, can u imagine it?

 can you spot the flower and walkway i mention?

mula tu macam nak redha je amik astana sebab affordable. affordable ok, bukan murah! tapi aku tetap terus kan usha men survey secara maya. then aku survey lah tok wan yang mak kata sedap tu. macam best je. aku siap call tau. cik sunawan tu sangat frindly and helpful. sekali dia quote kan harga sama dengan astana tapi menu lagi banyak and best pastu siap ada FOC nasi bungkus 200. teruja gila aku.

then aku boleh survey canopy dengan kerusi lak. ni aku survey untuk nikah sebab buat kat rumah. mula nya tu aku tanya dekat az bridal tu dia ada sedia canopy tak? dia kata ada, 1 unit canopy arabian dengan meja bulat 4 and kerusi 40 plus full deko dia quote 800. mak aih? anjat boboi! dengan astana dia cas 500. sekali lagi astana mendapat markah bonus di situ.

tapi lepas tu aku gatal-gatal survey syarikat yang sedia kan khidmat canopy sahaja, the best deal i can get is 340 dapat 1 unit canopy arabian, 5 meja bulat and 40 kerusi siap beralas (meja) berbalut and reben (kerusi) plus scallop. gila kan? murah gila. tapi aku tak jumpa lagi encik zainal ni. cuma aku dah call lah. kalau siapa b2b jb berminat call en zainal: 0137303260 atau kalau nak datang kat lot 274, kg kangkar tebrau nearby taman daya tu.

bila aku dah survey n total kan. aku rasa macam lebih kurang je amik asing2 atau amik full package. selama ni ingatkan lagi murah. pokok pangkal nya kita kena rajin survey lah. then up to a point aku decide taknak amik full package. so lepas tu aku sort kan mana satu priority aku. so prioriti aku adalah seperti di bawah.

1. paling penting makanan! mestis sedap, variety dan mencukupi. ramai manusia terlibat dalam bahagian ni so aku rasa yang ni paling penting dan aku kena choosy tanpa memikirkan harga sangat.
2.baju @ busana. memang sekejap je pakai nya. tapi hari penting bagi aku, aku nak la nampak ok. nampak ok tau. bukan jelita atau vogue the vasz. aku banyak cengkadak lak kalau pasal baju. tanak yang nampak kan bontot aku besar la, tanak yang sarat la.
3. door gift tetamu. kelakar kan aku macam penting kan benda yang orang lain tak berapa penting kan. door-gift ni aku nak kalau boleh yang orang boleh guna. walaupun ia adalah typical. macam mug. typical kan? tapi aku tau for sure orang bole guna.
4.photog. dah pakai baju lawa macam hampeh jelakan kalau photog bingai yang akhirnya aku tetap nampak gemuk dalam attire yang cantik. huahuahua.
5.pelamin, deko dewan, bilik pengantin, pelamin nikah. yang ni bukan aku tak penting kan. cuma aku rasa aku boleh settle down dengan pelamin biasa2 je yang tak grand pon. its just the background kan? taknak lah lekeh sangat and taknak grand pon. average je.

atas priority yang telah aku gariskan di atas. aku decide nak amik bridal kayangan. bridal ni baru dalam 3 tahun. muda sangat. and kalau pergi butik dia kat skudai, bagi orang yang mementingkan first impression mesti berkira-kira dulu nak confirm ke tidak. aku pilih bridal ni sebab aku fikir harga dia murah kalau nak dikirakan kat jb ni. untuk pakej dewan dia amik 3300. astana punya pakej dewan 6k ok. aku ni dah lah ada 2 pasang pengantin. banyak je benda kena plu plus kang.

dengan BK ni aku amik pelamin dewan untuk 2 pasang pengantin, deko dewan lengkap dengan welcome dome, walkway 6, deko makan beradab, deko untuk 2 bilik pengantin and pelamin nikah. total nya 3850. still mahal. tapi itu dah kira banyak juga aku save tu compare kalau nak amik kat bridal lain. baju aku amik tempat lain. aku kan choosy part ni. baju mungkin aku tak hesitate nak spend banyak sikit. tapi tadi masa aku gi butik BK dia tengah siapkan satu baju ni kale oren. tapi sangat kna dengan taste aku yang tak suka sarat barat. bila aku tanya dia kata baju baru dia tambah cas 200 je. baju lepas kita guna jadi milik dia lah. aku macam berminat tapi tak tau lagi. tengok dulu la camne.

yeah. kalau tengok design pelamin ni memang biasa sangat. tapi aku dah usha semua album dia. aku dah take note barang apa dia ada. panel ada bape semua. right now aku dalam mode nak draft sendiri pelamin aku. standard ah tema aku yang penting taknak sarat. less is more kata orang tu. hehe.




so pada bride to be, tetapkan la priority korang. lepas divide la mana yang korg patut spend lebih. be wise ok?

p/s: hantaran pun dah ada progress. alhamdulillah. later entri cicah lantai versi hantarans pulak!