Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

kata-kata orang yang dah penat buat preparation wedding padahal bukan buat apa pun.

semakin dekat dengan tarikh nak kahwin semakin aku merasakan yang aku tak sepatutnya terlalu kisah dengan preparation wedding. oh, apakah kata-kata aku ni? ntah lah seriously aku rasa benda ni waste of energy aku. ni bukan kata-kata orang dah putus asa ke apa. tapi memikirkan betapa banyak nya energy aku dedicate kan untuk wedding purpose ni, aku rasa wah betapa bersungguh nya.

kan lebih baik kalau aku cuba memfokus untuk menjadi bakal isteri yang terbaik lepas perkahwinan ni. aku baca belog orang lain, aku begitu mengkagumi keazaman diorang buat preparation wedding masing-masing. yang mana berbelanja banyak (sebab mampu) untuk dapatkan dream wedding mereka, aku kagum dengan banyak nya duit korang. dah lama ke korang kumpul duit ek. kerja berapa tahun baru kahwin? sebulan simpan berapa? berapa lama simpan. serious aku envy.

pastu yang rajin gila diy tu pun. selalu orang yang diy ni dia akan diy almost everything. atas alasan nak jimat, banyak benda yang di diy. memang aku akui boleh jimat banyak. tapi di sini aku kagumi lak kesungguhan korang dan akan banyak nya tenaga korang buat itu ini. woah. aku ni cikgu je. seperti orang cetek minda kata, kerja separuh hari je. (im being cynical k) tapi yarabbi letih nya bila balik kerja. time cuti sekolah pulak rasa nak rehat puasa-puas. memang tabik ah kat orang yang gila-gila diy everything.

tapi sekarang, dah terlambat untuk aku tekan brek. aku dah mula 'kisah' dengan segala-gala nya. padan lah dengan muka aku. aku ni banyak sangat berfikir. akhirnya aku yang penat. F pun risau tengok aku. sometimes he makes me sound foolish and silly, " Ya Allah, kenapa nak kisah sangat b? uncang je kan..."  " lah, lari sikit warna dia takpelah..."

gila kan. kadang tu bila dengan F cakap macam tu baru aku sedar betapa bangang nya aku terhadap benda ni. tapi memang nature aku macam tu. when i decide on something i will not settle with anything less. sebab tu aku nak benda ni cepat habis. gila ek? orang lain tu siap dah kahwin rindu-rindu nak buat praparation kahwin. aku boleh lak cakap macam ni. hehe. memang lah aku ni pelik.

nasihat aku pada bride-to-be yang baru nak mula journey, "DON'T PUT TOO MUCH THOUGHTS" seriously boleh membunuh.

who cares pasal gubahan bunga tangan kau? so what kalau kau gubah sendiri pun and it doesnt look as nice as the one arranged by pros? so what kalau takde bunga tangan pon?

who cares pasal doorgift? boleh simpan buat kenangan ke, makanan ke, siapa kisah? who cares kalau warna riben caca marba sekalipun?

aku rasa aku dah burnt out. cuba sedaya upaya untuk tak kisah tapi aku still kisah. kenapa lah aku tak boleh jadi manusia normal je. kenapa lah kahwin ni jadi big deal sangat. sakit otak aku jadi nya.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

nak cepat kahwin.

*sambil hentak-hentak kaki. haha*

Sunday, October 23, 2011

wedding cakes.

hai hai hai.

korang semua mesti tengah kerja kan. aku cuti hari ni. in fact, aku cuti seminggu. rumah tengah renovate kat bahagian tepi so memang berdebu sangat lah. jadi, takde lah perkara lain yang aku lakukan selain mengurung diri dalam bilik sambil ngadap lappy semata.

tunggu-tunggu entry baru dari b2b lain. takde pon. yang dah jadi ex-b2b jangan cakap lah. busy manjang. :( kerja kuat ek korang nih. takpelah. korang tanak produce entry baru biar aku yang produce. lepas mendraft susun atur dewan malam tadi (good luck lah pada vendor aku untuk fahami lukisan aku tu) aku duk pikir-pikir lagi apa ek lagi kena setelkan.

bila usha fb bridal and blog kahwin orang baru teringat. kek belum settle. tiba-tiba teringat kat kak siti. aku tempah cupcakes untuk hantaran tunang kat dia. also aku tempah a few pieces untuk bagi kawan-kawan yang datang. cupcakes hantaran tu ofcourse aku tak dapat rasa. tapi yang aku tepah untuk bagi kawan-kawan tu aku rasa and memang sedap! tak manis sangat. cream dia tak over senang cakap just nice.

so, aku decide untuk kek kahwin nanti nak tempah kat dia je. sebab dah tau quality kan. usha punya aku decide nak tempah buttercream je. fondant cake cantik memang cantik. tapi melihatkan bentuknya aku dapat bayangkan betapa muaknya ia tak kira betapa mahir pun si pembuatnya. itu opinion aku jela.

and bila aku tanya personally pada kak siti pun dia mention kek fondant ni keras and extremely manis. tapi dia ada je buat kalau customer request.

kek buttercream yang yummy and sweet


kek fondant yang santek tapi taste wise? i don't know la.


cupcakes. aku recommend buttercream. tp kalau nak cantik fondant.

ice cream cake pun kak siti buat ok.


semua gambar ni aku cilok dari kak siti. siapa b2b area jb yang berminat boleh search dia kat fb: 
Siti Haminah Jait.  blog pun ada ok. ni link nya.  http://batrisyiadelightscake.blogspot.com . 

harga? aku tak tahu semua. kalau korang minat sila tanya sendiri. akak ni selalu balas cepat. yang aku tanya kek buttercream 3 tier. dia bagi 330 siap boleh sewa cake holder dengan pisau sekali. kalau 2 tier dia kata 230 ke bawah. kalau kek hantaran lak dalam 80-90. cupcakes aku dah lupa la dulu aku tempah berapa. sila tanya k jika berminat.

sebenarnya ada yang aku survey harga lagi murah. tapi rasa aku tak tau. so aku tak berani review lah. kak siti ni decoration kek dia banyak bunga je. tapi ada je kek untuk kids dia buat bentuk-bentuk lain. aku lak, bila dah tau rasa sedap, rupa tu tak peduli sangat. asalkan sweet macam gambar kek yang first tu pun dah ok dah.

ok. jap lagi aku nak gi pejabat agama jb amik borang nikah. pergi dengan mak ku yang terchenta. ahaaa, itu dia bila anak beranak cikgu. orang kerja kitorang merayap. hahaha. babai!

bila cikgu sains yang tangan kejung melukis.

ni lah hasil dia. memang can not gi kan? hahaha.









siapa faham apa aku lukis? yang nyata ia bukan lah sejenis kuih ye. siapa faham boleh tolong explain kat Saiful BK tak? hahaha. aku rasa dia naik sawan agaknya lepas tengok sketching aku ni. mesti urut-urut dada je dia. hahahahaha.

p/s: bosan sebenarnya malam-malam gini tak tau nak buat apa. happy preparing you guys! :)

perancangan seminggu dan kenaikan gaji kakitangan kerajaan.

as salam dan selamat hari ahad!

aku baru balik dari rumah pak uda.semalam gi rumah pak ngah. sekarang ni sesi touring rumah pakcik-pakcik. 07/11 nanti adik aku menikah dulu kat segamat. nanti majlis dia serentak dengan aku, meaning 2 pasang pengantin lah masa resepsi aku nanti. jadi nya sekarang ayah tengah dalam proses penghebahan kepada adik beradik dia untuk hantar adik aku menikah nanti.

adik aku memang kahwin awal sikit sebab ayah aku jawa, dia nak lain kan tahun Islam. kata orang kalau boleh menikah jangan tahun yang sama. so, adik aku akan kahwin tahun Islam dan tahun masihi yang berlainan dengan aku. aku ok je, ikut je cakap orang tua. diorang lagi berpengalaman kan. benda-benda macam ni tak boleh banyak soal sangat. :)

anyway sekarang ni cikgu ain (aku lah tu) tengah bercuti selama seminggu sempena deepavali. so, banyak juga benda yang aku plan nak setel kan within seminggu ni.

  • Gi pejabat agama, ambik borang nikah, setelkan mana yang boleh sementara F setel borang dia di bp.
  • Gi bridal, amik measurement untuk buat baju baru. Saiful BK tu cakap harini dia gi cari material untuk baju aku and F.
  • bincang dengan saiful pasal design pelamin nikah and deko bilik. briefly la, pelamin sanding da brainstorm idea sikit-sikit haritu masa bayar deposit.
  • usha kedai makanan ringan. nak cari apa yang sesuai untuk tetamu cilik. tetamu dewasa aku bagi telur isi dalam mug. aku suggest kat mak tetamu cilik better bagi benda yang simple tak payah bagi telur.
  • hantar baju nikah ke tailor. mintak dia siapkan cepat supaya boleh hantar kat Saiful BK untuk buat beadings (simple jela, takde nak bling bling sangat)

setakat ni, tu jelah planning aku untuk seminggu ni. tak tau lah berjaya setel kan semua ke tak. F akan datang jb probably hari selasa. aku suruh dia amik cuti. bukan apa, kalau da nak dekat tarikh nya nanti aku takut ayah dah kurung aku tak kasi keluar, apetah lagi keluar jumpa F. better setel kan perkara yang melibatkan aku dengan dia awal-awal.

also, aku nak pergi pesuruhjaya sumpah. ini bukan regarding wedding, tapi pasal lantikan aku. insya Allah kalau dah setel semua borang, early next year, berubah la gred aku sekaligus naik la sikit gaji. elaun-elaun yang sebelum sah lantikan tak dapat macam elaun rumah dan elaun khas mengajar murid pendidikan khas jugak insya Allah akan dapat after dah sah lantikan.

pastu nak tunggu pasal kenaikan gaji lagi. aku sebenarnya confius sangat dengan belanjawan 2012 yang najid announce ritu. kata nya orang gomen ada kenaikan. tapi aku pun tak reti nak cakap nya macam mana. bila aku baca entry ni pasa sistem saraan baru perkhidmatan awam (SSBPA) , makin pening aku. tapi takpe. tunggu je. ada rezeki adalah. kalau betul naik, alhamdulillah sangat. memang rezeki kami laki bini lah. kami ni dua-dua orang gomen. cuma aku pendidikan, F kesihatan.


Wednesday, October 19, 2011

kisah hantaran.

as salam.

baru balik dari sekolah. stay lama sebab settlekan lesson note. esok ada sukan. malas nak ngadap. macam mana preparation korang? rancak ke tak? tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi ye. :)

harini aku saja nak update pasal progress hantaran. hantaran aku kepada F rasanya dalam 60% dah. kat bawah ni senarai hantaran aku kepada F.

  1. sireh junjung
  2. kek
  3. cookies / coklat / buah (undecided)
  4. cincin (dah tempah tapi belum amik)
  5. shirt + pants
  6. perfume set
  7. wallet and belt
  8. watch
  9. ????

nampak tak yang last tu ???? tu makna nya aku seriously tak tau nak bagi apa lagi satu dulang. bukan pasal takde idea. idea banyaakkkkk. cuma bajet je tak banyak. hehe. aku bajet dalam 300 ke bawah untuk satu dulang. tu yang pening nak bagi apa lagi satu dulang tu.

setakat ni, aku masih within bajet. takde lah semua benda tu harga 300. mana yang mahal sikit dah balance kan yang murah. shirt and pants tu aku beli jenama alain delon kat parkson. masa tu rasanya tengah offer. total shirt dengan pants ni rasanya dalam 200 je (or less tak ingat dah). set wallet and belt tu pun aku beli allain delon. harga bawah 150.

perfume F aku beli tommy hilfiger harga rasanya 310. cuba refer entry aku sebelum ni. 310 tu harga masa takde offer. kira ok lah. kalau nak murah sikit tunggu sale. cincin F tu aku beli silver je tapi ikat dengan batu nilam kaler biru. harga amoi tu cakap bawah 800. yang mahal batu nilam tu. reason aku pilih silver je? first macam ragu2 dengan suasa. ada kata suasa pun laki takleh pakai. then, platinum mahal nak mampos memang di luar bajet aku. dan reason paling utama ialah, pakai perak tu sunnah nabi. aku cakap dengan F, dia jenis lekat dengan cincin. bayangkan berapa banyak pahala dia dapat just pakai cincin tu je sebab sunnah nabi. belum lagi pahala mengingati isteri. kihkihkih. yang tu reason gedik. ok, apa lagi. haaa, jam tangan tu aku baru beli dalam minggu ni gak. aku beli kat wetex muar.

alkisahnya sebenarnya masa tu aku gi wetex semata-mata nak beli eyeliner je sebab eyeliner aku dah habis. lepas beli eyeliner kat elianto, saja je aku jalan-jalan kat kedai perfume. perkh, jumpa guess by marciano version laki punya. sedap bau dia!

then masuk kedai jam. saja je sebenarnya. sebab dalam perancangan asal, aku dah cancel out jam tangan dalam list hantaran. REASON? dah banyak kedai aku survey kat bp, kat jb, jam lelaki yang berjenama and kena dengan taste aku (taste aku ye, bukan taste F) semua harga 400 ke atas. haih, dah lebih bajet dah tu.

so, cancel lah. tapi masa masuk tu sebenarnya aku saja nak tengok baby-G. aku tengah berkira-kira nak suruh F bagi aku baby-G sebagai hantaran. aku rasa murah je. tapi F kata, macam jam main-main je rupa dia. tapiiii, aku sekarang memang suka jam digital. so camne? over ke tak kalau baby-G je buat hantaran?

then, masa tu lah aku terpandang satu jam casio ni. jam laki la. tali kulit. smart. harga pun ok, tag dia tulis 289. masa aku usha tu amoi tu cakap, sekarang ada less 25-30%. so jam yang aku tengok tu after less memang much cheaper lah. pastu amoi tu tanya bape bajet. aku jawab 350.

then amoi tu kata, 350 ye, bonia ada, crocodile ada. terus aku gi usha-usha. then aku jumpa satu jam crocodile ni. tali dia steel tapi kaler hitam. SMART! pada aku lah. tag dia tulis 400++ aku tanya after less berapa? dia kata 339. terus aku teruja. aku call F gak tapi dia tak angkat. padan muka dia. aku terus je beli. then aku tambah RM5 untuk extend warranty kepada 2 tahun. so, total nya RM344. memang menepati bajet.

walaupun secara teknikalnya exceed 300, tapi dah di balance kan dengan harga wallet& belt and shirt&pants yang murah. pokok pangkal nya kita kena tetapkan bajet dulu. insyaAllah ada pilihan punya untuk bajet kita tu.

so, kat sini aku ada beberapa benda nak tanya b2b yang prihatin sekalian.

a)  apa benda lagi 1 aku nak bagi kat F ek? under 300 please!!!
b)  wajar tak kalau aku mintak baby-G sebagai hantaran?
c) kek tu adakah korang suggest beli secret recipe terus atau order dengan orang yang buat kek.

p/s: bosan nya entry takde gambar ek? hurm..

Friday, October 7, 2011

dugaan.

setelah stress pikir persiapan kahwin, layan video nikah orang kahwin. semua sweet. dalam video tu nampak yang cantik je. yang sweet je. pastu dalam tu tengok semua dah siap. semua settle. nampak senang je. walhal?

aku currently dalam mode sangat stress. almost everyday aku bergaduh dengan F pasal ntah apa-apa je. kalau balik tu memang sah bertekak dengan ayah. kalau tak bertekak pun, aku sorang-sorang nangis sebab kena marah ayah. dengan mak aku tak gaduh tapi aku yang selalu marah and meninggi suara kat mak. ntah dah berapa banyak dosa aku pada mak. :(

lepas tu semalam berselisih faham dengan syada. rasanya sampai sekarang tak ok. everything messed up. :( semua benda tak kena.

dengan ayah aku bertekak sebab cara ayah tu macam aku takde buat apa-apa untuk preparation kahwin ni. and sometimes tu ayah bercakap macam aku langsung tak kira bajet. walhal aku siang malam pikir apa yang patut aku cut cost. then ayah macam nak potong pada benda-benda yang tak munasabah. tapi overspend pada benda lain. :(

dengan mak pulak, aku bertekak pasal choices. always taste aku ni tak selari dengan mak. mak nak bunga juntai-juntai, aku taknak bunga langsung. mak nak meriah aku nak simple. semua tak sama. selama ni memang taste aku tak pernah sama dengan mak. tapi when it comes to wedding preparation, bend ani jadi makin ketara. apa yang cantik pada mak tu, pada aku, EEEUUUUUWWWW! ok no offense. tapi aku rasa aku deserve untuk memilih. bukan selalu.

aku cuma nak kan something yang simple tapi lovely. always my motto, "less is more". macam hantaran tunang aku. orang asek cakap simple sangat lah, tak menyerlah lah. tapi aku memang suka macam tu. simple saja. warna pun taknak yang terang mencanak-canak.

up till now, aku masih tak ada baju kahwin. aku nak sewa je. tapi tak cari lagi kat mana nak sewa. ni semua bahana nak simple lah ni. baju sanding kan kebanyakan nya sarat barat dengan beadings. tu yang susah tu. takpelah. next week aku try lah balik and cari baju. hopefully dapat settle dengan sesuatu.

siapalah mulakan adat kahwin yang susah ni. kenapa tak akad lepas tu jamuan makan je. :(  :(

Friday, September 23, 2011

ceritera dewan. (area jb)

AMARAN KERAS: 
entry panjang tahap berkoyan-koyan. tak sesuai untuk
ibu mengandung atau pesakit jantung.
untuk kanak-kanak pula, entry ni bertaraf PG. hahahaha.



alhamdulillah, isu dewan telah pun selesai. syukur sangat-sangat pada Tuhan. mak pun dah bayar duit deposit tadi. so, the venue of my reception is official! yeay! dewan yang menjadi saviour aku ialah dewan majidee. dewan ni kat jalan cempaka, kg dato' sulaiman menteri. dewan yang sangat baru. jadi confirm cantik dan tak nampak seperti bangunan tinggal. hahahaha. melampau adjektif yang aku gunakan.

harini aku balik jb, insya Allah aku akan buat lawatan tak rasmi. i'll update the picture of the hall. boleh juga dijadikan reference oleh b2b sekitar jb. sebenarnya ada cerita di sebalik macam mana aku boleh dapat dewan ni. hahaha.

alkisah nya, semalam sebenarnya adik aku idin yang akan sama-sama majlis nya dengan aku tu sibuk lah hall hunting. mak dah bising suruh tempah hall jadi dia pun dah bingit, dia all out lah. turns out semua dewan yang di survey telah fully booked.

antara dewan dan venue yang adik aku ushar termasuklah dewan jubli intan depan muzium istana sebelah jotic (fully booked sampai bulan 6 2012 ye b2b johor), dewan nusajaya milik johor corporation dekat dato' onn, dewan merdeka kg melayu, dewan sri tebrau, dan yang aku sendiri call ialah Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.


masa ni aku dah FREAK OUT nak mati ok. mana nak kawin ni? dengan tak mengira waktu kat sekolah aku membrowse macam orang gila, mana lagi venue boleh buat wedding. siap consider RJCC tapi mak aku pernah attend wedding situ and dia tak berkenan.

tetiba aku came across satu blog photog ni. dia punya caption gambar state yang majlis tu kat dewan permas jaya. walaupun aku tak pernah tau kat mana dewan tu, aku terus call idin.

"eh, dewan permas jaya dah cuba?"

"ntah. takde lak aku ternampak. kau call la."

"sebab aku takde num phone lah aku suh kau call"

"aku tak tau la. tapi kalau dewan tu bawah majlis perbandaran, pakai je num ni"


dengan semangat waja, aku terus call number yang idin bagi.

"hello, boleh saya tau mana saya boleh deal untuk tempahan dewan?"

"dewan apa ye?"

"dewan permas jaya..."

" tarikhnya?"

"XX bulan X"

"jap eh....erm, ok ada kosong"


dengar tu aku macam excited sikit. pastu aku tanya macam-macam pasal kapasiti dewan lah apa lah. pastu aku tanya gak pasal dewan komuniti pandan tapi dia kata dewan tu lagi kecik dari dewan permas jaya. guests aku nanti approximately 2000. sempit ah kalau dewan kecik.


"jap, saya nak tanya...awak ni duduk mana?"


"alah, tak payah tanya mana rumah lah. semua dewan pun dah fully booked" kataku pasrah...


"cakap jela duduk mana. mana tau boleh tolong adjust..."


"duduk taman suria..."


"eh, nape tak buat kat dewan kg melayu?"


"fully booked lah wak...." aku jawab nak tak nak.


"erm, dewan majidee?" laki tu suggest...


"dewan mana tu ek? saya tak pernah tau lah wak...takde jumpa pon dalam internet?"


"alah, dewan ni emmang baru sangat. jap saya check...untuk tarikh tu...ha, ada kosong! dewan ni dekat je dengan rumah awak. nak book?"


aku ni dah lah tak tau dewan tu dewan apa. kang dibuat nya sempit and tak lawa, tak ke haru?


"saya nak tanya adik saya dulu lah wak...nanti saya call balik"


"ok, tapi saya tak janji tau awak call balik tu awak boleh dapat dewan ni. tau tau jelah kan. awak sendiri kata dewan lain fully booked" ewah, ugut aku lak mamat ni.


"abes camne wak? takkan saya nak bayar deposit? kang tak best dewan tu camne? " jawabku gusar.


"camni lah, saya tolong awak....saya lock kan tarikh ni untuk awak. pastu awak call adik awak. lepastu call balik saya ada nak confirm atau cancel. boleh?"


"ok, boleh!!"


"ok, bagi full name, no ic and num phone..."


dan dan tu aku call adik aku tanya pasal dewan majidee tu. cantik ke tak, ok ke tak..

"yang kau tanya pasal dewan majidee tu kenapa? memang lah dewan tu ok, tapi kau tak payah nak berangan. dewan tu fully booked. camne tadi dah call ke tanya dewan permas?"


"eh, aku baru je letak phone ni. aku dah book dewan majidee tu. budak tu tolong lock kan tarikh tu untuk aku. kalau betul kau kata dewan tu ok, aku nak call balik and CONFIRM."


"HAAAAAAA? camne boleh ada kosong lak? tadi aku call dah lah gaya malas nak layan pastu dia kata dah fully booked. SYIALL jek. mentang-mentang awek call!"


idin mengamuk gila siap post shout out kat facebook. bengang gila dia dengan mamat tu. nak kata mamat tu nak ngorat aku? takkan lah pulok. hahahha. tapi syam pernah cakap kat aku suara aku dalam phone MACAM suara pompuan cun. macam eh macam je. siot betul.


makcik pun pernah cakap gak. suara aku kat phone ayu gila. hahahahaha. hakikatnya YANG ADO! tertipu lah kalian. mana datang cun ntah. hakikatnya orang suara sedap ni takde lah cun sangat and orang cun lak suara bukan sedap sangat pon.


tak peduli lah dengan drama ni. asalkan dewan punya isu dah settle. mak pun dah selamat bayar deposit RM300. alhamdulillah. ada juga benda dah settle as a start. :)


p/s: mode tengah berpinar tengok portfolio photog. mana satu idaman hati dan idaman 'kocek' ye? hehehehe.

Wednesday, September 21, 2011

one thing leads to another.

as salam.

pagi tadi bangun lewat dek menghadap laptop mengusha sini sana. senang ek sekarang? tak payah nak berjalan-jalan. lepas balik camping pun boleh survey untuk preparation kahwin. tu lah, semakin malas manusia, semakin banyak invention. so, moral of the story? marilah kita semakin bermalasan supaya lebih banyak lagi ciptaan canggih dihasilkan. haha.

bagi orang malas dan suka buat last minute macam aku ni, memang i like sesangat lah mak datuk internet ni semua. senang. bodoh piang pun takkan tak reti guna google ye dok? zaman sekolah lagi cikgu dah ajar guna google. ko tekan jela apa kau nak. kalau salah eja pun cik google siap berbasa basi betulkan. haha. sengal je kan.

tapi yang susah nya browsing through internet ni ialah, one thing leads to another. susah nak focus. sebab banyak sangat link. dan orang macam aku yang hapak pun tak buat lagi lagi ni, macam mencapah-capah je perhatian. mana tak nya, tengah usha photog kang, kat sidebar nampak promosi door gift kat blog lain. pergi lah melompat ke blog tu. dah cuci cuci mata eh, nampak ada comment cakap dekat blog sekian sekian ni wedding cards cantik-cantik and murah. uih, perkataan belakang tu yang sangat menggegar jiwa. terus terjah.

endingnya? ntah ke mana-mana je sesat. kalau realiti, agak nya minyak shell v-power yang lebih kilometer tu full tank pon boleh abis kut. haha. perkembangan photog tu setakat ni, razali kena cross off the list sebab dia tak available on both date sanding and bertandang aku. sob sob sedih. kalau dia shoot kat sri medan tu mesti lawa. dia pun orang bp, mesti dia boleh study betul-betul lighting semua.

setakat ni aku macam suka shaherhan. PR ok. cepat je balas email aku. harga sangat affordable. pada aku la. tapi gambar dia aku tengok, ada yang aku berkenan memang aku berkenan la. yang aku tak kenan tu memang tak bole blah la kan. ikut nasib-nasib je. tapi standard ah kan. buah pisang setandan pun takkan semua nya elok. ceh ayat sedapkan hati je aku ni.

agak-agak kalau aku jumpa team shaherhan ni, disscuss dengan dia and brief sikit-sikit apa aku nak ok tak? ke aku perlu try cari yang lain? bukan apa. kan aku dah cerita kat previous entry aku kan pasal gambar yang aku suka. aku dah tengok portfolio photog lain. diorang banyak include gambar posing. gambar diorang memang cantik-cantik. tapi bila diorang letak gambar posing untuk represent artwork diorang, it shows preferrence diorang lah kan?

means photog tu memang suka gambar macam tu and suka shoot gambar macam tu. kalau photog suka gambar moments, gambar candid, dia akan sangat alert dengan moments yang akan nampak cantik dalam gambar. and i really want that kind of photog. uih. berbelit-belit aku explain. ni lah jadinya bila cikgu menerangkan. panjang lebar jadiknya. padahal point nya sikit je.



aku nak gambar macam ni, tapi gigi aku tak rata. so camne? hahaha. boleh ke photog buat gambar aku nampak cantik? boleh? boleh? hahaha. gila kentang bagi cabaran macam tu. no macam tohmah diri sendiri je namanya.


p/s: bertapa kat bilik sains sorang harini. mendung je cuaca. nak menanda buku pun tak semangat.