Wednesday, September 21, 2011

photos of my wedding: how i like it?

kepenatan. segala otot kat badan sakit lepas balik camping. ok, lupakan camping. aku nak cerita pasal photog. as i was saying in my previous entry, sekarang aku tengah fasa usha photog. ntah apa-apa jela aku ni. dewan pun tak tempah lagi tapi boleh lak cari photog dulu. whatever lah kan. asalkan ada progress.

sebelum aku mula mencari photog secara serius, aku selalu usha hasil kerja razali. dia from bp. so aku rasa macam realistik jela kalau aku nak amik dia. aku ni bukan macam adik aku. aku tak tau sepatah haram terms-terms photography ni. pada aku asal sedap mata memandang je gambar tu, kira lawa lah. kalau muka bride tu tak nampak segala flaws yet nampak real pada aku dah lawa lah tu.

kalau nak diikutkan memang lame sangat definition aku terhadap gambar yang lawa. maybe gambar yang cantik pada aku tak cantik pada orang lain. pada aku gambar yang lighting dia dim dim ala-ala suram tu cantik. aku tak suka sangat gambar yang terlalu jelas. aku suka yang suram-suram warna nya. macam yang adik aku edit gambar aku time tunang tu. ha, macam tu lah taste gambar yang aku suka.

tapi gambar kahwin takkan lah pulak satu album nak warna camtu. tak rich colours lah pulak. pastu macam suram je walhal kahwin. haha. satu lagi, aku tak berapa suka gambar posing sangat. be it indoor or outdoor. bagi aku gambar posing tu sikit sikit je boleh lah. kalau dah tiarap telentang kat atas rumput pakai baju kahwin macam aku tak berapa suka.

aku suka gambar moment. aku suka gambar yang spontan. apa yang jadi masa majlis. aku ketawa ke. husband aku pandang aku ke. wajah kegembiraan mak ayah aku ke. aksi-aksi kawan-kawan and sedara mara aku yang datang ke or moment bila aku attend tetamu aku. i want that. lots and lots of laughter and happiness captured.

sebab 10 tahun dari sekarang aku nak ingat semula moment ni. and nak ingat siapa yang sama-sama meraikan hari bahagia tu. gambar posing-posing kat rumput ke kat tepi kolam ke, lepas kahwin pun boleh amik. tak payah pakai baju pengantin. lagi murah harga dia. (haha cheapskate!)

tapi seriously lah kan. itu opinion aku je. aku nak photog tu capture aksi aku time ijabkabul. aksi adik-adik aku yang jadi tuan rumah. tu semua penting. tell me tell me, tak cantik ke gambar macam kat bawah ni? tak ke sweet je tengok?






 
 


so, ada sesiapa tahu photog yang memang superb amek gambar candid? sila lah suggest kan pada daku ye.

p/s: ada tak b2b johor yang wedding dekat-dekat? tegur-tegur lah ek. boleh tukar-tukar views. :)

6 comments:

Emme Amalina said...

me!takdela dekat sgt...50hari lagi..hehe.. :)

tqahmisdar said...

i pun suke gmbr2 moment mcm ni.. tak suke sgt yg kena pndg kamera tu.. sebab taktaw posing...hehe

Anonymous said...

try trisno,kite leh request pape pun yg kite suke..

cik nurulain said...

trisno dah ada job on that day...sob sob...

Razali said...

Dah dapat photographer Ain? Maaf ye saya dah ada booking tarikh tu.

N.A said...

hi...bride to be form JB...

29 days to go...