Friday, September 23, 2011

ceritera dewan. (area jb)

AMARAN KERAS: 
entry panjang tahap berkoyan-koyan. tak sesuai untuk
ibu mengandung atau pesakit jantung.
untuk kanak-kanak pula, entry ni bertaraf PG. hahahaha.



alhamdulillah, isu dewan telah pun selesai. syukur sangat-sangat pada Tuhan. mak pun dah bayar duit deposit tadi. so, the venue of my reception is official! yeay! dewan yang menjadi saviour aku ialah dewan majidee. dewan ni kat jalan cempaka, kg dato' sulaiman menteri. dewan yang sangat baru. jadi confirm cantik dan tak nampak seperti bangunan tinggal. hahahaha. melampau adjektif yang aku gunakan.

harini aku balik jb, insya Allah aku akan buat lawatan tak rasmi. i'll update the picture of the hall. boleh juga dijadikan reference oleh b2b sekitar jb. sebenarnya ada cerita di sebalik macam mana aku boleh dapat dewan ni. hahaha.

alkisah nya, semalam sebenarnya adik aku idin yang akan sama-sama majlis nya dengan aku tu sibuk lah hall hunting. mak dah bising suruh tempah hall jadi dia pun dah bingit, dia all out lah. turns out semua dewan yang di survey telah fully booked.

antara dewan dan venue yang adik aku ushar termasuklah dewan jubli intan depan muzium istana sebelah jotic (fully booked sampai bulan 6 2012 ye b2b johor), dewan nusajaya milik johor corporation dekat dato' onn, dewan merdeka kg melayu, dewan sri tebrau, dan yang aku sendiri call ialah Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.


masa ni aku dah FREAK OUT nak mati ok. mana nak kawin ni? dengan tak mengira waktu kat sekolah aku membrowse macam orang gila, mana lagi venue boleh buat wedding. siap consider RJCC tapi mak aku pernah attend wedding situ and dia tak berkenan.

tetiba aku came across satu blog photog ni. dia punya caption gambar state yang majlis tu kat dewan permas jaya. walaupun aku tak pernah tau kat mana dewan tu, aku terus call idin.

"eh, dewan permas jaya dah cuba?"

"ntah. takde lak aku ternampak. kau call la."

"sebab aku takde num phone lah aku suh kau call"

"aku tak tau la. tapi kalau dewan tu bawah majlis perbandaran, pakai je num ni"


dengan semangat waja, aku terus call number yang idin bagi.

"hello, boleh saya tau mana saya boleh deal untuk tempahan dewan?"

"dewan apa ye?"

"dewan permas jaya..."

" tarikhnya?"

"XX bulan X"

"jap eh....erm, ok ada kosong"


dengar tu aku macam excited sikit. pastu aku tanya macam-macam pasal kapasiti dewan lah apa lah. pastu aku tanya gak pasal dewan komuniti pandan tapi dia kata dewan tu lagi kecik dari dewan permas jaya. guests aku nanti approximately 2000. sempit ah kalau dewan kecik.


"jap, saya nak tanya...awak ni duduk mana?"


"alah, tak payah tanya mana rumah lah. semua dewan pun dah fully booked" kataku pasrah...


"cakap jela duduk mana. mana tau boleh tolong adjust..."


"duduk taman suria..."


"eh, nape tak buat kat dewan kg melayu?"


"fully booked lah wak...." aku jawab nak tak nak.


"erm, dewan majidee?" laki tu suggest...


"dewan mana tu ek? saya tak pernah tau lah wak...takde jumpa pon dalam internet?"


"alah, dewan ni emmang baru sangat. jap saya check...untuk tarikh tu...ha, ada kosong! dewan ni dekat je dengan rumah awak. nak book?"


aku ni dah lah tak tau dewan tu dewan apa. kang dibuat nya sempit and tak lawa, tak ke haru?


"saya nak tanya adik saya dulu lah wak...nanti saya call balik"


"ok, tapi saya tak janji tau awak call balik tu awak boleh dapat dewan ni. tau tau jelah kan. awak sendiri kata dewan lain fully booked" ewah, ugut aku lak mamat ni.


"abes camne wak? takkan saya nak bayar deposit? kang tak best dewan tu camne? " jawabku gusar.


"camni lah, saya tolong awak....saya lock kan tarikh ni untuk awak. pastu awak call adik awak. lepastu call balik saya ada nak confirm atau cancel. boleh?"


"ok, boleh!!"


"ok, bagi full name, no ic and num phone..."


dan dan tu aku call adik aku tanya pasal dewan majidee tu. cantik ke tak, ok ke tak..

"yang kau tanya pasal dewan majidee tu kenapa? memang lah dewan tu ok, tapi kau tak payah nak berangan. dewan tu fully booked. camne tadi dah call ke tanya dewan permas?"


"eh, aku baru je letak phone ni. aku dah book dewan majidee tu. budak tu tolong lock kan tarikh tu untuk aku. kalau betul kau kata dewan tu ok, aku nak call balik and CONFIRM."


"HAAAAAAA? camne boleh ada kosong lak? tadi aku call dah lah gaya malas nak layan pastu dia kata dah fully booked. SYIALL jek. mentang-mentang awek call!"


idin mengamuk gila siap post shout out kat facebook. bengang gila dia dengan mamat tu. nak kata mamat tu nak ngorat aku? takkan lah pulok. hahahha. tapi syam pernah cakap kat aku suara aku dalam phone MACAM suara pompuan cun. macam eh macam je. siot betul.


makcik pun pernah cakap gak. suara aku kat phone ayu gila. hahahahaha. hakikatnya YANG ADO! tertipu lah kalian. mana datang cun ntah. hakikatnya orang suara sedap ni takde lah cun sangat and orang cun lak suara bukan sedap sangat pon.


tak peduli lah dengan drama ni. asalkan dewan punya isu dah settle. mak pun dah selamat bayar deposit RM300. alhamdulillah. ada juga benda dah settle as a start. :)


p/s: mode tengah berpinar tengok portfolio photog. mana satu idaman hati dan idaman 'kocek' ye? hehehehe.

5 comments:

ZANA said...

all da best, yunk :)

Missyanz said...

yup, dewan majidee mmg cantik.. maklumla, dewan bru..

ummphs.. said...

haah. dewan majidee cantekkk... :)
akhirnya anda berjaya!!!

jihan junaidah said...

salam..boleh emailkan no contact person utk dewan majidee tu x?gemhunter91@yahoo.com
btw..thanks...

FERROJACK said...

Hi! I baca blog you ni tambah terkejut sebab dialog kita hampir sama! && tempat tinggal pun sama! Taman suria! Nak tanya review pasal dewan majidi okey ke?


Nak kahwin bulan 8, Dewan takde hahahahahhahahahahaha


Sincerely B2B yang hampir gila,
ferr.