Monday, September 26, 2011

keperluan VS kehendak.

cakap pasal wedding, siapa taknak nampak cantik? siapa taknak majlis grand? tell me? dalam pada nak bajet, aku sendiri constantly berangan. dengan adanya facebook dan blog, memang menguji tahap iman aku. betapa naaakkkkk nya aku pelamin camni, wedding dress camni. deko dewan macam tu. isk macam-macam lah.

tapi sayang nya, aku bukan marion counter. aku juga bukan anak bos NAZA yang buat wedding fairy tale tu. im certainly not. atas dasar itu aku tersangat lah perlu come back to reality. aku kena sort kan mana kehendak dan mana keperluan. duit, bukan untuk dijadahkan dalam satu majlis, WALAUPUN majlis tu sekali seumur hidup especially when its not entirely my money.

aku tau je ada orang berpegang pada konsep "apa salahnya? once in alife time kan?" tapi aku cuba untuk tidak jadi begitu. sebagai seorang yang realistik, aku sedar aku dan bakal suami sangat muda dan frankly speaking, financial kami belum stable. kalau masa kahwin ni dah berhabis bagai nak rak, macam mana pula kehidupan lepas kahwin? dah lah kahwin pun banyak mak ayah sponsor. takkan lepas kahwin susu anak habis nak ketuk rumah mak ayah?

aku envy sangat orang yang mampu buat majlis dia sesederhana mungkin and still be happy about it. sebab at this point aku berusaha keras pujuk diri sendiri from time to time, "no, you don't need lavish wedding to be happy, you'll be fine with modesty" seriously, nafsu aku ni jaaahhhhaaaaat sangat. sometimes i wish i dont live in big city like jb. duduk jb ni aku memang di santak dengan wedding best-best gila dengan bridal yang vasz vasz! aku lak jenis suka ikut mak ayah attend wedding anak kawan mak and ayah.

aku suka ikut sebab aku suka wedding. suka tengok deko venue, tengok pelamin, tengok wedding dress. memang menjamu mata. dah selalu sangat tengok wedding lavish camtu, aku rasa ia macam satu KEPERLUAN lak. walhal itu semua nafsu semata.

jadi sesi muhasabah diri pada petang ni adalah untuk menyedarkan aku bahawa aku perlu kawal nafsu aku, cuba cari bridal or apa-apa regarding wedding pada harga yang reasonable bagi seorang cikgu macam aku yang parents nya pun makan gaji bukan bos besar berniaga sendiri.

Ya Allah semoga kau bagi lah aku kekuatan. perjuangan menentang nafsu tu jihad juga kan? :)

4 comments:

anaztasias nora aira said...

setuju !! nora pun pengantin bajet, but believe me.. ada benda murah pun still look eklusif bila kita pandai gayakannya. yeay sama2 berkreativiti :)

tqahmisdar said...

kita serupa dear..masih muda n financial belum stabil..buat yg wajib tu penting.. >_<

ni@ @in said...

sgt2 setuju ngan awk..dahulukan keperluan..jgn ikot ngat kemahuan..hehehe..tp stakat nk verangan xsalah kan(^_-)

ummphs.. said...

ain..ms kawen tu, um xbyk pk psl nak bende mahal ke ape.. tp um nak bende senang. bende senang ni .. buatkan ongkos lagi byk kuar. :P
pape pun lebihkan persiapan lepas kawen. bli brg umah etc semua tu jaaaaauhhhhhh2 lagi mahal dr kawen. :) yang itu kalu nak lavishhhhhh 10 kali pun xpe.
nway...gud luck dear!!