Friday, September 30, 2011

setting your priority!

AMARAN MACAM BIASA:
entri panjang berjela tahap tak boleh blah.



baru je balik dari deal dengan bridal. selama ni tak pernah terpikir pun nak amik bridal ni. yang ada dalam pertimbangan aku astana bridal, az bridal, jendela impian mempelai, adli dengan att bridal. antara semua tu, cuma astana dengan az je aku survey betul-betul siap datang butik mintak quotation. yang adli dengan att tu aku just usha-usha dalam blog and facebook.

setelah mensurvey, aku dapati astana ni jelah yang agak affordable. sebab at first aku mintak full package makna nya dia siapkan makan and dewan semua lah. total untuk 1000 guest harga terbaru dia bagi dalam RM27500. kalau macam majlis aku yang guest 2000 ni, kena tambah makan untuk 1000 orang, 1 pax dia charge RM12 so darabkan lah and plus kat 27500 tadi. nak dekat 40 k jugak kan?

bila bentang kan benda ni kat mak ayah, diorang rasa macam ok although sebenarnya mak before ni asyik gesa aku suruh survey tok wan catering. dengan astana ni, nak buat baju baru tambah 500 je. macam ok sangat. tapi kan tang deko dewan tu ada lah sikit-sikit benda yang aku kurenngg suka. macam bunga dia yang kaler purple and pink tu. ntah kenapa aku tak minat bunga tu. tapi they repeatedly guna bunga tu. lagi satu kalau orang yang particular boleh perasan tiang bunga walkway tu dia alas dengan kain satin kaler purple or pink. ponnnnn aku tak suka. walhal aku kipas susah mati pink purple. so, can u imagine it?

 can you spot the flower and walkway i mention?

mula tu macam nak redha je amik astana sebab affordable. affordable ok, bukan murah! tapi aku tetap terus kan usha men survey secara maya. then aku survey lah tok wan yang mak kata sedap tu. macam best je. aku siap call tau. cik sunawan tu sangat frindly and helpful. sekali dia quote kan harga sama dengan astana tapi menu lagi banyak and best pastu siap ada FOC nasi bungkus 200. teruja gila aku.

then aku boleh survey canopy dengan kerusi lak. ni aku survey untuk nikah sebab buat kat rumah. mula nya tu aku tanya dekat az bridal tu dia ada sedia canopy tak? dia kata ada, 1 unit canopy arabian dengan meja bulat 4 and kerusi 40 plus full deko dia quote 800. mak aih? anjat boboi! dengan astana dia cas 500. sekali lagi astana mendapat markah bonus di situ.

tapi lepas tu aku gatal-gatal survey syarikat yang sedia kan khidmat canopy sahaja, the best deal i can get is 340 dapat 1 unit canopy arabian, 5 meja bulat and 40 kerusi siap beralas (meja) berbalut and reben (kerusi) plus scallop. gila kan? murah gila. tapi aku tak jumpa lagi encik zainal ni. cuma aku dah call lah. kalau siapa b2b jb berminat call en zainal: 0137303260 atau kalau nak datang kat lot 274, kg kangkar tebrau nearby taman daya tu.

bila aku dah survey n total kan. aku rasa macam lebih kurang je amik asing2 atau amik full package. selama ni ingatkan lagi murah. pokok pangkal nya kita kena rajin survey lah. then up to a point aku decide taknak amik full package. so lepas tu aku sort kan mana satu priority aku. so prioriti aku adalah seperti di bawah.

1. paling penting makanan! mestis sedap, variety dan mencukupi. ramai manusia terlibat dalam bahagian ni so aku rasa yang ni paling penting dan aku kena choosy tanpa memikirkan harga sangat.
2.baju @ busana. memang sekejap je pakai nya. tapi hari penting bagi aku, aku nak la nampak ok. nampak ok tau. bukan jelita atau vogue the vasz. aku banyak cengkadak lak kalau pasal baju. tanak yang nampak kan bontot aku besar la, tanak yang sarat la.
3. door gift tetamu. kelakar kan aku macam penting kan benda yang orang lain tak berapa penting kan. door-gift ni aku nak kalau boleh yang orang boleh guna. walaupun ia adalah typical. macam mug. typical kan? tapi aku tau for sure orang bole guna.
4.photog. dah pakai baju lawa macam hampeh jelakan kalau photog bingai yang akhirnya aku tetap nampak gemuk dalam attire yang cantik. huahuahua.
5.pelamin, deko dewan, bilik pengantin, pelamin nikah. yang ni bukan aku tak penting kan. cuma aku rasa aku boleh settle down dengan pelamin biasa2 je yang tak grand pon. its just the background kan? taknak lah lekeh sangat and taknak grand pon. average je.

atas priority yang telah aku gariskan di atas. aku decide nak amik bridal kayangan. bridal ni baru dalam 3 tahun. muda sangat. and kalau pergi butik dia kat skudai, bagi orang yang mementingkan first impression mesti berkira-kira dulu nak confirm ke tidak. aku pilih bridal ni sebab aku fikir harga dia murah kalau nak dikirakan kat jb ni. untuk pakej dewan dia amik 3300. astana punya pakej dewan 6k ok. aku ni dah lah ada 2 pasang pengantin. banyak je benda kena plu plus kang.

dengan BK ni aku amik pelamin dewan untuk 2 pasang pengantin, deko dewan lengkap dengan welcome dome, walkway 6, deko makan beradab, deko untuk 2 bilik pengantin and pelamin nikah. total nya 3850. still mahal. tapi itu dah kira banyak juga aku save tu compare kalau nak amik kat bridal lain. baju aku amik tempat lain. aku kan choosy part ni. baju mungkin aku tak hesitate nak spend banyak sikit. tapi tadi masa aku gi butik BK dia tengah siapkan satu baju ni kale oren. tapi sangat kna dengan taste aku yang tak suka sarat barat. bila aku tanya dia kata baju baru dia tambah cas 200 je. baju lepas kita guna jadi milik dia lah. aku macam berminat tapi tak tau lagi. tengok dulu la camne.

yeah. kalau tengok design pelamin ni memang biasa sangat. tapi aku dah usha semua album dia. aku dah take note barang apa dia ada. panel ada bape semua. right now aku dalam mode nak draft sendiri pelamin aku. standard ah tema aku yang penting taknak sarat. less is more kata orang tu. hehe.




so pada bride to be, tetapkan la priority korang. lepas divide la mana yang korg patut spend lebih. be wise ok?

p/s: hantaran pun dah ada progress. alhamdulillah. later entri cicah lantai versi hantarans pulak!

No comments: