Wednesday, September 21, 2011

one thing leads to another.

as salam.

pagi tadi bangun lewat dek menghadap laptop mengusha sini sana. senang ek sekarang? tak payah nak berjalan-jalan. lepas balik camping pun boleh survey untuk preparation kahwin. tu lah, semakin malas manusia, semakin banyak invention. so, moral of the story? marilah kita semakin bermalasan supaya lebih banyak lagi ciptaan canggih dihasilkan. haha.

bagi orang malas dan suka buat last minute macam aku ni, memang i like sesangat lah mak datuk internet ni semua. senang. bodoh piang pun takkan tak reti guna google ye dok? zaman sekolah lagi cikgu dah ajar guna google. ko tekan jela apa kau nak. kalau salah eja pun cik google siap berbasa basi betulkan. haha. sengal je kan.

tapi yang susah nya browsing through internet ni ialah, one thing leads to another. susah nak focus. sebab banyak sangat link. dan orang macam aku yang hapak pun tak buat lagi lagi ni, macam mencapah-capah je perhatian. mana tak nya, tengah usha photog kang, kat sidebar nampak promosi door gift kat blog lain. pergi lah melompat ke blog tu. dah cuci cuci mata eh, nampak ada comment cakap dekat blog sekian sekian ni wedding cards cantik-cantik and murah. uih, perkataan belakang tu yang sangat menggegar jiwa. terus terjah.

endingnya? ntah ke mana-mana je sesat. kalau realiti, agak nya minyak shell v-power yang lebih kilometer tu full tank pon boleh abis kut. haha. perkembangan photog tu setakat ni, razali kena cross off the list sebab dia tak available on both date sanding and bertandang aku. sob sob sedih. kalau dia shoot kat sri medan tu mesti lawa. dia pun orang bp, mesti dia boleh study betul-betul lighting semua.

setakat ni aku macam suka shaherhan. PR ok. cepat je balas email aku. harga sangat affordable. pada aku la. tapi gambar dia aku tengok, ada yang aku berkenan memang aku berkenan la. yang aku tak kenan tu memang tak bole blah la kan. ikut nasib-nasib je. tapi standard ah kan. buah pisang setandan pun takkan semua nya elok. ceh ayat sedapkan hati je aku ni.

agak-agak kalau aku jumpa team shaherhan ni, disscuss dengan dia and brief sikit-sikit apa aku nak ok tak? ke aku perlu try cari yang lain? bukan apa. kan aku dah cerita kat previous entry aku kan pasal gambar yang aku suka. aku dah tengok portfolio photog lain. diorang banyak include gambar posing. gambar diorang memang cantik-cantik. tapi bila diorang letak gambar posing untuk represent artwork diorang, it shows preferrence diorang lah kan?

means photog tu memang suka gambar macam tu and suka shoot gambar macam tu. kalau photog suka gambar moments, gambar candid, dia akan sangat alert dengan moments yang akan nampak cantik dalam gambar. and i really want that kind of photog. uih. berbelit-belit aku explain. ni lah jadinya bila cikgu menerangkan. panjang lebar jadiknya. padahal point nya sikit je.



aku nak gambar macam ni, tapi gigi aku tak rata. so camne? hahaha. boleh ke photog buat gambar aku nampak cantik? boleh? boleh? hahaha. gila kentang bagi cabaran macam tu. no macam tohmah diri sendiri je namanya.


p/s: bertapa kat bilik sains sorang harini. mendung je cuaca. nak menanda buku pun tak semangat.

No comments: