Saturday, October 1, 2011

kisah caterer & door gift.

kenapa lah kahwin ni melibatkan terlau ramai orang? aku officially stress. dah lah aku ni keje muar. balik every weekend pun tak guna sebab weekend semua vendor busy. nak buat appointment memang tak dan langsung. be it photographer, bridal, caterer even vendor canopy pun busy. nak amik cuti bukan sennag. paham-paham jela cikgu baru. haritu baru mintak cuti hari jumaat, GB dah tanya macam-macam. argh.

semakin tertekan bila ada ayah yang kalau boleh sekali petik terus datang depan hidung. bukan nak consider all the hindrance. yang dia tau benda yang dia nak tu siap. kalau all the power dia bagi kat tukang mejalankan kan nya ni takpe gak. ni tak. semua benda nak kena dia endorse jugak.

tapi nasib baik lah dalam diri aku ni memang ada gen degil. untuk photographer dengan bridal aku aku dah tempah je. malas nak mintak endorsement bagai. leceh bila takde progress ni. waktu macam ni stress bertambah-tambah. jerawat pun macam hape je. makin lah aku stress.

semalam ayah dah discuss caterer. kalau tanya aku, aku memang kureng sikit dengan caterer ni. sebab makanan yang dia offer bertumpu pada briyani and tak variety. memang pun dia specialist dalam briyani. kalau to wan catering yang aku deal tu, makanan dia variety siap ada udang sweet sour and rojak bagai. yang ayah deal ni dia memang bagi acar lah paceri lah. benda yang bukan taste aku.




harga sama gak dia offer. RM12 per pax. ntah. takpela. redha je. hope orang lain tak fussy macam aku. sebab aku ni kalau gi kenduri kahwin, kalau ada nasi putih aku memang tak amik nasi briyani. then kalau takde choice aku just makan nasi briyani dengan ayam masak merah je. tapi, oleh sebab caterer ni melibatkan bajet yang banyak, aku malas nak take risk beriya-iya mempertahankan choice aku. sebab kalau tak best sampai ke sudah ayah akan blame aku.

makan ni memang duit mak ayah. biar lah diorang buat pilihan. lagipun yang ramai nya nanti kawan-kawan diorang juga. so kesimpulan nya, hal caterer majlis sanding kira dah boleh cross from list lah. makan untuk nikah tak decide lagi dengan siapa. mak macam nak buat nasi serai.

untuk door gift lak memang dari awal lagi, dari zaman aku belum bertunang lagi ayah dah cakap. telur mesti ada. dengan ayah aku ni, susah kau nak jadi unik or make a difference. jenis pentingkan adat. so yeah. RM0.90 - RM1.20 da confirm-confirm dekat telur kan? telur tu takkan nak bagi terbuntang-buntang macam tu.

although idea bagi mug tu dah tersangat basi tapi ayah aku nak kan someting yang orang boleh guna. ok, yang ni aku setuju. aku pun nak benda yang orang leh guna. tapi aku survey kat internet ni, mug macam mahal. unless mug mini lah. rate dia area RM2.50+++ tu mug je tu. kalau plus dengar telur dah berapa? bayang kan nak bagi kat 2000 guests. perkh. pening.


tapi tadi aku gi KK deco mart kat the store pandan. harga mug putih ada macam-macam design, just RM1.90 je. but then kena pikir gak, nak lekat sticker, telur lagi, case lagi. dah berapa kan? tapi mak macam consider juga mug kat KK deco mart tu. but then bila tanya promoter tu, dia cakap mug tu ada tak sampai 100 and kalau nak order pun dia tak tau stok sampai bila and datang macam mana.

so sekarang ni masih lagi mode usha mug murah sebagai door gift. siapa ada idea, boleh lah tolong share ye?

2 comments:

A 'n' M said...

dear...my fiance beli mug kat kkdeco tu.skrg tgh 50% discount kan? try kol kkdeco kat nilai kalau nak order byk2.we just bought 1k.tapi kena tggu a few weeks baru sampai.bila sampai dia kol then kena pick up sendiri kat nilai..hope it helps.. :)

with love:zaren said...

hye slm kenal...sy org yong peng... ok jgk ur idea nk bg mug...try la survey kt aitam,manelaa tau tjumpe yg murah...
klu tak pon,tnye2 kt kdai One Stop..hehe..bole order kalau nk pakai byk n rasenye hrga bole dpt kuranggggg lagi...