Wednesday, October 19, 2011

kisah hantaran.

as salam.

baru balik dari sekolah. stay lama sebab settlekan lesson note. esok ada sukan. malas nak ngadap. macam mana preparation korang? rancak ke tak? tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi ye. :)

harini aku saja nak update pasal progress hantaran. hantaran aku kepada F rasanya dalam 60% dah. kat bawah ni senarai hantaran aku kepada F.

  1. sireh junjung
  2. kek
  3. cookies / coklat / buah (undecided)
  4. cincin (dah tempah tapi belum amik)
  5. shirt + pants
  6. perfume set
  7. wallet and belt
  8. watch
  9. ????

nampak tak yang last tu ???? tu makna nya aku seriously tak tau nak bagi apa lagi satu dulang. bukan pasal takde idea. idea banyaakkkkk. cuma bajet je tak banyak. hehe. aku bajet dalam 300 ke bawah untuk satu dulang. tu yang pening nak bagi apa lagi satu dulang tu.

setakat ni, aku masih within bajet. takde lah semua benda tu harga 300. mana yang mahal sikit dah balance kan yang murah. shirt and pants tu aku beli jenama alain delon kat parkson. masa tu rasanya tengah offer. total shirt dengan pants ni rasanya dalam 200 je (or less tak ingat dah). set wallet and belt tu pun aku beli allain delon. harga bawah 150.

perfume F aku beli tommy hilfiger harga rasanya 310. cuba refer entry aku sebelum ni. 310 tu harga masa takde offer. kira ok lah. kalau nak murah sikit tunggu sale. cincin F tu aku beli silver je tapi ikat dengan batu nilam kaler biru. harga amoi tu cakap bawah 800. yang mahal batu nilam tu. reason aku pilih silver je? first macam ragu2 dengan suasa. ada kata suasa pun laki takleh pakai. then, platinum mahal nak mampos memang di luar bajet aku. dan reason paling utama ialah, pakai perak tu sunnah nabi. aku cakap dengan F, dia jenis lekat dengan cincin. bayangkan berapa banyak pahala dia dapat just pakai cincin tu je sebab sunnah nabi. belum lagi pahala mengingati isteri. kihkihkih. yang tu reason gedik. ok, apa lagi. haaa, jam tangan tu aku baru beli dalam minggu ni gak. aku beli kat wetex muar.

alkisahnya sebenarnya masa tu aku gi wetex semata-mata nak beli eyeliner je sebab eyeliner aku dah habis. lepas beli eyeliner kat elianto, saja je aku jalan-jalan kat kedai perfume. perkh, jumpa guess by marciano version laki punya. sedap bau dia!

then masuk kedai jam. saja je sebenarnya. sebab dalam perancangan asal, aku dah cancel out jam tangan dalam list hantaran. REASON? dah banyak kedai aku survey kat bp, kat jb, jam lelaki yang berjenama and kena dengan taste aku (taste aku ye, bukan taste F) semua harga 400 ke atas. haih, dah lebih bajet dah tu.

so, cancel lah. tapi masa masuk tu sebenarnya aku saja nak tengok baby-G. aku tengah berkira-kira nak suruh F bagi aku baby-G sebagai hantaran. aku rasa murah je. tapi F kata, macam jam main-main je rupa dia. tapiiii, aku sekarang memang suka jam digital. so camne? over ke tak kalau baby-G je buat hantaran?

then, masa tu lah aku terpandang satu jam casio ni. jam laki la. tali kulit. smart. harga pun ok, tag dia tulis 289. masa aku usha tu amoi tu cakap, sekarang ada less 25-30%. so jam yang aku tengok tu after less memang much cheaper lah. pastu amoi tu tanya bape bajet. aku jawab 350.

then amoi tu kata, 350 ye, bonia ada, crocodile ada. terus aku gi usha-usha. then aku jumpa satu jam crocodile ni. tali dia steel tapi kaler hitam. SMART! pada aku lah. tag dia tulis 400++ aku tanya after less berapa? dia kata 339. terus aku teruja. aku call F gak tapi dia tak angkat. padan muka dia. aku terus je beli. then aku tambah RM5 untuk extend warranty kepada 2 tahun. so, total nya RM344. memang menepati bajet.

walaupun secara teknikalnya exceed 300, tapi dah di balance kan dengan harga wallet& belt and shirt&pants yang murah. pokok pangkal nya kita kena tetapkan bajet dulu. insyaAllah ada pilihan punya untuk bajet kita tu.

so, kat sini aku ada beberapa benda nak tanya b2b yang prihatin sekalian.

a)  apa benda lagi 1 aku nak bagi kat F ek? under 300 please!!!
b)  wajar tak kalau aku mintak baby-G sebagai hantaran?
c) kek tu adakah korang suggest beli secret recipe terus atau order dengan orang yang buat kek.

p/s: bosan nya entry takde gambar ek? hurm..

2 comments:

Mr.F & Miss N said...

1 lg hantaran~ kasut.. :))
psl kek... sy prefer beli secret jek.. terjamin mutu dan rasanya.. hehe.. xberani amik risiko

plain jane said...

1 lg hantaran Tafsir Quran ke buku2 agama pasal perkahwinan ke... kalau suami baca ada dapat gak pahala @ manfaat untuk kita. hehehe

boleh je jam baby-G. comel.

kek pula, kalau nak wat hantaran better jgn secret recipe. pasal dulu saya ada nak beli untuk wat hantaran tunang, tapi manager dia tak suggest, pasal mostly kek dia krim. tak tahan bila tak letak dalam tmpt sejuk. dia kata mostly 2-3 jam je, takut lembik tak sedap. kalau ada pun yg jenis choc moist kalau tak silap la... tanya la diaorg nanti.
tp kalau nak wat acara potong kek ke, maybe boleh. but you better ask staff secret recipe la untuk kek apa yg tahan lama cket.