Thursday, October 13, 2011

envy much?

mode: down.


aku berjalan-jalan tengok preparation wedding korang semua tadi. and jugak baca review bride yang yang majlis nya dah lepas. nak tahu apa perasaan aku sekarang? sedih. sedih yang teramat sangat. sedih sebab aku ni langsung tak ada kreativiti.

jeles tengok rai bitbitterbutter. pandai dia design kad sendiri, edit gambar sendiri. on my, aku envy. aku ni adik 2 orang amik graphic & design. sorang uitm, sorg cosmopoint. tapi aku? haram. memang buta seni la weih. pastu jeles tengok intan. pandainya dia buat beadings work. pandainya buat HB sendiri. and the list go on sebab banyak nya yang dia buat sendiri.

ada yang diy baju sendiri, paling koman pun veil. ada yang diy kad. diy centerpiece. macam-macam. seriously aku envy dengan korang. sebab aku memang kureng bab macam ni. bukan tak boleh try, boleh tapi ia cuma akan membuat aku makin down je.

best betul orang yang boleh save banyak sebab pandai buat sendiri. aku ni apa jela aku boleh buat sendiri. meng'order' reti lah aku. order kat vendor nak tu, nak ni. being a person with science background buatkan aku macam lurus je. tak reti lah nak berseni-seni ni. kalau seni tarian boleh la. :)

pada bride-to-be yang cekal ber-diy syabas banyak-banyak aku ucapkan. memang best lah korang. korang patut bagi appreciation kat diri sendiri tau every now and then sebab kerja tu bukan mudah. and ALSO. i envy u guys so much. :'( sebab saya cuma lah cikgu sains yang tak kreatif.

1 comment:

anaztasias nora aira said...

dear !! jangan cepat putus asa, pasti ada kelebihan u. go go dear. nora memang xreti diy ni. oleh sbb xreti bab kain bab baju, nora cari bab2 lain, presurre make me to do it !! kamu pun pasti boleh. *** hugs ***