Friday, October 21, 2011

pre-wedding photos : what say you?

sekarang ni trend ek pre-wedding photos? dulu tak silap aku orang kita takde buat sangat. rasanya influence dari mat salleh and cina. cina biasa buat kan pre-wedding photos? macam hand bouquet pon budaya kita tak ada sebenarnya. influence dari mat salleh. tapi mat salleh ada hb sebab dia ada ceremony tangkap hb tu.

ok takpe. perihal hb later lah cerita. tapi pasal pre-wed photos ni, apa pendapat korang ye? perlu ke tak? wajar ke tak? aku tak ada lah fikir benda ni sangat mendalam. cuma aku fikir, banyak juga lah kena keluar duit untuk hire photog for the session.



untuk orang yang kalau boleh semua nak cut cost macam aku ni, terus lah fikirkan perlu ke tak, berbaloi ke tak. bukan apa, ayah aku sendiri sangat ortodoks. dia taknak kad ke apa ke ada gambar bersama walaupun tak bersentuhan. thats one of the reason. another one, aku sendiri macam tak berapa minat nak tepek muka aku kat mana-mana benda regarding wedding aku. be it banner, signage apatah lagi wedding invites. mungkin sebab aku rasa aku tak lawa kut. huhu. (bukan merendah diri tapi sedar diri)



so, benda ni buat aku fikir, nak buat apa je aku amik pre-wed photos kan? ayah pun tak bagi, aku sendiri taknak make use of it for wedding purpose. PLUS, this is PRE-WEDDING PHOTOS. PRE, belum kahwin lagi. so of course tak boleh intimate sangat. tak boleh pegang-pegang. tak boleh dekat-dekat, tak boleh laga-laga pipi (pipi ada jerawat pun lagi mau laga-laga. haha)

ntah. ini bagi aku lah. kalau pun kita amik gambar macam tu (sorry aku bukan perfect sangat) of course tak boleh (tak manis lebih spesifik) untuk tontonan public. mak ayah ke. sedara mara ke. even kawan-kawan pun aku rasa tak proper. yelah, kan belum kahwin lagi. nape kau nak tayang kau pegang-pegang or duduk dekat-dekat. malu family nanti.

aku tau, kita boleh je create gambar cantik without kena sentuh-sentuh and rapat-rapat. aku tau boleh. banyak je aku tengok pre-wed yang sopan but still sweet. tapi dalam kepala aku ni gambar couple suppose to be intimate. sebab sentuhan tu melambangkan kasih sayang (omg geli nya dengan ayat sendiri) tapi tu opinion aku je. mungkin aku gatal kut. hahaha.

so, macam mana pendapat korang? patut tak aku buat pre-wed photos. for what purpose. mahal jugak kan? area RM300 ke atas itu pun takde dapat album kan? bagi b2b yang dah buat pre-wed photoshoot, how was it? how much does it cost you. and korang guna pre-wed photos tu kat mana? please please do give me your opinion. takut menyesal kalau tak buat. huhu. kalau buat lak takut tak digunakan lak gambarnya.


p/s: yang penting gambar post-wedding ah. tu memang HARUS! hehe :)

9 comments:

miss Z said...

I xprefer sgt pre wedding photo. reason? mcm yg u sebut tu lah. I sgt2 prefer post wedding. nk intimate lbh2 pon xpe. buat la gaye ape pon xd mslh. haha. pre wedding I gamba tunang je lah. itu pun da cukup. hehe

oshinz said...

selalu orang buat kenangan je kot? hehehe. ade yang letak kat guestbook, guest table as part of centerpiece.. kalau nak jimat, takde pun takpe.

plain jane said...

betul cakap miss Z. saya pun prefer post wedding photoshoot.

cik nurulain said...

miss Z:
hehehe. kalau da kawin mmg over lah gamba nya. tu lah ek. tgh pikir2...


oshinz:
tu lah. i mcm tanak letak gmbar. so mcm xperlu je kan?

plain jane:
u amik pre-wed photos x?

Ms. Omey said...

Btul ckp ur father, xpyh pun..bkn budaya kita nk bt pre-wedding ni, gmbr bertunang pun xmanis amik duduk rapat sgt..

Just my two cents :)

en.kayrul dn cik nadua said...

hi ain :)
akak ambik pre-wed tapi mmg xde pegang2 dan ditemani oleh mahram.haha.gmbar pre-wed tu rm150 je w/out album la.sj bt kenangan.xde publish utk card @ banner.sj nak feeling2 artis amik gmbar byk2 :)

actually,bgantung pd org samaada nak pre-wed atau tidak.bg akak,sj nak bt kenangan.gmbr pun publish kat fb after dah kawen.

p/s:post-wed pn akak ambik gak.haha.mmg tamak :)

ketawariang said...

memang pre-wedd ni jrng org melayu nk buat...but nowadays dah jdk mcm trend kn....
u pun ckp...ade je pre wedd sopan2... i ade gak tgk blogger buat pre-wedd tp duduk jauh gila...
:D

Memory of A Time said...
This comment has been removed by the author.
Memory of A Time said...

hi blog walking...(selamat berkenalan)

since my fren ramai yg buat photography ni, saya dapat offer untuk pre wedding photoshoot ni free, tapi sayang kitorang takde masa... ssooobbbss!

ok, pendapat saya pasal pre wedding ni, kalau amik gambar jauh2, takde pegang2 tangan, action ala2 macam si teruna nak memikat si dara, saya rasa ok...

yang sangat tak ok adelah, berpegang tangan, peluk2... yeah mungkin couple tu dah biasa buat, tapi please tak payah show off kat public, and... satu lagi yang dah siap2 amik gambar kawin, siap pakai baju kawin, mekap macam pengantin laaa... tapi lom nikah....lepas tu letak that photo kat bunting, kat poster... adehh...

tak manis lah dear...