Friday, October 7, 2011

dugaan.

setelah stress pikir persiapan kahwin, layan video nikah orang kahwin. semua sweet. dalam video tu nampak yang cantik je. yang sweet je. pastu dalam tu tengok semua dah siap. semua settle. nampak senang je. walhal?

aku currently dalam mode sangat stress. almost everyday aku bergaduh dengan F pasal ntah apa-apa je. kalau balik tu memang sah bertekak dengan ayah. kalau tak bertekak pun, aku sorang-sorang nangis sebab kena marah ayah. dengan mak aku tak gaduh tapi aku yang selalu marah and meninggi suara kat mak. ntah dah berapa banyak dosa aku pada mak. :(

lepas tu semalam berselisih faham dengan syada. rasanya sampai sekarang tak ok. everything messed up. :( semua benda tak kena.

dengan ayah aku bertekak sebab cara ayah tu macam aku takde buat apa-apa untuk preparation kahwin ni. and sometimes tu ayah bercakap macam aku langsung tak kira bajet. walhal aku siang malam pikir apa yang patut aku cut cost. then ayah macam nak potong pada benda-benda yang tak munasabah. tapi overspend pada benda lain. :(

dengan mak pulak, aku bertekak pasal choices. always taste aku ni tak selari dengan mak. mak nak bunga juntai-juntai, aku taknak bunga langsung. mak nak meriah aku nak simple. semua tak sama. selama ni memang taste aku tak pernah sama dengan mak. tapi when it comes to wedding preparation, bend ani jadi makin ketara. apa yang cantik pada mak tu, pada aku, EEEUUUUUWWWW! ok no offense. tapi aku rasa aku deserve untuk memilih. bukan selalu.

aku cuma nak kan something yang simple tapi lovely. always my motto, "less is more". macam hantaran tunang aku. orang asek cakap simple sangat lah, tak menyerlah lah. tapi aku memang suka macam tu. simple saja. warna pun taknak yang terang mencanak-canak.

up till now, aku masih tak ada baju kahwin. aku nak sewa je. tapi tak cari lagi kat mana nak sewa. ni semua bahana nak simple lah ni. baju sanding kan kebanyakan nya sarat barat dengan beadings. tu yang susah tu. takpelah. next week aku try lah balik and cari baju. hopefully dapat settle dengan sesuatu.

siapalah mulakan adat kahwin yang susah ni. kenapa tak akad lepas tu jamuan makan je. :(  :(

3 comments:

mrs chenta said...

no worries darl..semua bride alami menda ni, termasuk saya...masa tu rasa nk give up je. tp once dah selesai....rasa nk nangis sbb lepas semua masalah.xde menda nk pikir dah. ehehhehehe tema warna apa... i nk jual my baju pengantin kaler purple and merah... take a look ya =)

oshinz said...

lecehla adat melayu ni.. cousin kite ade buat nikah kat masjid n pastu terus makan2. sebelum pukul 4 siap everything. sekarang dah ade anak 1 pun. bahagia jugak.. hehehe.

nolyndila said...

sabo la dear...ni la namanya dugaan...bnda mcm ni normal bg smua b2b..dila pun lalui macam2 dugaan..cayok2..^_^