Wednesday, December 29, 2010

kedai comel dan kain baju tunang.

aku macam nak meroyan sebab posting tak dapat lagi. rasa macam kewangan sangat tak secure bila tak tahu hujung pangkal posting ni. lagipun, susah aku nak beli barang tunang or kahwin sikit-sikit sebab semua kena tunggu mak.

ni lah bahananya. mak ayah aku dengan mak ayah F ni sangat excited gamaknya. tup tup je bulan 2 atau 3 nak tunang. aduish lah. takpe. dah biasa ni jadi anak sulung. semua pun mengejut je. harini nurin nak balik kedah, so tadi petang lepas fetch mak kat sekolah, si nurin tu nak cari kasut putih untuk dia pakai ke hospital. nak yang santai and ringan di samping mudah dibasuh katanya.

pergilah angsana. sampai angsana tu lepas dah cari kasut nurin, rasa macam nak usha baju tunang. mak pun layan kan aje. masuk kamdar tak nampak yang berkenan. lepas tu ntah macam mana rasa macam nak masuk gulati's. yelah hari tu masa datang dengan F kan aku ada dapat flyers pasal pakej RM250 tu. aku rasa macam murah lah.

try lah masuk dengan mak. aku usha gak chiffon. konon kan berangan macam nak pakai chiffon. tapi obviously tak ada yang aku berkenan. mungkin deep down inside aku memang tak suka kan chiffon. lepas tu aku tengok lah kain lace yang dia display kasi patung pakai. aku tanya harga, semua pakai RM300 semeter. *gulp*

pendek kata yang cantik kat mata aku, semua harga mahal nak mampus. lepas dah putus asa tu aku saja lah tanya pakej yang RM250 tu. sekali dia tunjuk lace nya, semua buruk! tak cantik pada aku. nak bayar RM250 tu bagi aku macam mahal je sebab lace dia macam tak cantik.

pasrah je aku ajak mak aku keluar dari gulati's tu. mak aku macam tak kisah je, tapi aku memang tak tergamak nak pakai kat badan baju mahal macam tu. lepas tu tiba-tiba mak cakap,

"kita pergi kedai comel lah"

"huh? kedai apa?"  haha. apa kedai tu nama comel lak tu? kelakar sungguh.

"kedai kain lah. nama dia comel. mak pernah beli kain viscose kat situ."

aku memang tak pernah tau kedai nama comel tu. jalan punya jalan nak cari kedai comel tu tiba-tiba aku jumpa kedai yang aku dengan F pergi ari tu.

"ni lah kedai along beli kain baju nikah tu mak...eh?" sekali aku tengok nama kedai, rupanya ini lah kedai comel yang mak maksudkan. hahahaha. kelakar betul aku boleh tak perasan.

 kedai comel. hahaha. lawak sungguh aku boleh tak perasan.

rupanya cina tu pun macam cam mak aku. hahahaha. akhirnya untuk tunang aku decide nak pakai lace gak. sungguh membosankan ek aku ni. what to do? chiffon macam tak ada yang menarik perhatian aku. atau mungkin sebab dia merabakkan poket aku kut? haha. taik idung masin punya bakal pengantin.

banyak gak yang aku berkenan. ada satu tu dia pairkan lace kaler hijau lumut dengan satin kaler light cream. cantik gak. tapi mak aku berkenan kale peach lak. so korang rasa mana aku pilih? huhu. peach lah weh. aku kan anak yang baik. memang lah itu hari aku, aku ada hak pilih. tapi biarlah. kalau mak aku rasa cantik, cantik lah tu. :)

 kain pilihan omak aku. :)

hari tu yang aku amik dengan F tu pakej RM190 dia bagi sepasang baju perempuan dengan sepasang baju laki kan? harini aku ambik baju perempuan je dia bagi RM130. bagi aku sangat ok lah harga tu. agak affordable and still within budget.

actually sebelum masuk kedai comel tu ada lah gak aku usha baju ready made kat butik dalam angsana. ada tu aku survey, harga dia RM220. ok gak lah. kalau dah sesak-sesak memang boleh je kalau nak rembat yang ready made tu sebab kalau baju ada lining ni kat johor upah dia paling kurang RM80 aku rasa. kalau totalkan 130+80= 210 lebih kurang je kut harga nya.

tapi tu lah, bagi orang yang badan tak ideal macam aku ni kureng sikit lah nak beli yang ready made. bukan apa. aku ni pinggang normal tapi punggung besar. badan normal. nanti kalau aku amik baju saiz S,tang kain tu kat punggung mesti GAGAL punya. jadi untuk mengelakkan kekecewaan dan low self esteem terhadap bentuk badan sendiri, elok lah aku tempah je baju aku :)

8 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum nurulain,

hi b2b johor. nice to meet you. hi3x. happy preparing yer.

elle's laaa~ said...

hye...

emm, btw, kedai kain comel ni kt mne ekk? kite org joho pon x tau.. hihihi.. malu jekk... :)

cik nurulain said...

syahira: hehe. yerp b2b jhr in da house. u too happy preparing

elle: huhu. kat angsana.

kitakesitu said...

salam...

peach ye?santek2.
dah ada veil ke?
kalau belum dan berminat, meh la tengok link ni
http://kitakesitu.blogspot.com/2010/12/jualan-murah-veil-cantik.html

tq =)

luvYOU said...

wahh...ain dh jdik cik b2b :)

bagusnyieee :)

ain...rase mcm da kenal sgt ngn awak.. sape yg folow blog awk yg tau cte awk dr A smpai Z sure cm excited bace blog awk nih.. :) moga kekal ye ain :)

miey anna said...

dearrr..r u techa wanna ne too??
which IPG?? OOOemmmgEEE...hehe..
same lorhh...i likeee =)))

cheQmOomOo said...

hehehehe org bli siap jek ms tunang aritu ;)
wlupun kain meleret2 hahaha *bonsai tol!!* :))

tamanraudhah said...

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?