Saturday, December 18, 2010

the start of something new.

hari ini 19 disember 2010, aku mulakan blog haribahagiagadisini. ok aku tau tajuk blog aku ni macam mintak penampar. tapi who cares? blog ni kena lah ada kesinambungan dengan blog bicarahatigadisini kan? dah kata  dua-dua pun aku punya.

semalam, family F dah datang risik. alhamdulillah. semua berjalan lancar? tidak sama sekali weh. banyak ranjau berduri aku kena lalui, and itu baru cuma merisik. makcik aku cakap, selalu nya kalau nak buat benda baik memang banyak rintangan.

sebelum mak ayah F datang, aku dengan F dah bincang sesama sendiri dulu, tapi ntahlah. keputusan aku dengan F tu tak dipersetujui oleh ayah aku and ayah dia dalam dimensi berbeza. ayah aku tak setuju part ni, ayah dia lak tak setuju part lain.

boleh bayang kan tak bila ayah kau masing-masing ada kepala sendiri. dah lah ayah kitorang sebaya. pulak tu masing-masing first time nak kahwinkan anak. aduhai. haru biru dibuatnya. aku dengan F ni redha je. lagipun sepanjang hayat kitorang memang kitorang ni bahan ujikaji. anak sulung lah katakan.

tapi, let us look pass all that lah. kalau aku nak list segala masalah yang aku alami, dah macam aku kuat merungut lak. over je. orang lain lagi ada masalah besar tapi tak ada pun nak kecoh macam aku ni ha. bersyukur je peringkat pertama dah selesai.

aku mula nak rahsia dari kawan-kawan aku. yelah. nak tunggu lagi 2,3 minggu nak tunang baru bagitau. malu lah benda macam ni nak gebang awal-awal. karang tak jadi, malu lak. bukan lah mendoakan, mintak dijauhkan sangat-sangat. tapi tu lah sebab nya taknak kecoh awal.

tapi nak buat macam mana? si F tu tiba-tiba post status kat facebook. time aku tak bukak facebook lah dia buat onar. hahaha. pelik aku. walhal mamat tu selama ni, fb buat pekasam je. ada pun buat placing je. tiba-tiba dia boleh post kat facebook. lepas tu yang komen status dia tu semua orang-orang aku. hahaha. nampak tak betapa kepoh nya kawan-kawan aku? ha, memang. korang tu bab macam ni laju je komen.

haha. funny thing happens masa mak F nak sarung cincin. sedikit KETAT ok. bengong. obviously aku sudah gemuk. aduhai. malu aku. masa mak dia nak sarung tu, macam stuck kat tengah, then mak dia cakap,

"eh, ketat juga eh..."

what an embarassment! hahaha. F gelakkan aku gila-gila. puah lah hati dia dah nampak bukti betapa badan aku dah naik.anyway, masa risik mak F bawak dulang letak cincin and sebakul buah. orang lain risik bawak apa ye?

1 comment:

luvYOU said...

ain !!!!

demm !!

tak gtau pong dh nak kawennnnnn...cish..cish.. WAJIB jemput tau!! ..uhu

tahniah syg :)