dah macam maniac pun ada. bila orang sebut-sebut pasal benda yang mahal macam kad jemputan yang kos nya RM1 ++ sekeping, aku terus je freak out. memang gila. sampaikan aku kena marah dengan ayah. banyak kali lak tu kena marah ayah. ayah cakap aku asyik nak merendahkan F je.
aku bukan merendahkan F pun, cuma istilah nya ukur baju di badan sendiri je. biarlah biasa-biasa je. aku taknak berhutang kemudian hari. kehidupan lepas kahwin pun nak pakai duit juga kan? sampai satu tahap tu ayah marah sampai ayah cakap,
"dah, kau tak payah sibuk. suka hati lah ayah nak buat macam mana. "
eh? boleh ke gitu. siapa nak kahwin ni wei? tapi nak buat macam mana kan? aku ni anak sulung. aku nak berjimat sangat pun tak boleh gak. ayah aku, mak aku ada kawan-kawan. mestilah diorang ada standard nak jaga gak kan? so aku sebagai anak tak boleh lah selfish kan?
terima jelah. mana yang diorang nak pakai duit diorang, nak buat grand pun terpulang lah. anyway, perkembangan terbaru ialah aku baru beli kain untuk buat baju nikah hari tu. aku dengan F decide nak buat kain tu sebagai hantaran tunang. macam tu dapatlah cut expenses sikit kan?
aku kalau boleh nak beli yang biasa je. aku tak suka sarat sangat. and lagi, nak yang murah. haha. keji betul. kedekut betul. nak kahwin pun kedekut aku ni. roommate aku hari tu beli kain untuk baju nikah dia sampai 800. tapi itu sebab dia tambah shawl katanya. beli kat jakel. dapat baju dia and baju partner dia.
katanya dia amik pakej yang 450. aku macam gerun lah dengan jakel ni. banyak dah aku dengar jakel ni sebenarnya tekan harga. even aku sendiri pernah tengok dengan mata aku sendiri, kain yang sama jenis dan coraknya tapi kat jakel lagi mahal daripada kat nagoya. so memang serik lah.
so aku dengan F macam nak gi nagoya je. gerun nak gi jakel. aku ingat kat angsana ada nagoya. sekali tersalah lah pulak. rupanya yang kat angsana tu kamdar dengan gulati's. kat kamdar aku tak try tanya harga pakej pun. just usha harga ramdomly je.
aku tengok harga lace yang paling mahal pun RM49 semeter. tapi ada yang RM19 semeter pun dah cukup lawa pada aku, lagi pulak aku ni jenis tak suka yang ada labuci and lip lap bagai. aku kira-kira, kalau ambik lace yang RM29 semeter pun dah cukup ok. kalau campur dengan lining 4m ambik satin yang harga RM10- RM15 semeter pun, masih under 200 lagi.
aku tengok gak chiffon sebab try surf kat internet sekarang orang macam banyak pakai chiffon gak. tapi ntah lah. chiffon ni yang kosong, plain sangat. yang ada beading lak sarat gila. so aku macam tak minat. jadi rasanya stick to lace je lah.
masa tengah jalan-jalan lagi aku dapat pamplet gulati's. dia ada offer pakej pengantin. japanese lace RM250 je. dapat baju perempuan sepasang dengan baju laki sepasang. french lace lak pakej dia RM450 sama lah dapat kain untuk baju perempuan sepasang and baju laki sepasang.
macam affordable kan RM250 tu. gulati's lak tu. tapi on the way nak ke gulati's tu aku masuk satu kedai cina ni. kedai kain biasa jelah. banyak dia gantung kain pasang lace + satin. aku duk pegang-pegang pastu cina tu cakap,
"amoi, sekalang ada pakej RM190 dapat baju perempuan dengan baju laki"
wow! murah nya. aku pun belek-belek lah. macam not bad gak lak. 190 tu dapat 4m satin + 2m lace untuk perempuan and 4.5m satin untuk laki. yang pakej tu lace dia takde lip lap. ada lah 2,3 yang aku berkenan. ada yang lace dia ada lip lap, pakej nya harga 240.
last-last aku amik je kat kedai cina tu. aku dengan F pilih colour cream. aku tau sekarang orang nikah dah pakai kaler macam-macam tapi mak ayah aku dengan F ni konservatif sikit. tradisi sangat. so, baik aku ambik kaler yang mendekati putih jelah. last-last cina tu bagi 185 je.
kain yang aku beli tu lebih kurang macam ni lah. cream and simple je. ni bukan aku punya. ni aku google
source: here
bagi aku dah ok sangat dah tu. kalau nak cakap pasal kualiti kain tu aku tak taulah. tapi bagi aku ok. baju tu bukan nak pakai kerap pun. alhamdulillah lah sangat dapat beli harga macam tu. sebab mula tu aku letak 200 tu untuk baju aku je sepasang. sekali dapat under 200 dapat F punya sekali.
sebenarnya, pilihan sentiasa ada tak kira berapa pun bajet kita. cuma kena pandailah. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. kalau bajet ciput, jangan lah confident masuk gulati's or jakel. so, pandai-pandai lah ya. :)
1 comment:
i agree!! same goes to me :D
same kot y kt bli..tp dpt lg best rege dia :))
Post a Comment