Friday, November 11, 2011

wedding preps progress & soalan interview (johor).

its been a while since i last update. yelah, konon nya in the mean time taknak fikir dulu. kepala hotak aku kan taknak pikir. macam lah nak kahwin lagi 6 bulan. walhal lagi 2 bulan je. kekdah nya aku malas nak pikir sebab sekolah tengah banyak kerja and sikit lagi je nak cuti. so kira-kira nya aku nak focus pasal wedding masa cuti sekolah nanti. but who am i kidding right? takkan boleh punya aku ignore benda ni. nak taknak pikir lah jugak.

nak kata banyak progress aku tu takdelah. so far major things dah settle kot macam venue, catering, canopy, door gift. i mean dah tempah lah. tinggal benda cotek motek yang aku takut je terlepas pandang mana-mana.

so setakat ni untuk legal documents tu, belah F dah settle. borang dia dah ada pada aku. bahagian aku lak, HIV test dah buat. surat akuan bujang tu dah hantar atas meja GB untuk di sign. this week GB aku tak available. kursus and mesyuarat. by monday dah settle lah part tu. kursus pra-perkahwinan pun dah setel. tinggal lagi nak fotostate sijil nikah mak ayah aku sebab aku anak sulung, pastu carik 2 saksi borang (mesti lelaki and bukan keluarga) saksi tu nanti aku pass kat ayah lah suruh dia cari kawan dia yang elok-elok sikit (imams and bilal are preferable. haha)

pastuuuuu, aku nak revise sikit lah benda-benda masa kursus kahwin hari tu. aku ni sengal sikit. kang masa interview madah tak boleh jawab je plak. F dah lepas dah. masa dia nak submit borang tu terkujat gak sebab selalunya masa hantar borang dia akan schedule kan interview hari lain tapi F kena interview on the dot. nasib lah dia lepas. kalau bab agama tu F better sikit kut dari aku. aku ni sekolah agama takat darjah 4 pastu dah masuk sekolah asrama. huhu.

soalan yang ditanya pada F, 1. mengucap 2 kalimah syahadah dan makna nya sekali  2. rukun nikah  3. niat mandi hadas besar  4. perkara yang mewajibkan kita mandi hadas besar.

ada lagi rasa nya cuma aku tak ingat. interview ni ikut nasib juga. kadang tu dia cuma suruh ucap 2 kalimah syahadah je. ataupun just suruh baca doa qunut. tapi F kena agak banyak. antara topik yang hot ditanya ialah toharah. haha. siapa tak tau gi lah baca ye.

selain perihal legal documents, doorgift yang aku tempah from nisa garden of galleria dah siap. bila-bila masa boleh amik. tak tau lah nak amik camne doorgift sebanyak 2 ribu tu. takpe, nanti discuss dengan mak ayah semula. ok, that's all for now i guess. belum banyak progress. rasanya once dah ada kat rumah pecutan persiapan tu mungkin lebih laju. :)

good luck bride-to-be. jangan sampai jadi bridezilla k?

3 comments:

FarEast said...

Salam b2b.... dari johor jugak.. sebelum nie just silent reader.... just follow u...


**banyak gak step eak... ish......

cik chinta said...

oke...b2b dr johor. baru tau kena itvw. uhhuhu..slalu2 kontek r ek.

FarEast said...

yup faiz baru taw ader itvw.... sbb faiz amik kursus kawin kat UKM.... so x de la interview... :)