Wednesday, September 7, 2011

kursus kahwin dan hantaran perfume.

terlalu selalu terjadi, bila aku ada mood nak berblog, time tu lah internet connection lagi hampeh dari siput khinzir. like seriously! it happens all the time. blog aku dah terabai. tapi tetiba rasa cam nak cerita perihal kawin. so, update blog HBGI*hari bahagia gadis ini* lah instead of BHGI *bicara hati gadis ini* ok aku tau nama blog aku macam mintak penampar kan?

anyway. perkembangan preparation kahwin aku tak berapa nak berkembang sangat. dah nama pun bangsa suka last minute kan. ingat kan bab kahwin ni takde lah aku nak berlast minute kan. kata teruja? tapi dah kalau assignment pun last minute, lesson note pun last minute, ape kejadah nya kes kahwin yang lama lagi tu aku nak terkedek-kedek buat awal-awal? ditambah lagi dengan ayah ku yang konservatif itu.

ayah tak berapa suka buat preparation kahwin awal-awal. beli barang sikit-sikit. pelik kan? mesti orang yang baca pelik. tapi, ya! itu prinsip ayah. katanya takut benda tak jadi. nauzubillah mintak dijauhkan. tapi yelah dia memang tak berapa suka. mak lak cakap dengan aku nak beli pape beli sendiri-sendiri jangan depan ayah aku. haha. tapi aku kan anak ayah, natijah nya aku langsung takde buat apa-apa persiapan sangat. *ceit padahal memang habit buat kerja last minute*

banyak-banyak benda, yang aku baru settle kan ialah kursus kahwin. aku dah attend dah bulan puasa hari tu. aku attend dengan F kat pejabat kadi batu pahat. purposely buat kat bp supaya aku boleh buat sama dengan F and boleh stay umah nenek. *niat tersembunyi: dating lah apa lagi* seperti yang semua sedia tahu, kursus kahwin di johor adalah mahal. sekarang ni bayar kursus kahwin kat johor adalah RM120. aku buat masa bulan puasa so RM100 sahaja minus makan lah kut.

mahal. menyesal tak buat kat maktab masa murah dulu. masa tu ramai gila classmate aku attend. aku masa tu tak terpikir nak kahwin lagi. aku berpeleseran dekat umah sewa kak leha and syada masa member lain sibuk attend kursus kahwin. member lain ada je yang takde boyfriend pon lagi masa tu tapi attend je kursus tu memandangkan murah. aku ni dasar bangsa tak pikir masa depan kut.

takpelah. dah berlalu dah pun. RM200 (aku dengan F) dah pun terbang. hehe. tapi berbaloi la. tempat sangat selesa. penceramah tu so-so la. ada yang best gila tahap setiap 8 saat aku gelak. ada yang boring gila sampai aku either sedang tersengguk sengguk menahan ngantuk ataupun continuously kerling kat jam. adeih bila nak abis ni? haha.

tapi banyak gila la benda belajar. aku ni tingkatan 1 dah masuk sekolah asrama. so aku sekolah agama sampai darjah 4 je. memang ilmu agama agak cetek. ujian pengesanan pun aku menipu. tanya jawapan kat F. hahaha. nasib dia duduk dekat dengan aku. bayangkan lah rukun nikah pun aku macam blur-blur tak ke F rasa cam nak hempuk aku?

ok, habis lah cerita pasal kursus kahwin. nasihat aku, kalau dia ada buat tour kat U ke kat maktab je kat kolej ke. baik lah korang attend walaupun bayang bf pun tak ada lagi. sebab pergi dengan member adalah fun. and i assure u kalau buat kat U atau mana-mana kolej harga dia mesti murah sangat.

yang kedua nya, atas tahap keinsafan yang tinggi tentang betapa bataknya tahap persiapan, aku decide nak mengorak langkah membeli barang hantaran. at least pembuka bicara. sebab aku berpegang pada prinsip, selagi tak start memang tak bergerak lah..

so semalam aku gi bp. di samping beli barang hantaran, boleh jua aku berdating. lama kut tak dating dengan F. objektif : di akhir perjumpaan, aku mesti lah sudah membeli sekurang-kurang nya 1 barang hantaran. refleksi: objektif tercapai. ok ok, it really sounds like lesson note. bwahahaha.

apa aku beli? aku beli perfume untuk F. jenama nya tommy hilfiger. aku pun tak tahu lah jenama tu origin nya memang jena perfume or jenama accessories sebab nya aku dengan F ni memang bukan pemakai barangan branded. seriously kitorang ni selalu perfume beli kat booth-booth je. hidung bau cam sedap beli. aku rasa paling mahal pun perfume aku beli body shop je kut.

source: here

ni lah perfume yang aku beli. aku bau macam sedap je. F pun ok je. jangan suruh aku describe bau dia sebab aku rasa perfume laki dia bau dia sama je lebih kurang. bau maskulin. kalau perfume pompuan kan ada yang bau buah. ada bau bunga. ada bau cam fresh ala-ala baru lepas shower. tapi kalau perfume laki sume ala-ala maskulin gitu.


perfume atas ni dia wrap kan dengan body wash dengan deodorant tommy hilfiger sekali. isipadu perfume tu aku tak hengat. tapi dia kata botol besar. total RM310. takde diskaun. diskaun baru abes sebab dah raya kan. takpe lah. dah aku nak mencapai objektif kan katanya. terlebih sikit dari bajet aku tapi takpe boleh adjust yang lain punya hantaran. kalau perfume tu amek yang botol kecik rasanya RM280 kut camtu lah.

mula nya F macam nak dkny yang botol bentuk epal tu. tapi bukan kaler hijau or kaler pink. kaler dia brown. tapi aku macam rasa dah common sangat dah bau tu. macam ramai orang pakai. plus bentuk dia pun dah common. aku lak ada berkenan bau satu perfume hugo boss tu sebab aku bau adik aku punya macam best. tapi kang adik aku cakap macam tak berkembang lak akak dia ni nak pilih perfume sama je. so tu yang aku end up pilih tommy hilfiger tu. promoter tu pun cakap kalau berpeluh memang dia cover baikk ah. bagus lah untuk F. dia selalu kerja luar.

source: here

aku usha gak perfume pompuan. tapi cam takde yang berkenan. aku ni suka bau manis. bukan manis buah tapi manis makanan. macam candy ke. dulu aku pakai perfume bau cam vanila pastu bau cam coklat and vanila. nama dia omerta pure. tu memang bau kesukaan aku. bau coklat. tapi sekarang aku cari dah tak jumpa perfume ni. dulu aku beli masa warehaouse sale metrojaya.



ada baca kat blog b2b kina. dia pun suka bau coklat. dia beli perfume guess by Marciano. bau coklat. harga RM280 satu set siap dengan apa ntah. nak tau usha blog kina sendiri. aku macam berkenan. tapi kina beli kat sogo. macam mana lah tu aku nak ke kl sana. nak kirim orang takut bau tak serasi lak. ntah lah nanti tengok dulu camne

huh. sekali hapdate amek kau berjela-jela. pastu lagi 2 kurun baru nak update lagi. anyway, kepada b2b harap boleh kasi suggestion. siapa tau pasal perfume bau macam coklat ke. hehe.

1 comment:

Unknown said...

dekat sogo haritu ada nampak perfume bau mcm coklat... huhu xingat jenama pa dear :((

thanks drop by, nora link kamu :)