Sunday, September 18, 2011

photographer johor?

orang lain dah sibuk buat countdown. aku buat muka selamba. padahal lagi 4 bulan je. kau tanya lah apa pun kat aku, semua nya belum! bridal tak tempah lagi. dewan tak confirm lagi. catering tak tempah lagi. baju nikah tak tempah lagi. benda lain macam photog and door-gift lagi lah tak payah cakap.

bukan aku tak excited nak kahwin. tang kahwin tu aku excited sangat. tapi tang preparation tu yang tak berapa nak excited. malas sangat rasa nak fikir. lain lah macam tunang dulu. banyak masa terluang sebab kebetulan masa tu belum posting lagi. duk menganggur je kat rumah.

ni dah start mengajar, busy gila. malas je nak start buat preparation. makin menghimpit perasaan bila haritu beraya rumah F, mak dia dah settle canopy and catering. bridal pun dah discuss. tinggal aku kena fitting je sebab mak dia suh buat baju baru ikut kaler yang dia nak. aduih, cepat betul mak F bertindak.

ntah lah. aku esok nak camping. fikiran tak berapa nak fokus. setakat ni aku tengah usha photog. my preferrence ialah photog sekitar johor. aku taknak bear transportation cost banyak-banyak. so, sesiapa yang ada recommendation boleh lah drop comment sini k? kalau boleh harga yang berpatutan lah. jangan suggest photog yang pernah cover selebriti ye. hehe. :)

3 comments:

oshinz said...

razali -http://mohdrazali.com/: orang batu pahat.

ade lagi satu-artimisme republic kot.

haha.. sori lupe.

cik nurulain said...

razali tak available. AR dalam pertimbangan. ahaaa. im one step ahead. :P

Anis Fendy said...

salam n hai ain..
johor kt ne ek?
kite kt kluang..
nanti wedding leh la jmp2..hehe ;)