Monday, January 31, 2011

3 days left: the progress.

lama tak update bukan sebab apa, banyak benda nak juggle. one thing lah 04/02 ni nak bertunang. 07/02 lak mendaftar kat sekolah. wah. i have too many things on my plate right now. seriously! tapi setakat sekarang ni belum tau lagi daerah and nama sekolah. just tau posting di negeri johor je alhamdulillah. ramai classmates laki dapat sabah and sarawak siap ada yang dapat kapit tau. kena naik bot 3 jam.

ok, enough about the posting. preparation e-day aku ni macam mana? tinggal 3 hari lagi weh.





segala tools and lebihan riben serta renda dah masuk dalam bekas. so far, progress hantaran adalah 75% siap. dah cover pakai plastik siap supaya bunga tak kena habuk. tinggal lagi dulang untuk sireh junjung, bunga rampai tinggal nak masuk dalam bekas. beli buah masuk dalam bekas gak, then cupcakes dengan kuih tradisional. cupcakes amik hari khamis petang. kuih jumaat pagi. sireh dengan bunga rampai tunggu pak ngah hantar daun sireh and daun pandan khamis malam.

sneak peek? huhu. takyah la. tunggu actual day aku snap gambar banyak-banyak. simple je hantaran aku. simple tapi sweet. hahahaha. perasan lah pulak. ok, itu pasal hantaran. tudung aku? dah dapat dah. kak sulastri dah pos kat aku. nice, aku suka sebab bertepatan dengan tema aku iaitu simple tapi sweet, less is more. cuma kaler dia terang sikit. tapi aku rasa nice je. baju tunang? oleh kerana sedikit besar aku fitting balik. esok baru leh amik.

make up? aku dah buat trial hari tu and dah confirm dengan yana. aku dah komen sikit-sikit and bagitau macam mana aku nak. hahaha. aku rasa pening kepala yana tu dengan aku. trial make up yang dia buat untuk aku pun aku kata macam over nak light and simple je. tapi yana tu ok, dia layan je. :)

sekarang?






sekarang tengah mode: souvenir and doorgift pulak. ok, nak tidur lah kejap. sedap betul cuaca macam ni. tak buka kipas pun macam dalam aircond. :) happy preparing you guys!

Sunday, January 30, 2011

PAMERAN PENGANTIN, DUNIA RAJA SEHARI 2(2011)

THIS IS STICKY POST UNTIL 30 JANUARY 2011. SCROLL DOWN FOR LATEST POST.


aku ada mention mengenai pameran pengantin ni dalam previous entry aku. but then masa tengah browse facebook, jumpa lak iklan ni kat one of the bridal site yang aku duk usha. so to bride-to-be yang ada kat selatan or to be specific, johor, moh ler kita meramaikan pameran ni. bertempat di angsana berlangsung selama 10 hari dari 21 januari hingga 30 januari 2011. don't missed out!

Thursday, January 27, 2011

exactly a week left!

haih. lama menyepi. sekarang ni tengah mode menyiapkan dulang hantaran. abis bersepah bilik. gam meleleh sana sini. hahaha. amatur lah katakan. tapi apa pun, puas hati sangat buat sendiri. aku nak sangat share total spending untuk buat hantaran tu. tapi nantilah. bila dah siap hantaran nya, aku snap gambar and then aku outline kan jumlah perbelanjaan nya.

bukan lah nak menunjuk ke apa. saja nak bagi outline kat bride-to-be lain. sebab macam aku sendiri aku suka baca pasal persiapan orang ni, in terms of budget. yelah, kita ni kali pertama, tak mau lah ter overspend. kalau dah ada outline tu boleh agak-agak sikit.

pagi ni, kak sulastri mesej. tudung aku dah siap katanya. lepas aku bank in balance dia akan pos kan tudung tu. fuh,lega satu benda nak settle. tapi pasal baju tunang aku tu macam besar sikit. hari tu memang aku suruh dia besarkan sikit kat punggung sebab time cuti ni badan aku naik. aku takut by the time baju siap, naik lagi badan aku and tak muat lak.

tapi bila aku try baju aku, alahai, terbesar lah pulak lantas menampakkan aku gemok. so maybe arini macam nak mintak akak tu fitting kan balik baju aku tu. hope ok lah. bagus gak banyak yang dah settle. lega sikit hati aku ni. semalam dengarnya yang posting terengganu and kedah dah dapat panggilan.hari ni mungkin boleh check kat website. insya Allah posting nya 7hb feb. wow, 4/2 bertunang, 7/2 start kerja, februari is a great month for me! :)

Monday, January 24, 2011

kisah veil yang tak kesampaian.

huh. lama sungguh tak update. percaya lah banyak dah berlaku masa tak update je. my e-day is less than 2 weeks. baru e-day badan dah rasa lenguh-lenguh sangat. tak tahan betul. setiap hari berjalan sorang-sorang settlekan itu ini.

kalau tak berjalan, kat rumah sibuk google itu ini. penat weh. pada yang e-day lama lagi tu, nasihat aku start lah dari sekarang. 2 minggu dah kira last minute tau. nak cari makeup artist dalam 2 minggu pun susah. nak tempah cupcake pun susah. semua dah fully booked. huhu.

so, previous entry aku dah ada mention pasal pihak F akan bagi 9 dulang padahal janji awal nya 5-7 je which is aku memang prepare 7 je. then bila dia punya jadi 9 and aku cakap dengan mak, mak macam tak kisah je. tapiiiiii ayah kisahhhhhhh. so we have to add.

so, setelah dirombak balik, ni lah senarai barang hantaran untuk F

  1. kain baju nikah
  2. songket nikah
  3. al-Quran
  4. sejadah
  5. tuala
  6. sireh junjung
  7. bunga rampai *bunga rampai ye, ayah yang ortodoks tak bagi guna potpuri je.
  8. buah-buahan
  9. coklat
  10. kek  (cupcake)
  11. ****kuih tradisional tapi tak decide lagi*****

kuih tradisional tu aku dengan mak tak tahu lagi nak bagi apa. pening kepala aku dibuat nya. takpelah. tolak tepi dulu. malas nak pikir dulu. anyway, setelah penat cari veil yang tak sarat tapi tak jumpa, aku terjumpa blog Angel Beads Collection.

akak ni ada buat tempahan veil. ingat nak tempah kat dia je veil. boleh aku customised, tak mau sarat-sarat. then tengok customer dia ramai yang pakai tudung CT bidadari for e-day and nikah. aku macam terrrjatuh cinta. 



terusss aku mesej akak ni. nama dia sulastri. dia macam hesitate sebab tinggal less than 2 weeks. pastu aku apa lagi, merayu lah. huhu. dia kata kalau nak design simple je boleh la dia buat. aku cakap aku memang nak simple je pun. akhirnya dia setuju. siapa berminat, boleh lah berurusan dengan kak sulastri. boleh lawat blog dia, angel beads collection.

howkayh. penat sudeh. nanti dah dapat tudung CT bidadari ni, aku review sikit. next entry nanti aku cerita pasal kisah nak tempah cupcake pulak ye. babai bride-to-be. happy preparing. yang kat jb jangan lupa gi dunia raja sehari 2 kat plaza angsana. :)

Friday, January 21, 2011

make up artist jb (larkin)

at first, aku macam nak suruh nurin je make up kan. dia dah biasa make up untuk team cheerleader dia. actually aku sendiri pun boleh make up sendiri, alah setakat untuk tunang kan? aku selalu menari zapin dengan team aku kat maktab, make up sendiri je. mana ada upah make up artist bagai.

untuk tunang ni aku nak simple je pon. asal dalam gambar nampak cantik and tak pale je muka aku ni. eye shadow pun taknak over-over ngalahkan mak nyah bagai. cuma tulah, muka aku ni tak flawless. ada parut jerawat yang clearlt visible kalau tak cover betul-betul. and ada juga jerawat kecik-kecik. buat masa ni yang besar tak berapa ada. tapi kalau period nanti siap ah.

so then, aku decide, takmau kedekut sangat lah. better aku hire je makeup artist. just nak mintak dia makeup je. aksesori tak payah. (walaupun sampai sekarang aku tak beli lagi tudung and veil tunang). so, anyway, godek-godek kat internet jumpa web yana ni.

macam ok lah. 150 untuk tunang and plus dia perempuan tulen. hahaha. aku sebenarnya suka sentuhan lelaki. diorang kreatif sikit. tapi ayah aku ortodoks aku malas nak argue dengan dia kalau dia tau yang solekkan aku adalah lelaki.

actually at first aku baru tanya-tanya je yana ni about price semua. belum confirm lagi. but then that day, dia call tanya aku jadi tak book dia untuk 04/02 sebab ada orang dah tanya. dia kata sebab aku tanya dulu, dia taknak lah accept offer orang lain senang-senang. dalam hati aku, macam bagus gak dia punya cara kerja. pastu terpikir aku tak test make up lagi, nak terus confirm ke?

then, pikir punya pikir, mana lah aku nak cari lagi make up artist yang dekat je dengan rumah aku kan? aku malas cari yang jauh. kang dia cas transport lagi. so aku terus confirm je dengan yana ni. maybe next week selasa aku gi test make up and terus bayar deposit sebagai tanda book.

bagi B2B yang duduk jb area larkin, taman suria or kampung melayu yang cari mua, boleh lah try yana ni. aku tak try lagi. nanti after aku gi test aku tunjuk hasil kerja dia. kalau nak tengok previous hasil kerja dia, boleh tengok kat sini.

p/s: pameran pengantin kat angsana dah start tau. jom kita terjah. :)

Tuesday, January 18, 2011

stuff for 'hantaran pinggan' ku.

lama tak update sebab kind of busy usha barang sana sini. haha, usha saja lebih beli nya belum gak. takpe, id rather take time dari menyesal sebab bayar lebih. lagipun ni terlanjur ada kelapangan boleh survey banyak-banyak before beli barang-barang.

anyway, semalam aku ada beli barang sikit. beli sikit-sikit dulu. wah, ada hati tu nak buat slow-slow walhal lagi 3 minggu je tunang nya pun.


artificial flower peach and white beli kat SSF harga nya RM9.50 setangkai. setangkai ada 10 kuntum, aku beli 5 tangkai.pastu aku beli gak daun tambahan and manik-manik untuk penyeri gubahan also bought at SSF. balang tu untuk isi hantaran coklat aku beli kat hinode shop harganya rm5.

then black square plate size dia 10 inci aku beli 7 je sebab barang macam kek and sireh junjung takmau letak atas pinggan kut. ntah lah. tak tau lagi. pinggan tu beli kat tesco harganya RM8.90.

ni close up pinggan nya.

lagi, aku beli doily paper size dia kalau tak silap 9 inci kut. sepaket ada 20 keping. sepaket harga nya RM3.72 beli kat tesco plentong. mula nya aku nak pakai pinggan putih untuk hantaran aku. nampak sweet sangat. aku berkenan design pinggan macam ni,


tapi kebanyakan aku survey harga pinggan macam ni yang ada lubang-lubang kat tepi tu paling murah pun RM29. macam mahal lak pada aku. sekali timbul idea nak guna doily paper sebab sekarang kan tengah 'in' gila doily paper tu. lagipun harga nya murah. doily paper tu kaler dia putih so aku pikir kalau guna pinggan putih gak macam tak naik lak. tu yang aku beli pinggan hitam. nanti mungkin akan nampak macam ni,





setakat ni tu je yang aku dah beli. aku still belum beli bekas potpori, balang buah, riben and hiasan kecil, bunga kecik nak letak kat celah bunga rose yang aku dah beli tu and also polistrin untuk cucuk bunga tu. rasa macam aku akan ke SSF semula untuk beli some of the things.

bukan apa, SSF tu banyak pilihan. semua cantik-cantik and buat kau rambang mata. and also, harga sangat affordable. memang tak rasa rugi.

anyway, kepada bride to be from jb, sesiapa tahu tak mana aku boleh beli veil murah-murah? ada satu blogger ni jual veil dia. memang dah kena sangat lah dengan warna e-day aku, tapi beli online ni susah sebab kita tak boleh pegang material nya.

so, im asking sesiapa yang tahu tempat ada jual veil. kalau boleh taknak yang ada manik-manik. nak simple je. dah try usha kat pasar larkin, takde. kat midas mart (smart) ada, tapi kebanyakan nya ada labuci yang sarat barat.

p/s: bila lah nak posting ni? poket dah kering ni. :(

Sunday, January 16, 2011

hantaran: patut kah perempuan sentiasa lebih 2 dulang dari lelaki?

lepas texting dengan F tadi, aku baru dapat tau yang mak dia buat 9 hantaran. gees, aku tak tahu lah ape kebenda nya, tapi aku tak prepared dengan benda ni. hari tu macam deal 5-7 je. so aku dah set mind utk 7 je. or maybe 8 kalau cik ani jadi nak sponsor kek.

so right now, aku dalam dilema. patut ke aku tambah lagi sampai jadi 11 or let it be je? F kata tak boleh bagitau mak aku katanya mak dia sebenarnya tak bagi dia cakap kat aku pasal hantaran. aish la. dalam dilema betul. malu tak mak aku kalau aku punya hantaran kurang dari pihak lelaki? i really don't know.

hm, aku dah setting baik. tunang ni nak bagi barang biasa je. yang grand-grand macam set wallet and belt, jam tangan, perfume, baju kemeja tu semua cadang nak bagi masa kahwin. and seboleh nya aku tak mau bertindan lah. right now untuk tunang, yang ada dalam list aku ialah sejadah, songket nikah, kain baju nikah, al-Quran, sireh junjung, potpori, coklat and buah.


so, kalau aku nak tambah lagi, apa yang sesuai? seriously aku macam buntu lah pulak. patut ke bagi tuala? or kain pelikat? or songkok maybe? urgh! aku betul-betul tak tau. ke nak bagi edible stuff je? tapi apa? hurm. that's one thing.

lepas tu, the other this is, F cakap mak dia upah orang gubah hantaran tu. hari tu aku dengar macam mak dia nak gubah sendiri. so sekarang, aku risau. betul ke aku mampu gubah sendiri? kalau buruk gila camne? aku macam dah hilang keyakinan diri lah pulak sekarang ni.

mak dah warn suruh aku beli terus barang-barang sebab tinggal lebih kurang 3 minggu je lagi. aku pun risau gak. yelah ada aku baca blog mana ntah. bunga yang dia berkenan bila dia datang balik dah tak ada. kalau jadi kat aku maybe gila kejap ah. sebab aku jumpa 1 kedai je yang aku berkenan bunga nya.

anyway, ini keluar dari topik asal. tapi semalam masa aku melawat adik aku kat alor setar, we all shopping kat pacific. pacific ni macam the store lah. yang aku tau dia ada kat bp mall, kluang mall kalau kat selatan ni. anyway, masa kat pasific alor setar tu aku tengok harga ferrero rocher yang 30 bijik harga dia RM33.80. quite cheap mak aku cakap. aku macam tak bape caya. tapi take note lah jugak.



then just now aku gi beli barang faiz kat giant pelangi leisure mall. then aku saja lah nak check out harga ferrero rocher sebab semalam mak cakap yang kat pacific tu murah. turns out kat sini harga dia RM44.50 kalau tak silap. jauh gila beza.

anyway, just nak remind bride-to-be supaya be wise bila membeli. masa chinese new year ni rasa nya banyak promotion. kalau majlis nak dekat boleh lah beli dari sekarang sebab harga memang murah. ada sumber cakap yang harga emas pun murah time chinese new year ni. tak tahu lah betul ke tak.

anyway, aku harap esok bangun tidur aku dah ada ilham or keputusan regarding the hantaran.

Thursday, January 13, 2011

balang dan pinggan untuk hantaran.

ok, hari ni aku nak story pasal hasil hunting aku semalam. hunting for price je pun. i havent purchase anything yet. call me slow or whatever. tapi aku nak survey habis-habis dulu sebelum beli apa-apa. aku taknak overspend. nanti aku nak bagi sikit tips untuk DIY hantaran. tapi next entry lah k?

ok, kalau kelmarin aku gi usha kedai-kedai kahwin sekitar jb and dah jumpa artificial flowers idaman hati aku, hari aku try usha kedai 2N (kedai 2 ringgit) and hinode shop (kedai 5 ringgit). aku nak tengok kalau ada pinggan putih and balang murah. sebab balang yang aku tengok kat SSF semalam cost RM38. bagi aku agak mahal.

ok, mari aku share penemuan aku semalam. gambar yang aku kepilkan aku google je tapi mempunyai tahap kesamaan sehingga 80%. aku just nak bagi gambaran je.

Balang 1

2N larkin depan Mutiara Motor: kecik- RM3, besar RM7.90
Hinode shop tesco plentong: RM5 (saiz lebih kurang macam yang RM7.90 kat kedai 2N)



Balang 2

[bentuk lebih kurang macam ni tapi ada 3 kaki kat dasar]
kedai 2N larkin: kecik- RM12.90, besar- RM16.90



Balang 3

[similar to this shape, minus the handle]
Hinode shop tesco plentong: RM5



Pinggan 1

[white square plate]
midas mart (smart) sebelah carrefour jb: RM13.90 (kecik)
Tesco plentong: besar- RM10.90, kecik RM6.90 *also comes in black and cream ceramic colour*


Pinggan 2

 
source  
[white round plate]
midas mart: RM13.90 (kecik)
tesco plentong:  besar-RM10.90 kecik- RM6.90
giant plentong: RM14.99 (kecik)


ada lagi 2 bentuk pinggan. satu tu oval harga RM14.50, satu lagi tu macam heksagon kut bentuk dia pastu tepi pinggan tu macam ada kelepet bentuk cam karipap. agak unik and cantik. yang besar RM22.90 yang kecik RM11.99 kat giant plentong. aku pun macam dah confuse nak guna pinggan mana. 

huhu ada lagi barang yang aku usha macam bekas untuk letak potpori or bunga rampai. aku ingat dah alang-alang semua ceramic based, macam bekas bunga rampai pun nak guna small glass gak. banyak je choice kat kedai kahwin untuk potpori. ada bekas rotan lah, bekas macam kotak lah.

tapi kalau aku guna tu semua macam lari tema kut? sebab aku guna pinggan, balang. tetiba ada bekas rotan or kotak. anyway, aku nak mintak opinion lah. untuk bekas potpori tu cantik guna gelas macam mana? gelas yang ada kaki ke yang tak ada kaki? lepas tu tinggi ke rendah? bentuk bulat ke 4 segi? huhu. do give me ideas.

 

harap-harap mana-mana bride to be yang baca ni boleh bagi your opinion towards my dilema ni. tak pun just shout out je yg mana you all rasa pleasant untuk buat hantaran.



random note to add:
  • kat tesco plentong ada kedai barang hantaran baru bukak. bride to be from jb can try check it out
  • kedai barang kahwin kat midas mart agak murah harga dia. kotak kayu putih yang aku mention in previous post, dia jual RM35 beli banyak harga leh runding lagi.
  • kedai barang pengantin pesona dekat the store pandan, barang dia sangat banyak and variety. choices of ribbon, kain and manik banyak gila lawa-lawa. tapi bekas-bekas macam dulang hantaran agak kureng pilihan.

Wednesday, January 12, 2011

jalan-jalan usha kedai barang kahwin (jb).

macam yang aku cakap dalam entry lepas, aku pergi usha kedai-kedai pengantin yang aku tahu. tadi aku usha kat 4 tempat. satu kat kempas bangunan kaler biru, satu kat BBU opposite perodua BBU bangunan kaler oren, satu kat dalam angsana and last one SSF depan giant plentong.

sorry lah tak ingat and tak catat nama kedai nya. tapi dengan description yang aku bagi tu harapnya dapat bagi gambaran. anyway yang kat kempas tu turns out to be bridal and bukan nya kedai barang kahwin. nampak macam sama branch dengan yang ada kat jalan TAR bak kata aza lah. rupanya dia jual more to attire je.

next stop aku gi yang kat BBU tu. aku niat nak survey harga je. barang lain aku tak nampak yang lebih kurang sama. yang obvious nampak ialah satu kotak putih kayu. that day aku usha kat kedai kahwin kat taman perling harga dia  RM48. lepas tu aku gi air hitam aku tengok the same size harga cuma RM29.quality aku tak pasti lah tapi rupa memang sebijik and saiz pun sama. turns out yang kat BBU tu pun harga kotak kayu putih tu dalam RM46 gak. so aku simpulkan jb memang barang mahal. alasan? singaporean datang sini shopping. thats why!

kotak putih yang aku maksudkan credit: here

aku usha balang gak. semua harga lebih kurang sama. starting from RM30 onwards ikut saiz lah. selain tu aku gak usha artificial flowers kaler peach. seriously, aku ada berkenan satu bunga kat kedai kahwin taman perling tu. material dia pun soft tak nampak fake sangat. tapi harga setangkai? RM16.90. ada lah dalam 7,8 kuntum bunga nya.perkh, pengsan aku nak membayarnya.

aku try tengok bunga kat kedai kahwin lain. tak berapa nak cantik sangat or mungkin aku je poyo and cerewet lebih. nak real pakai fresh flower la bhai! aku try masuk romantika kat angsana. ada nampak tulip peach yang sweet tapi macam takde idea lak nak gubah nya. pastu bunga dia macam besar. bunga lain kat romantika tu dari jauh nampak cantik. i mean macam dari luar dinding kaca kau nampak eh cantik nya bunga tu. tapi bila tengok dari jarak 3 jengkal dari bunga tersebut nampak lah tersangat stiff and fake. huhu.

aza ajak ke SSF. aku sendiri tak pernah ke SSF tu. aku ikut jelah. SSF terletak opposite giant plentong dekat dengan perodua  plentong. fulamakatak. SSF tu best gila. ala-ala ikea sikit la. dah jb takde ikea kan. barang dia a bit mahal tapi memang quality sangat baik. contohnya macam balang dia. kita leh tengo kaca dia lagi tebal dari yang dijual kat kedai hantaran. yang aku survey tadi harga balang yang aku minat satu tu RM38 (kecik sikit untuk isi coklat) satu lagi a bit besar RM49 ( untuk isi buah)

then aku nampak pinggan putih yang tepi dia ada lubang-lubang tu. just nice je size and shape dia. tapi harga dia RM29 lah pulak. dah sama harga lak dengan kotak kayu tadi. lepas tu aku usha gak gelas kecik untuk buat isi bunga rampai. design comel-comel average harga RM2.50 hingga RM5.00

 pinggan putih SSF harga RM29 lebih kurang macam ni bentuk nya. credit : here

dan yang paling aku suka ialah aku jumpa artificial flower yang memenuhi citarasa aku. tak stiff and tak nampak fake. material dia span kut. kaler soft peach. sweet sangat. saiz pun cun-cun macam yang aku idamkan. harga? ni yang best nya. only RM9.50 ada 10 kuntum bunga. so sekuntum 95sen la. bagi aku berbaloi sebab bunga nya cantik and quite reasonable harga dia.

ribbon? banyak gila yang cnati. rambang mata aku. tak tengok lak harga tapi aza cakap murah ribbon dia sebab akak dia kalau gubah hantaran memang beli kat SSF sebab banyak choice and murah daripada kedai hantaran.

overall, aku tak finalize lagi mana aku nak beli barang nya. balang tu maybe aku nak survey kedai 2 ringgit and kedai 5 ringgit dulu. pinggan pun sama. mahal sangat kalau RM29 tu. ada blogger cakap dia beli kat ikea RM14.90. kalau RM14.90 tu maybe aku masih boleh pertimbangkan lagi memandangkan aku takde nak buat bantal hantaran bagai dah. tapi tu lah, tengok dulu camne.

sorry lah berceloteh panjang tak ada gambar. faham-faham jelah kedai barang kahwin kan. always ada signboard no camera plisss! hahaha. ok, penat dah hari ni. nak ZZZzzzzZZZZzz esok kalau free gi usha balang and pinggan murah lak. :)

p/s: ada kebarangkalian turun batu pahat and shopping kat sana. lagipun member card dah buat heheheh.

Tuesday, January 11, 2011

usha kedai barang hantaran murah.

pagi-pagi dah dikejutkan oleh suara mak. aku tidur bilik faiz semalam sebab broadband aku dah kena barring. so aku online kat bilik faiz guna kabel. bangun tido, aku turun bilik aku and solat subuh. lepas je solat mak dah kerah aku cuci piring clay yang beli kat kilang claytan air hitam semalam.

ouh, aku tak cerita lagi eh pasal semalam? hurm, nanti lah. bila ada masa aku catch up cerita tu. anyway, piring tu dapat dengan harga murah. RM1.50 je despite the quality yang agak bagus. selalu nya barang yang reject dia akan hantar kat satu tempat. so dijual dengan harga murah.

eh, berjela lak kalau nak cerita pasal semalam. to cut it short, dah dapat pun dengan harga murah, so piring tu sedikit kotor. sedikit? haha. tell me about it. sepagi tadi aku dengan mak duk menyental. dia boleh hilang sebenarnya cuma kena cekal sikit lah menyental.

bayangkan ada 178 bijik. ok, sebenarnya mak aku nak beli 200 tapi itu je ada kat kedai tu. haha. gila. ntah berapa ramai ntah nak datang aku tunang? anyway, lepas dah penat menyental tu, aku rest jap. tu pun tak habis lagi. ada lagi suku tersadai kat belakang rumah.

semalam, lepas luahkan perasaan kat blog ni aku cuba rasional kan balik pemikiran aku. apa lah nak emo-emo sangat. apa nak expect? semua orang pun punya taste yang tak sama. tak boleh nak expect mak ayah aku suka apa pilihan aku. ntah-ntah lelaki pilihan aku tu pun mak ayah aku tak suka tapi diam-diam je. haha.

lepas baca komen dari bride-to-be lain yang ada gak mengalami yang sama, aku rasa aku overexagerate masalah aku. kira baik lah tu mak ayah aku willing nak support walaupun kena ikut pilihan diorang. ada tu lagi teruk. mak ayah nak ikut taste diorang tapi pengantin kena bayar. hahaha. so nasib aku baik sikit lah.

lepas tu aku pikir-pikir. sampai bila pun taste mak ayah aku takkan sama dengan aku. so maybe aku kena stick dengan apa aku suka and be firm with it. biar lah orang lain tak suka asal aku suka. tahan je la telinga orang nak kata apa pun.

selama ni pun baju-baju or kasut aku beli mana pernah mak berkenan. tapi aku beli gak sebab aku suka and aku sentiasa konfiden pakai apa yang aku suka.  walaupun mak asyik cakap things like, "macam ni kalau 5 ringgit pun mak takkan beli" harsh right? tapi i get that all of the time.

so aku rasa, aku patut lakukan yang sama gak untuk wedding aku. macam hantaran tu. biar mak cakap cikai pun tapi kalau sweet di mata aku, at least aku akan happy. semalam pun aku chat dengan roomate aku yang baru tunang bulan 11 hari tu, dia cakap hantaran ni kita nak bagi bakal suami kita. elok rasanya ada "air tangan" kita. :)

so yeah, ive made up my mind. cuma mungkin aku kena ubah pendekatan sikit. each time cakap pasal pilihan aku akan cakap aku nak ni, sebab nak jimat duit. i think there is where i was wrong. bila cakap pasal duit mak ayah aku rasa macam aku force diri aku amik benda tu sebab murah. walhal pada diorang money is not the case.

so pasni, bila-bila aku decide something aku akan rasionalize dengan other things macam aku nak buat camni sebab nampak sweet. aku nak buat macam ni sebab taknak renda. aku nak buat macam ni sebab tak ada orang buta or other reason lah.

aku berminat nak buat hantaran guna pinggan. dengar nya macam banyak bride2be yang suka konsep tu gak. syahira pun dengar nya macam tu. aku suka sebab lepas tunang tu pinggan tu boleh reuse buat makan nasi. hehe. pulak tu walaupun harga nya tak mahal, bila dah jadi hantaran nampak elegant sangat. aku tak suka nak guna renda-renda untuk hantaran.kalau boleh just a simple colour combination of ribbon and flowers.

aku siap google "hantaran simple" malam tadi. tapi unfortunately, terms simple tu berbeza bagi setiap orang. cakap simple tapi aku tengok vogue the vasz gila gubahan hantaran diorang. so aku decide untuk hantaran aku ialah "less is more". tak semesti nya simple tapi aku taknak too much things going on pada hantaran aku.

credit : here

credit: here

yang first tu aku suka sebab dia just tabur-tabur je bunga orkid tu. tak payah ada seni mengubah pun boleh buat. combination bekas putih dengan bunga orkid purple tu simple je tapi cantik. tapi semalam aku survey 2 tempat, harga bekas putih tu. kat taman perling rm46. kat air hitam rm29. mahal and lepas guna macam takde function sangat selain untuk isi assortment stuff.

kalau yang kedua ni memang aku suka sebab guna pinggan and memang takde renda sarat barat bagai. just a sweet white ribbon pastu ada gubahan sikit. simple kan? nanti nak guna sejadah tu tak payah pun nak buka pin-pin bagai. i like. cuma maybe aku akan tukar guna bunga ros peach lah ikut tema aku.

ok, banyak gak aku share ni. pas solat zuhur nanti aku nak keluar hunting. taklah hunting pun sebenarnya. nak usha-usha dulu kedai mana yang offer affordable price. aku nak survey harga pinggan putih, balang, ribbon and artificial flower. wish me luck k? to all bride-to-be, happy preparing. chaiyok!

pilihan.

banyak sebenarnya benda aku nak cerita.  persiapan? ada la develop sikit. tapi ntah kenapa aku lebih kepada nak cerita apa aku rasa. aku tak tahu lah orang lain macam mana, tapi at this point pun aku dah tertekan. sedih kadang-kadang kenapa mak selalu tak sehaluan dengan aku.

macam semua yang aku suka mak tak suka. apa teruk sangat ke taste aku ni? sometimes even worse bila adik pun rasa pilihan aku teruk. memang boleh, stick je dengan apa yang kita suka tapi seriously aku jadi kurang keyakinan nak go on dengan apa yang aku suka bila semua macam memperlekeh.

itu bab apa yang nak dipilih. bab methods pun aku jadi tertekan gak. nobody appreciate the fact yang aku try nak buat sendiri hantaran aku in order to cut cost. pada diorang, boleh ke aku buat? jadi ke nanti? elok ke? kalau difikirkan aku pun malas buat sendiri. tapi aku sekarang belum dapat kerja. tengah tunggu panggilan posting.

so aku rasa guilty sangat nak spend a lot on wedding stuff. so aku usaha sedaya upaya nak cut cost even if it meand aku kena DIY sendiri hantaran aku. plus, i have lots of time. tengah tak ada buat apa kat rumah. boleh je kalau nak buat sendiri.

but then even a word af hint tentang apa aku nak buat, dah dikondem gila-gila. macam urgh! sucks nya taste aku ni. whatt? nak buat camni, eh buruk gila selekeh whatsoever. sedih. sedih gila. sometimes rasa cam taknak kahwin pun ada.

susah ke untuk support sikit apa aku nak? its not that apa yang aku buat tu untuk susah kan diorang. apa aku buat tu untuk ringan kan beban diorang gak sebab adik laki aku pun nak kahwin pada masa yang lebih kurang sama.

seriously, apa pun aku buat benda tu sentiasa jadi tak best. kalau aku memang dah ada duit sendiri memang aku tak berapa peduli apa orang cakap pasal apa aku nak buat. biar lah asal hati aku puas. tapi, diorang gak yang nak suruh tunang awal.

hurm.

Saturday, January 8, 2011

tunang ke kahwin?

situasi pertama.
lokasi nya di giant.

mak aku beli coklat sikit. ada coklat ferrero rocher, vochelle, cadbury. campur-campur ada dalam 4 bekas lah. masa nak bayar tu, budak cashier tu menyapa mak.

budak cashier: banyak nya coklat makcik. 
mak: (senyum je bermanis muka)
budak cashier: untuk tunang ke kahwin ni makcik?
mak: pandai nya awak ni. tau-tau je.
budak cashier: dah biasa makcik. 
mak: tapi bukan untuk dua-dua pun. untuk risik.
budak cashier: ha? untuk risik? best nya dapat ni semua time risik je...


situasi dua
kat kedai barang kahwin.

mak malas nak menggubah bagai. yelah, nak risik nya pun esok. mak just nak cari tempat letak cincin dengan bekas letak coklat yang dah dibeli tadi. mak gi dengan aku.

budak promoter: acik tengok lah ye kaler mana minat. nak yang display boleh. nak custom sendiri pun boleh. nanti kitorang buatkan.
mak: oh, kalau yang macam ni berapa ye?
budak promoter: kalau yang ni RMXX. tapi kalau yang macam ni kita bagi RMXX je.
mak: ok, ok.
budak promoter: ni untuk tunang ke kahwin ye acik? majlis bila.
mak: esok. untuk risik. bukan tunang atau kahwin (buat kesekian kali nya)
budak promoter: ha? untuk risik? kalau risik yang biasa-biasa je lah cik. (eh, bukan ke she's supposed to make us spend more? hahaha. kalau tokei dia dengar camne ntah)
mak: tapi yang aku nak risik ni anak datuk...
budak promoter: oh? ok acik. ha, plih lah eh.

hahaha. 2 kali ok orang persoal kan. kelakar pun ada. over ke? aku sendiri tak pasti. sebab masa family F datang risik aku, ada 2 dulang jugak. mak dia bawak cincin dengan sebakul buah. untuk risik awek adik aku ni, mak aku taknak pakai buah, tu yang dia beli coklat.

aku pun kurang pasti dengan adat sebenar. ayah cakap masa ayah risik mak dulu, cincin pun tak ada. just bagi kain pasang je. orang sekarang lak, banyak yang tak datang risik pun. terus je meminang (bertunang). so masa tunang tu bawak 2 bentuk cincin terus. kat kedai barang kahwin tu pun aku tengok gubahan tempat cincin kebanyakan nya ada 2 tempat letak cincin. katanya orang sekarang risik dengan meminang sekali arung je.

even mak F pun masa nak datang risik aku blur. apa nak kena bawak? takkan bawak cincin je? buah tu pun mungkin effort sendiri. pikir sebagai buah tangan and taknak datang tangan kosong. lepas tu mak aku takde idea so nak tiru lah cara mak ayah F risik aku hari tu tapi dia suka-suka je tukar jadi coklat. hahahaha.

barang yang aku dengan mak beli untuk risik esok, biasa je rasanya. mungkin sebab orang jarang buat kut. tu yang budak cashier and budak promoter tu pelik kut. huhu.

over ke? biasa je kan. plus murah je beli dah siap. takyah pening kepala. 



adik aku tu esok nak merisik dia boleh gi konvoi kelab kereta kembara dia lagi.esok pagi-pagi dah nak gerak ke segamat sebab rumah family aza kat segamat. harap segala nya berjalan lancar. ntah-ntah aku dengan idin majlis sama. hee. aku tak kisah pun. bagus lah serentak. boleh jimat kos. aku kan suka cut cost. :)

Monday, January 3, 2011

attention to southern bride-to-be!

tadi aku gi angsana betulkan jam faiz. on the way balik, aku nampak iklan kat bah kind unting tepi jalan. guess what? pameran pengantin! yeah! anyway, the details are as below:

Pameran Pengantin: Dunia Raja Sehari
Plaza Angsana
21-30 Januari 2011

haha. itu je details yang aku sempat nampak sebab tengah driving kan? takkan nak berhenti tepi jalan lak. itu pun tadi masa drive dah kind of distracted. hehe. so, kepada bakal pengantin belah selatan ni boleh lah clear kan schedule untuk attend pameran ni.

p/s: baru je hampa sebab jeles dengan bride-to-be kat KL. diorang boleh gi pameran pengantin malaysia anjuran urban vive event!

Sunday, January 2, 2011

dilema.

dah pagi, tapi aku masih mengadap laptop. blame the nescafe. im doing lots of reading tonight. hei, siapa buat banci kata rakyat malaysia kurang membaca? banyak ok. blog tak kira sebagai reading material ke?

anyways, baca blog ini, rasa macam tak mahu pelamin juga. tak payah lah nak sanding-sanding bagai. its not like sedara mara tengok pun masa sanding. then sebab aku jawa, nanti immediately after wedding memang kena tawaf gi rumah pakcik makcik sorang demi sorang perkenalkan husband secara rasmi. bila fikir-fikir, betul juga. pakai pelamin berapa minit je pun. tapi harga dia mak aih?

 pelamin roman garden which i assume to be mahal gila (according to my budget)
credit: here

baca blog ini pula, rasa macam tak mahu ada hantaran jugak. bukan lah duit hantaran tu. tapi the dulang-dulang and stuff. bukan apa. benda macam tu bagi reason untuk orang judge even more. i mean bila barang tak branded ke apa, orang mengata. sadly,aku ni KISAH lah jugak kalau orang mengata. lagi-lagi libat kan mak ayah aku. so penyelesaian aku untuk terus tiadakan? banyak cantik aku ek. mak ayah F macam mana. diorang tu traditional type.

aku nak cut off those 2 things sebab aku taknak membazir. but then bila baca those 2 blogs aku dapati diorang splurge more on other things macam attire diorang. tengok photog diorang pun, make up artist lagi and the videographer lagi. memang cost a fortune. diorang cut the above things i stated bukan sebab nak cut cost pun. they simply do not favour that kind of thinggy and good for them, their family support what they want.

tapi the thing with me is, my parents are the traditional type. jenis yang nak meneruskan tradisi lama like giving telur as doorgift or souvenir. yang tu memang tak boleh dimansuhkan walhal orang sekarang mana bagi telur lagi?

and lagi, aku tak boleh suka-suka plan my wedding as i wish sebab both F and I are the eldest child. they will be big ceremony for both sides. al-maklum first time kahwin kan anak. and jemputan pastinya ramai. sudah tentu aku tak mahu jatuhkan air muka mak ayah aku depan kenalan diorang. same goes with F.

nampak gaya nya, kena ikut telunjuk mak ayah saja. as much as aku nak dream wedding aku yang simple je, aku taknak buat mak ayah aku sedih or malu. basically aku rasa blog ni akan banyak menyaksikan kekecewaan aku tunduk dengan keputusan yang dibuat untuk aku.

ada kawan-kawan yang suruh aku stand up for myself. yelah. its my day kan? tapi aku tak boleh lah. aku tak mampu. sedih belakang diorang je aku mampu. nak kecewa kan diorang depan-depan and speak up yang aku taknak buat as they wish tu aku tak mampu.

at one point aku decide, aku just nak buat yang terbaik untuk tetamu. gila kan? it supposed to be my day. supposed orang mengalah dengan aku tapi aku lak nak buat terbaik untuk orang. takde lah. buat terbaik tu maksud aku, aku nak bagi makanan yang sedap, makanan yang cukup, souvenir yang beneficial and tak membazir and persekitaran yang selesa untuk tetamu. that way, orang happy attend reception aku and mak ayah aku pun tak malu.

ok tak decision aku tu? maybe tang baju ke, pelamin ke, photog ke aku pilih biasa-biasa je tak payah nak over the top in order to cut cost. bunyi nya dah macam mengkesiankan je ek? tapi sebenarnya bila fikir sedalamnya aku macam tak kisah pun murah asal orang nampak aku macam cantik je, jadi lah. :)

sebab yang aku lagi excited kan ialah life lepas kahwin. jadi wife and dapat family baru. :) cheesy tak? i know i know. memang geli. but its the truth. since i know i want to marry him, i cant stop dreaming about being his wife and how our life would be.

bila fikir macam tu aku macam tenang balik. and macam tak kisah je apa pun bentuk wedding aku nanti. cakap kasar nya, "asal aku sah jadi bini dia, sudah!" hahaha.

but then tiba-tiba came across this article and i went "hurm............................"

how ek? aku ni senang terpengaruh. tapi aku tak boleh buat macam dalam artikel tu. aku ada mak bapak, aku anak sulung. mintak Allah pemrudahkan jelah. yang penting Tuhan tau niat aku.

Saturday, January 1, 2011

souvenirs and door gifts

hai bride-to-be sekalian. ok, im greeting bride-to-be only sebab im guessing cuma b2b je akan baca this kind og blog. tapi kalau ada yang bukan b2b baca gak, greetings to you too.

weekend lepas mesti ramai attend wedding reception kan. cuti sekolah kan, aku rasa ramai je amik kesempatan untuk buat pada penghujung cuti ni. aku tak ada attend mana-mana wedding reception pun last weekend, but my parents did.

and as usual lah sebab dah nampak bayang nak kahwin, aku mintak mak snap snap gambar masa the reception. tapi biasa lah orang tuan especially mak ayah aku. walaupun anak 2 ekor amik graphic and kena usung dslr masa belajar, parents aku adalah paling kayu when it comes to taking photograph. lagi satu, diorang ni malu.

mak cakap, mak nak snap gambar gak tapi ayah kata, "isk, tak payah lah. buat malu je" ceih. malu? its wedding ok. everyone is snapping picture here and there. it the time where people wont mind if you camwhore. hahaha.

hampa tak dapat tengok wedding yang mak ayah aku attend. satu kat stadim bandaraya jb tempat nurin punya cheerleading tournament dulu. that one is dinner reception. another one was held in dewan merdeka kampung melayu.

so, aku cuma dapat tengok souvenir yang mak bawak balik je.

 reception kat stadium bandaraya. kotak anyaman.


dalam dia isi coklat.

reception kat dewan merdeka kg melayu. just gelas besar tak ada isi.


selalu nya souvenir ni semua mak isi dalam satu robok perhiasan tu. dalam tu memang banyak lah wedding doorgift and souvenirs. so tadi masa nak susun souvenir yang baru dapat tu saja lah tengok yang lama-lama and try brainstorm yang mana yang best.

guess what? ayah aku berkenan souvenir from reception kat kg melayu tu. haih. apa lah. aku tak suka. sebab gelas dia besar and aku rasa mesti mahal. tapi gelas tu kosong. isk, membazir je. orang memang tak akan guna buat minum walaupun gelas tu besar. pada aku lah.

antara souvenir yang aku korek dari robok mak aku yang aku berkenan adalah:






lebih kurang macam yang ayah berkenan tapi saiz nya kecik sikit and muat-muat je kalau aku letak telur. lepas tu dia ada tali pemegang so senang tetamu nak bawak.



tak ada lah berkenan sangat tapi kalau ayah insist nak yang macam gelas hijau kat atas tu better macam ni. nampak exclusive. tapi tak ada tali pemegang. aku tak bape suka






yang ni bagi aku unik. bentuk dia macam piramid. best gak sebab ada pemegang and made of songket. hiasan dia tu maybe sarat sangat, kalau aku nak buat aku buat simple je. letak reben je kut. tapi yang ni aku suka.


yang ni pun sweet. kotak je. and ada pemegang gak. :) tapi mak aku kata kotak tu made of recycle paper. eh mak ni. apa salah nya? kita kan nak selamat kan bumi?


ini bukan korek dari robok mak aku. tapi dalam simpanan aku. ini yang aku nak buat dalam plan aku. sebab aku suka anyaman buluh ni and comel je buat isi telur.



basically aku memang nak bagi telur je masa wedding aku sebab ayah aku nak gak terus kan adat. bila dah bagi telur tu aku taknak lah excessive sangat bagi benda lain lagi. so aku memang aim bekas telur comel-comel je. my vote is for the last one yang bujal buluh tu and the one bentuk piramid tu. 

ntah lah. aku ni memang tradisi kut. suka anyaman. suka songket. tapi guess what? mak aku kata aku outdated! argh!!!! its bad enough lah adik aku suka cakap aku outdated in terms of fashion. ni mak aku lak cakap aku outdated.

at the end of the session tau tak ayah cakap apa?

"ni nak pakai duit siapa ni? kalau pakai duit ayah, suka hati ayah lah."

hahaha. kesimpulan yang cukup mudah dari ayah aku ye. takpe lah. redha je. jadi anak sulung memang macam ni lah ye.