Tuesday, January 11, 2011

usha kedai barang hantaran murah.

pagi-pagi dah dikejutkan oleh suara mak. aku tidur bilik faiz semalam sebab broadband aku dah kena barring. so aku online kat bilik faiz guna kabel. bangun tido, aku turun bilik aku and solat subuh. lepas je solat mak dah kerah aku cuci piring clay yang beli kat kilang claytan air hitam semalam.

ouh, aku tak cerita lagi eh pasal semalam? hurm, nanti lah. bila ada masa aku catch up cerita tu. anyway, piring tu dapat dengan harga murah. RM1.50 je despite the quality yang agak bagus. selalu nya barang yang reject dia akan hantar kat satu tempat. so dijual dengan harga murah.

eh, berjela lak kalau nak cerita pasal semalam. to cut it short, dah dapat pun dengan harga murah, so piring tu sedikit kotor. sedikit? haha. tell me about it. sepagi tadi aku dengan mak duk menyental. dia boleh hilang sebenarnya cuma kena cekal sikit lah menyental.

bayangkan ada 178 bijik. ok, sebenarnya mak aku nak beli 200 tapi itu je ada kat kedai tu. haha. gila. ntah berapa ramai ntah nak datang aku tunang? anyway, lepas dah penat menyental tu, aku rest jap. tu pun tak habis lagi. ada lagi suku tersadai kat belakang rumah.

semalam, lepas luahkan perasaan kat blog ni aku cuba rasional kan balik pemikiran aku. apa lah nak emo-emo sangat. apa nak expect? semua orang pun punya taste yang tak sama. tak boleh nak expect mak ayah aku suka apa pilihan aku. ntah-ntah lelaki pilihan aku tu pun mak ayah aku tak suka tapi diam-diam je. haha.

lepas baca komen dari bride-to-be lain yang ada gak mengalami yang sama, aku rasa aku overexagerate masalah aku. kira baik lah tu mak ayah aku willing nak support walaupun kena ikut pilihan diorang. ada tu lagi teruk. mak ayah nak ikut taste diorang tapi pengantin kena bayar. hahaha. so nasib aku baik sikit lah.

lepas tu aku pikir-pikir. sampai bila pun taste mak ayah aku takkan sama dengan aku. so maybe aku kena stick dengan apa aku suka and be firm with it. biar lah orang lain tak suka asal aku suka. tahan je la telinga orang nak kata apa pun.

selama ni pun baju-baju or kasut aku beli mana pernah mak berkenan. tapi aku beli gak sebab aku suka and aku sentiasa konfiden pakai apa yang aku suka.  walaupun mak asyik cakap things like, "macam ni kalau 5 ringgit pun mak takkan beli" harsh right? tapi i get that all of the time.

so aku rasa, aku patut lakukan yang sama gak untuk wedding aku. macam hantaran tu. biar mak cakap cikai pun tapi kalau sweet di mata aku, at least aku akan happy. semalam pun aku chat dengan roomate aku yang baru tunang bulan 11 hari tu, dia cakap hantaran ni kita nak bagi bakal suami kita. elok rasanya ada "air tangan" kita. :)

so yeah, ive made up my mind. cuma mungkin aku kena ubah pendekatan sikit. each time cakap pasal pilihan aku akan cakap aku nak ni, sebab nak jimat duit. i think there is where i was wrong. bila cakap pasal duit mak ayah aku rasa macam aku force diri aku amik benda tu sebab murah. walhal pada diorang money is not the case.

so pasni, bila-bila aku decide something aku akan rasionalize dengan other things macam aku nak buat camni sebab nampak sweet. aku nak buat macam ni sebab taknak renda. aku nak buat macam ni sebab tak ada orang buta or other reason lah.

aku berminat nak buat hantaran guna pinggan. dengar nya macam banyak bride2be yang suka konsep tu gak. syahira pun dengar nya macam tu. aku suka sebab lepas tunang tu pinggan tu boleh reuse buat makan nasi. hehe. pulak tu walaupun harga nya tak mahal, bila dah jadi hantaran nampak elegant sangat. aku tak suka nak guna renda-renda untuk hantaran.kalau boleh just a simple colour combination of ribbon and flowers.

aku siap google "hantaran simple" malam tadi. tapi unfortunately, terms simple tu berbeza bagi setiap orang. cakap simple tapi aku tengok vogue the vasz gila gubahan hantaran diorang. so aku decide untuk hantaran aku ialah "less is more". tak semesti nya simple tapi aku taknak too much things going on pada hantaran aku.

credit : here

credit: here

yang first tu aku suka sebab dia just tabur-tabur je bunga orkid tu. tak payah ada seni mengubah pun boleh buat. combination bekas putih dengan bunga orkid purple tu simple je tapi cantik. tapi semalam aku survey 2 tempat, harga bekas putih tu. kat taman perling rm46. kat air hitam rm29. mahal and lepas guna macam takde function sangat selain untuk isi assortment stuff.

kalau yang kedua ni memang aku suka sebab guna pinggan and memang takde renda sarat barat bagai. just a sweet white ribbon pastu ada gubahan sikit. simple kan? nanti nak guna sejadah tu tak payah pun nak buka pin-pin bagai. i like. cuma maybe aku akan tukar guna bunga ros peach lah ikut tema aku.

ok, banyak gak aku share ni. pas solat zuhur nanti aku nak keluar hunting. taklah hunting pun sebenarnya. nak usha-usha dulu kedai mana yang offer affordable price. aku nak survey harga pinggan putih, balang, ribbon and artificial flower. wish me luck k? to all bride-to-be, happy preparing. chaiyok!

3 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum nurulain,

hi. kalau berminat ni saya nak share link tentang deco atas pinggan, http://pink-orange-theme.blogspot.com/2010/12/hantarans-deco-white-plates.html

nak cerita tentang idea pinggan ni, mula-mula plan nak pakai, lepas tu 50-50 dan beberapa minggu lepas mother kata ok jadi pula. *pening.

saya dah survey banyak tempat, kalau kat mall memang mahal, kedai pinggan mangkuk reasonable sikit harga dia tapi bila kamu cerita ayer hitan terus teringat..

kenapa la tak pergi sana je dari dulu. kamu beli kat mana ye? masa kecik-kecik saya pernah pergi lawatan kilang ceramik. yang menghala jalan johor lama.

kalau dari bandar bp, jumpa simpang 4 bandar ayer hitam, belok kanan tu ke? beli kat situ ke?

cik nurulain said...

huhu sy xbole bg direction yg betul sgt la. yg sy tau, ayh sy keluar ke tol machap. and then, jalan menuju ke air hitam. then nanti nampak tropical village terus lagi. tempat nya belah kanan. tak ingat nama nya. tapi dari luar dh boleh nmpk pinggan n cawan dia susun kat luar. ceramic something something kut nama kilang dia..opposite kilang tu, ada kilang buat toilet bowl klu sy x silap...

cik syahira said...

assalamualaikum nurulain.

ahhaha. ok dah dapat bayangkan. tempat yang sama la tu. if awak ke depan lagi sikit, awak sampai la pekan ayer hitam tu. hihi.

lama tak pergi tropical village.