Sunday, January 2, 2011

dilema.

dah pagi, tapi aku masih mengadap laptop. blame the nescafe. im doing lots of reading tonight. hei, siapa buat banci kata rakyat malaysia kurang membaca? banyak ok. blog tak kira sebagai reading material ke?

anyways, baca blog ini, rasa macam tak mahu pelamin juga. tak payah lah nak sanding-sanding bagai. its not like sedara mara tengok pun masa sanding. then sebab aku jawa, nanti immediately after wedding memang kena tawaf gi rumah pakcik makcik sorang demi sorang perkenalkan husband secara rasmi. bila fikir-fikir, betul juga. pakai pelamin berapa minit je pun. tapi harga dia mak aih?

 pelamin roman garden which i assume to be mahal gila (according to my budget)
credit: here

baca blog ini pula, rasa macam tak mahu ada hantaran jugak. bukan lah duit hantaran tu. tapi the dulang-dulang and stuff. bukan apa. benda macam tu bagi reason untuk orang judge even more. i mean bila barang tak branded ke apa, orang mengata. sadly,aku ni KISAH lah jugak kalau orang mengata. lagi-lagi libat kan mak ayah aku. so penyelesaian aku untuk terus tiadakan? banyak cantik aku ek. mak ayah F macam mana. diorang tu traditional type.

aku nak cut off those 2 things sebab aku taknak membazir. but then bila baca those 2 blogs aku dapati diorang splurge more on other things macam attire diorang. tengok photog diorang pun, make up artist lagi and the videographer lagi. memang cost a fortune. diorang cut the above things i stated bukan sebab nak cut cost pun. they simply do not favour that kind of thinggy and good for them, their family support what they want.

tapi the thing with me is, my parents are the traditional type. jenis yang nak meneruskan tradisi lama like giving telur as doorgift or souvenir. yang tu memang tak boleh dimansuhkan walhal orang sekarang mana bagi telur lagi?

and lagi, aku tak boleh suka-suka plan my wedding as i wish sebab both F and I are the eldest child. they will be big ceremony for both sides. al-maklum first time kahwin kan anak. and jemputan pastinya ramai. sudah tentu aku tak mahu jatuhkan air muka mak ayah aku depan kenalan diorang. same goes with F.

nampak gaya nya, kena ikut telunjuk mak ayah saja. as much as aku nak dream wedding aku yang simple je, aku taknak buat mak ayah aku sedih or malu. basically aku rasa blog ni akan banyak menyaksikan kekecewaan aku tunduk dengan keputusan yang dibuat untuk aku.

ada kawan-kawan yang suruh aku stand up for myself. yelah. its my day kan? tapi aku tak boleh lah. aku tak mampu. sedih belakang diorang je aku mampu. nak kecewa kan diorang depan-depan and speak up yang aku taknak buat as they wish tu aku tak mampu.

at one point aku decide, aku just nak buat yang terbaik untuk tetamu. gila kan? it supposed to be my day. supposed orang mengalah dengan aku tapi aku lak nak buat terbaik untuk orang. takde lah. buat terbaik tu maksud aku, aku nak bagi makanan yang sedap, makanan yang cukup, souvenir yang beneficial and tak membazir and persekitaran yang selesa untuk tetamu. that way, orang happy attend reception aku and mak ayah aku pun tak malu.

ok tak decision aku tu? maybe tang baju ke, pelamin ke, photog ke aku pilih biasa-biasa je tak payah nak over the top in order to cut cost. bunyi nya dah macam mengkesiankan je ek? tapi sebenarnya bila fikir sedalamnya aku macam tak kisah pun murah asal orang nampak aku macam cantik je, jadi lah. :)

sebab yang aku lagi excited kan ialah life lepas kahwin. jadi wife and dapat family baru. :) cheesy tak? i know i know. memang geli. but its the truth. since i know i want to marry him, i cant stop dreaming about being his wife and how our life would be.

bila fikir macam tu aku macam tenang balik. and macam tak kisah je apa pun bentuk wedding aku nanti. cakap kasar nya, "asal aku sah jadi bini dia, sudah!" hahaha.

but then tiba-tiba came across this article and i went "hurm............................"

how ek? aku ni senang terpengaruh. tapi aku tak boleh buat macam dalam artikel tu. aku ada mak bapak, aku anak sulung. mintak Allah pemrudahkan jelah. yang penting Tuhan tau niat aku.

4 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum nurulain,

sama la. saya dan sweetheart pun sama-sama anak sulung. kita impikan majlis yang simple-simple tapi others expected yang grand-grand pula. ish.

emak mahu yang simple tapi bila dengar angan-angan dia rasa.. eh, apsal bunyi grand je? *pitam. mahu itu ini, begitu begini. ish.

well.. tunggu dan lihat je lah kan.

Adawiyah A.Halim said...

sama la dgn saya..adoi..memenihi impian mak ayah. mcm2 diorg plan..tp poket sy jgk kopak..adoi..
sy ska baca artikel td ayat dia betul2 makan dlm..."Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia."
..tp air muka kena jg juga..xsemua org phm diri kita..kewangan kita terutamanya..bukan xmampu..tp membazir sbnrnya..walaupun org kata sekali seumur hidup..
tp pikir2 balik..
kawen untuk selamanya...banyak perkara perlu diambil kira..bnyk kos utk hidup berdua..yang mungkin akan bertambah menjadi tiga..empat dan lima
apa2 pun..kita kena pandai wat budget..pikirkan yg mana perlu dan yg mana tidak
good luck utk kita semua...

cik nurulain said...

syahira: serious? awk pun both ank sulung? haru kan mcm tu? ssh gila nk arrange.


adawiyah: article tu beul tp nk ikut tu ssh sket. we're living in community kan..

~ mizzAmy ~ said...

yer lah kan. terlalu ikut adat, sampai kita jadi mangsa nak kena ada duit banyak2 dulu baru boleh kawin. saper lah pencipta adat nie??? geram betul....