Wednesday, January 12, 2011

jalan-jalan usha kedai barang kahwin (jb).

macam yang aku cakap dalam entry lepas, aku pergi usha kedai-kedai pengantin yang aku tahu. tadi aku usha kat 4 tempat. satu kat kempas bangunan kaler biru, satu kat BBU opposite perodua BBU bangunan kaler oren, satu kat dalam angsana and last one SSF depan giant plentong.

sorry lah tak ingat and tak catat nama kedai nya. tapi dengan description yang aku bagi tu harapnya dapat bagi gambaran. anyway yang kat kempas tu turns out to be bridal and bukan nya kedai barang kahwin. nampak macam sama branch dengan yang ada kat jalan TAR bak kata aza lah. rupanya dia jual more to attire je.

next stop aku gi yang kat BBU tu. aku niat nak survey harga je. barang lain aku tak nampak yang lebih kurang sama. yang obvious nampak ialah satu kotak putih kayu. that day aku usha kat kedai kahwin kat taman perling harga dia  RM48. lepas tu aku gi air hitam aku tengok the same size harga cuma RM29.quality aku tak pasti lah tapi rupa memang sebijik and saiz pun sama. turns out yang kat BBU tu pun harga kotak kayu putih tu dalam RM46 gak. so aku simpulkan jb memang barang mahal. alasan? singaporean datang sini shopping. thats why!

kotak putih yang aku maksudkan credit: here

aku usha balang gak. semua harga lebih kurang sama. starting from RM30 onwards ikut saiz lah. selain tu aku gak usha artificial flowers kaler peach. seriously, aku ada berkenan satu bunga kat kedai kahwin taman perling tu. material dia pun soft tak nampak fake sangat. tapi harga setangkai? RM16.90. ada lah dalam 7,8 kuntum bunga nya.perkh, pengsan aku nak membayarnya.

aku try tengok bunga kat kedai kahwin lain. tak berapa nak cantik sangat or mungkin aku je poyo and cerewet lebih. nak real pakai fresh flower la bhai! aku try masuk romantika kat angsana. ada nampak tulip peach yang sweet tapi macam takde idea lak nak gubah nya. pastu bunga dia macam besar. bunga lain kat romantika tu dari jauh nampak cantik. i mean macam dari luar dinding kaca kau nampak eh cantik nya bunga tu. tapi bila tengok dari jarak 3 jengkal dari bunga tersebut nampak lah tersangat stiff and fake. huhu.

aza ajak ke SSF. aku sendiri tak pernah ke SSF tu. aku ikut jelah. SSF terletak opposite giant plentong dekat dengan perodua  plentong. fulamakatak. SSF tu best gila. ala-ala ikea sikit la. dah jb takde ikea kan. barang dia a bit mahal tapi memang quality sangat baik. contohnya macam balang dia. kita leh tengo kaca dia lagi tebal dari yang dijual kat kedai hantaran. yang aku survey tadi harga balang yang aku minat satu tu RM38 (kecik sikit untuk isi coklat) satu lagi a bit besar RM49 ( untuk isi buah)

then aku nampak pinggan putih yang tepi dia ada lubang-lubang tu. just nice je size and shape dia. tapi harga dia RM29 lah pulak. dah sama harga lak dengan kotak kayu tadi. lepas tu aku usha gak gelas kecik untuk buat isi bunga rampai. design comel-comel average harga RM2.50 hingga RM5.00

 pinggan putih SSF harga RM29 lebih kurang macam ni bentuk nya. credit : here

dan yang paling aku suka ialah aku jumpa artificial flower yang memenuhi citarasa aku. tak stiff and tak nampak fake. material dia span kut. kaler soft peach. sweet sangat. saiz pun cun-cun macam yang aku idamkan. harga? ni yang best nya. only RM9.50 ada 10 kuntum bunga. so sekuntum 95sen la. bagi aku berbaloi sebab bunga nya cantik and quite reasonable harga dia.

ribbon? banyak gila yang cnati. rambang mata aku. tak tengok lak harga tapi aza cakap murah ribbon dia sebab akak dia kalau gubah hantaran memang beli kat SSF sebab banyak choice and murah daripada kedai hantaran.

overall, aku tak finalize lagi mana aku nak beli barang nya. balang tu maybe aku nak survey kedai 2 ringgit and kedai 5 ringgit dulu. pinggan pun sama. mahal sangat kalau RM29 tu. ada blogger cakap dia beli kat ikea RM14.90. kalau RM14.90 tu maybe aku masih boleh pertimbangkan lagi memandangkan aku takde nak buat bantal hantaran bagai dah. tapi tu lah, tengok dulu camne.

sorry lah berceloteh panjang tak ada gambar. faham-faham jelah kedai barang kahwin kan. always ada signboard no camera plisss! hahaha. ok, penat dah hari ni. nak ZZZzzzzZZZZzz esok kalau free gi usha balang and pinggan murah lak. :)

p/s: ada kebarangkalian turun batu pahat and shopping kat sana. lagipun member card dah buat heheheh.

4 comments:

R-YuzSha said...

sha suke idea pinggan putihh tue... hehehehe... nak jugakla....

cik nurulain said...

hehe. suka ke. jom jom kita buat sama-sama t leh tukar-tukar idea. :)

mizzunderstood said...

hi dear!!i'm a b2b in JB 2!! =)
2 la..brg2 kt JB ni mahal2 gile..ari2 i dok usha 1 bakul ni.kt JB rm26-29.then i pegi nilai.n u know what?the same bakul just RM10 je!!
of cos la i borong kt sane.hehe..
kedai kt angsana 2 if u nak beli bunga2 ok la.byk choice & xmhl sgt.but the deco mmg mhl!!tapi..ape nk wat.kt jb mmg xde choice kn?huhu...
=)

nuarpidah said...

nilai dekat kedai apa ek,dan lokasi mana ek, best gak kalau dapat rm10 satu dulang