Friday, January 21, 2011

make up artist jb (larkin)

at first, aku macam nak suruh nurin je make up kan. dia dah biasa make up untuk team cheerleader dia. actually aku sendiri pun boleh make up sendiri, alah setakat untuk tunang kan? aku selalu menari zapin dengan team aku kat maktab, make up sendiri je. mana ada upah make up artist bagai.

untuk tunang ni aku nak simple je pon. asal dalam gambar nampak cantik and tak pale je muka aku ni. eye shadow pun taknak over-over ngalahkan mak nyah bagai. cuma tulah, muka aku ni tak flawless. ada parut jerawat yang clearlt visible kalau tak cover betul-betul. and ada juga jerawat kecik-kecik. buat masa ni yang besar tak berapa ada. tapi kalau period nanti siap ah.

so then, aku decide, takmau kedekut sangat lah. better aku hire je makeup artist. just nak mintak dia makeup je. aksesori tak payah. (walaupun sampai sekarang aku tak beli lagi tudung and veil tunang). so, anyway, godek-godek kat internet jumpa web yana ni.

macam ok lah. 150 untuk tunang and plus dia perempuan tulen. hahaha. aku sebenarnya suka sentuhan lelaki. diorang kreatif sikit. tapi ayah aku ortodoks aku malas nak argue dengan dia kalau dia tau yang solekkan aku adalah lelaki.

actually at first aku baru tanya-tanya je yana ni about price semua. belum confirm lagi. but then that day, dia call tanya aku jadi tak book dia untuk 04/02 sebab ada orang dah tanya. dia kata sebab aku tanya dulu, dia taknak lah accept offer orang lain senang-senang. dalam hati aku, macam bagus gak dia punya cara kerja. pastu terpikir aku tak test make up lagi, nak terus confirm ke?

then, pikir punya pikir, mana lah aku nak cari lagi make up artist yang dekat je dengan rumah aku kan? aku malas cari yang jauh. kang dia cas transport lagi. so aku terus confirm je dengan yana ni. maybe next week selasa aku gi test make up and terus bayar deposit sebagai tanda book.

bagi B2B yang duduk jb area larkin, taman suria or kampung melayu yang cari mua, boleh lah try yana ni. aku tak try lagi. nanti after aku gi test aku tunjuk hasil kerja dia. kalau nak tengok previous hasil kerja dia, boleh tengok kat sini.

p/s: pameran pengantin kat angsana dah start tau. jom kita terjah. :)

No comments: