Saturday, January 8, 2011

tunang ke kahwin?

situasi pertama.
lokasi nya di giant.

mak aku beli coklat sikit. ada coklat ferrero rocher, vochelle, cadbury. campur-campur ada dalam 4 bekas lah. masa nak bayar tu, budak cashier tu menyapa mak.

budak cashier: banyak nya coklat makcik. 
mak: (senyum je bermanis muka)
budak cashier: untuk tunang ke kahwin ni makcik?
mak: pandai nya awak ni. tau-tau je.
budak cashier: dah biasa makcik. 
mak: tapi bukan untuk dua-dua pun. untuk risik.
budak cashier: ha? untuk risik? best nya dapat ni semua time risik je...


situasi dua
kat kedai barang kahwin.

mak malas nak menggubah bagai. yelah, nak risik nya pun esok. mak just nak cari tempat letak cincin dengan bekas letak coklat yang dah dibeli tadi. mak gi dengan aku.

budak promoter: acik tengok lah ye kaler mana minat. nak yang display boleh. nak custom sendiri pun boleh. nanti kitorang buatkan.
mak: oh, kalau yang macam ni berapa ye?
budak promoter: kalau yang ni RMXX. tapi kalau yang macam ni kita bagi RMXX je.
mak: ok, ok.
budak promoter: ni untuk tunang ke kahwin ye acik? majlis bila.
mak: esok. untuk risik. bukan tunang atau kahwin (buat kesekian kali nya)
budak promoter: ha? untuk risik? kalau risik yang biasa-biasa je lah cik. (eh, bukan ke she's supposed to make us spend more? hahaha. kalau tokei dia dengar camne ntah)
mak: tapi yang aku nak risik ni anak datuk...
budak promoter: oh? ok acik. ha, plih lah eh.

hahaha. 2 kali ok orang persoal kan. kelakar pun ada. over ke? aku sendiri tak pasti. sebab masa family F datang risik aku, ada 2 dulang jugak. mak dia bawak cincin dengan sebakul buah. untuk risik awek adik aku ni, mak aku taknak pakai buah, tu yang dia beli coklat.

aku pun kurang pasti dengan adat sebenar. ayah cakap masa ayah risik mak dulu, cincin pun tak ada. just bagi kain pasang je. orang sekarang lak, banyak yang tak datang risik pun. terus je meminang (bertunang). so masa tunang tu bawak 2 bentuk cincin terus. kat kedai barang kahwin tu pun aku tengok gubahan tempat cincin kebanyakan nya ada 2 tempat letak cincin. katanya orang sekarang risik dengan meminang sekali arung je.

even mak F pun masa nak datang risik aku blur. apa nak kena bawak? takkan bawak cincin je? buah tu pun mungkin effort sendiri. pikir sebagai buah tangan and taknak datang tangan kosong. lepas tu mak aku takde idea so nak tiru lah cara mak ayah F risik aku hari tu tapi dia suka-suka je tukar jadi coklat. hahahaha.

barang yang aku dengan mak beli untuk risik esok, biasa je rasanya. mungkin sebab orang jarang buat kut. tu yang budak cashier and budak promoter tu pelik kut. huhu.

over ke? biasa je kan. plus murah je beli dah siap. takyah pening kepala. 



adik aku tu esok nak merisik dia boleh gi konvoi kelab kereta kembara dia lagi.esok pagi-pagi dah nak gerak ke segamat sebab rumah family aza kat segamat. harap segala nya berjalan lancar. ntah-ntah aku dengan idin majlis sama. hee. aku tak kisah pun. bagus lah serentak. boleh jimat kos. aku kan suka cut cost. :)

6 comments:

Adawiyah A.Halim said...

relax jer adek awk g konvoi adek awk tu kan..hehe..sempoi..
seronok nye kalo dpt coklat bnyk2 cmtu =)

Adawiyah A.Halim said...
This comment has been removed by the author.
WillBe.Mrs said...

grand tuh...siap berdeco bagai...cun2..nak merisik msti tnjuk kesungguhan kan...gud luck n congrates..!

kitakesitu said...

hye dear, slamat dirisik esok ...syioknye si dia dpt byk cokelat.hee =)

cik nurulain said...

willbe. mrs + kkitakesitu:

saya dah dirisik 18hb dis ari tu. esok adik laki saya yg nk risik gf dia :) misunderstanding..

lovelyadibah said...

hi cik ain :)

thanks for sharing:)

kita pun xtau kalo nk risik2 nie mcmana.. sbb kita pun rancang nk merisik gak..tp dirisik la..pe tips ea ain??:)