Tuesday, January 18, 2011

stuff for 'hantaran pinggan' ku.

lama tak update sebab kind of busy usha barang sana sini. haha, usha saja lebih beli nya belum gak. takpe, id rather take time dari menyesal sebab bayar lebih. lagipun ni terlanjur ada kelapangan boleh survey banyak-banyak before beli barang-barang.

anyway, semalam aku ada beli barang sikit. beli sikit-sikit dulu. wah, ada hati tu nak buat slow-slow walhal lagi 3 minggu je tunang nya pun.


artificial flower peach and white beli kat SSF harga nya RM9.50 setangkai. setangkai ada 10 kuntum, aku beli 5 tangkai.pastu aku beli gak daun tambahan and manik-manik untuk penyeri gubahan also bought at SSF. balang tu untuk isi hantaran coklat aku beli kat hinode shop harganya rm5.

then black square plate size dia 10 inci aku beli 7 je sebab barang macam kek and sireh junjung takmau letak atas pinggan kut. ntah lah. tak tau lagi. pinggan tu beli kat tesco harganya RM8.90.

ni close up pinggan nya.

lagi, aku beli doily paper size dia kalau tak silap 9 inci kut. sepaket ada 20 keping. sepaket harga nya RM3.72 beli kat tesco plentong. mula nya aku nak pakai pinggan putih untuk hantaran aku. nampak sweet sangat. aku berkenan design pinggan macam ni,


tapi kebanyakan aku survey harga pinggan macam ni yang ada lubang-lubang kat tepi tu paling murah pun RM29. macam mahal lak pada aku. sekali timbul idea nak guna doily paper sebab sekarang kan tengah 'in' gila doily paper tu. lagipun harga nya murah. doily paper tu kaler dia putih so aku pikir kalau guna pinggan putih gak macam tak naik lak. tu yang aku beli pinggan hitam. nanti mungkin akan nampak macam ni,





setakat ni tu je yang aku dah beli. aku still belum beli bekas potpori, balang buah, riben and hiasan kecil, bunga kecik nak letak kat celah bunga rose yang aku dah beli tu and also polistrin untuk cucuk bunga tu. rasa macam aku akan ke SSF semula untuk beli some of the things.

bukan apa, SSF tu banyak pilihan. semua cantik-cantik and buat kau rambang mata. and also, harga sangat affordable. memang tak rasa rugi.

anyway, kepada bride to be from jb, sesiapa tahu tak mana aku boleh beli veil murah-murah? ada satu blogger ni jual veil dia. memang dah kena sangat lah dengan warna e-day aku, tapi beli online ni susah sebab kita tak boleh pegang material nya.

so, im asking sesiapa yang tahu tempat ada jual veil. kalau boleh taknak yang ada manik-manik. nak simple je. dah try usha kat pasar larkin, takde. kat midas mart (smart) ada, tapi kebanyakan nya ada labuci yang sarat barat.

p/s: bila lah nak posting ni? poket dah kering ni. :(

5 comments:

Aimi Hakim said...

nice flower n murah tuh..me pon nak beli dat kind of flower jugak,harap jmpe yang murah..kat trg x bnyak pilihan..trpkse trn Kl=))

Rilla said...

Nice la plate itam ngan doilies. Not sure on the veil, selalu yang jual memang sarat manik

Emme Amalina said...

u da try cari kt kota tinggi?dkt tmpt yg jual bj2 kurung ngn tudung2 2.rase nye cm ade nmpk..
tp xsure la..hehe..

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum nurulain.

suka dengan idea balck plates dan doily papers. unik.

good job! tak sabar nak lihat hasil diy kamu. nanti kita sharing caring ye.

saya dah start arrange barang-barang. tapi masih belum dapat nice decor lagi. sedang try and error. hihi.

Mama Ashraf said...

suka lah dengan plate awak tu..

ada yg wrna putih tak?warna putih harga sama tak macam awk punya harga?