Wednesday, October 12, 2011

drama baju sanding.

hi sekalian.

aku memang bangang part2 nak greet orang dalam blog ni. sebab kat blog personal aku tu aku takde greet orang. aku act as if orang tak baca. as if aku tulis sendiri then sendiri baca. apahal lak nak greet orang kan? tapi blog kawin ni sah sah lah untuk sharing. mesti la aku nak orang baca. :)

bagi yang baca blog ni (ada ke?) mesti tau aku dah set kan priority aku. baju adalah salah satu item yang aku tak kisah nak splurge banyak sikit. (sikitttt je lah) sebab nak nampak cantik and comfortable on that day. ada lah certain amount tu aku target untuk baju sahaja n aku maybe nak sewa tapi buat yang baru. ada kata membazir tapi kalau aku tempah and simpan lagi membazir. siapa nak pakai lepas aku kahwin? nurin? jangan haraplah nak pakai bekas aku nyah!

ok, dalam previous entry aku ada cakap, aku nak survey dulu butik yang ada baju yang cantik. kalau tak ada maybe nak tempah dekat BK je. antara yang aku take into consideration untuk sewa baju baru ialah A* bridal. sebab aku dah pergi butik dia and ada nampak banyak design baju cantik. then mak cakap ada anak kawan dia tu tempah 3 pasang baju baru kat A* bridal tu and it cost 4k. sewa baju baru meaning tempah but lepas tu jadi baju bridal lah. 3 3 dia tempah baru.

aku berkira-kira, macam ok gak since aku cuma nak sepasang je. sampai 3 nak buat apa? so aku target mesti lagi murah. but then aku ada terbaca dalam blog pebbles and roses dia bagi bad review pasal A* bridal ni. (korek sendiri eh entry dia, aku malas nak cari semula) actually dia sensored kan nama bridal tu. tapi mengikut tekaan aku macam memang itu lah bridal yang dia maksudkan.

she's facing some kind of drama gak dengan A* bridal ni. bila mana at first quote harga sekian sekian, tup tup naik lak. naik banyak lak tu. dekat 4,5 ratus gak. tak silap aku dari 900 jadi 1.5k. banyak kan? dia cakap jadi drama sebab deal dengan assistant. tapi bridal ni memang bridal gah. kalau datang jarang kut dapat jumpa owner dia. super bz!

bila dah baca bad review ni, rasa macam tak jadi lak nak amik baju dengan A* bridal ni. taknak amik risk. then malam tadi macam mana ntah boleh chat dengan owner BK thru fb, aku tunjuk design baju yang aku nak. tanya whether dia boleh realisasikan atau tidak. dia kata boleh. pastu, banyak lah diskus tetiba aku macam berkeyakinan lak dengan saiful ni.

at first memang aku kurang yakin part baju nak bagi dia. sebab dia bridal baru. aku rasa dia masih kurang experience. so aku decide amik deko2 je dengan dia. tapi lepas nampak beading work dia masa datang butik haritu and plus cara dia attend customer, aku rasa betul2 berkeyakinan.

so, aku dah decide untuk serahkan pada BK je buat baju aku and F nanti. sabtu ni maybe aku akan bayar deposit supaya saiful boleh start cari material. fuh, tetiba excited nak tengok outcome. aku tengok saiful ni walaupun baru, dia sangat bersungguh. dia willing untuk belajar and dia dengar segala permintaan aku. tak macam sesetengah owner ni. bila aku request nak baju camni camni, dia kata pengantin mana boleh simple. kena meriah and sarat.

eh, suka hati aku lah nak simple ke nak sarat. bukan ke guna duit aku. kalau kau tak boleh buat, tak payah lah nak cantas idea aku. come on, think out of the box. kalau customer nak simple buat jelah simple kan lagi sennag kerja kau tak payah nak lenguh tengkuk kerja kan beadings.

so, its decided! aku akan serahkan part baju pada BK gak. so sekarang nak pening kan make up lak. jb tak banyak talent la. banyak yang orang recommend sama ada nyah atau lelaki tulen. mampos ayah aku ngamuk. ayah tu sekeliling dia imam, bilal, ustaz. anak dia elok je tadah muka kat laki bukan muhrim. huhu. sesiapa boleh tolong aku. please. please. suggest me mua perempuan harga berpatutan!

gambar ni ikhsan google. ampun pemilik gambar. tak save source lak. :(


my desired colour will be like this. nak biru yang soft je. no striking turqoise please. just sweet baby blue. baju laki pun aku mintak BK buatkan exactly like this. aku memang berkenan. :) baju perempuan bukan ni desired design aku. later lah aku reveal. mine will be simpler. 

ok bride-to-be. care to share with me k kalau ada info tentang mua area jb yang talented. aku tak cantik, jadi kena bagi orang yang super talented nak kasi aku jadik gojes. :)

3 comments:

Cik Lala said...

salam. i pun dari jb n i ada tau satu bridal ni. baru jugak. area masai. try tgk. harga boleh runding mcm kawan2. address penuh i tak sure. no phone dia i adalah. kak nor 012-7322130

cik nurulain said...

tq 4 the info cik lala. tp dah decide dgn BK lak. hehe.

Cik Lala said...

sama2 cik ain ;)