Sunday, October 23, 2011

perancangan seminggu dan kenaikan gaji kakitangan kerajaan.

as salam dan selamat hari ahad!

aku baru balik dari rumah pak uda.semalam gi rumah pak ngah. sekarang ni sesi touring rumah pakcik-pakcik. 07/11 nanti adik aku menikah dulu kat segamat. nanti majlis dia serentak dengan aku, meaning 2 pasang pengantin lah masa resepsi aku nanti. jadi nya sekarang ayah tengah dalam proses penghebahan kepada adik beradik dia untuk hantar adik aku menikah nanti.

adik aku memang kahwin awal sikit sebab ayah aku jawa, dia nak lain kan tahun Islam. kata orang kalau boleh menikah jangan tahun yang sama. so, adik aku akan kahwin tahun Islam dan tahun masihi yang berlainan dengan aku. aku ok je, ikut je cakap orang tua. diorang lagi berpengalaman kan. benda-benda macam ni tak boleh banyak soal sangat. :)

anyway sekarang ni cikgu ain (aku lah tu) tengah bercuti selama seminggu sempena deepavali. so, banyak juga benda yang aku plan nak setel kan within seminggu ni.

  • Gi pejabat agama, ambik borang nikah, setelkan mana yang boleh sementara F setel borang dia di bp.
  • Gi bridal, amik measurement untuk buat baju baru. Saiful BK tu cakap harini dia gi cari material untuk baju aku and F.
  • bincang dengan saiful pasal design pelamin nikah and deko bilik. briefly la, pelamin sanding da brainstorm idea sikit-sikit haritu masa bayar deposit.
  • usha kedai makanan ringan. nak cari apa yang sesuai untuk tetamu cilik. tetamu dewasa aku bagi telur isi dalam mug. aku suggest kat mak tetamu cilik better bagi benda yang simple tak payah bagi telur.
  • hantar baju nikah ke tailor. mintak dia siapkan cepat supaya boleh hantar kat Saiful BK untuk buat beadings (simple jela, takde nak bling bling sangat)

setakat ni, tu jelah planning aku untuk seminggu ni. tak tau lah berjaya setel kan semua ke tak. F akan datang jb probably hari selasa. aku suruh dia amik cuti. bukan apa, kalau da nak dekat tarikh nya nanti aku takut ayah dah kurung aku tak kasi keluar, apetah lagi keluar jumpa F. better setel kan perkara yang melibatkan aku dengan dia awal-awal.

also, aku nak pergi pesuruhjaya sumpah. ini bukan regarding wedding, tapi pasal lantikan aku. insya Allah kalau dah setel semua borang, early next year, berubah la gred aku sekaligus naik la sikit gaji. elaun-elaun yang sebelum sah lantikan tak dapat macam elaun rumah dan elaun khas mengajar murid pendidikan khas jugak insya Allah akan dapat after dah sah lantikan.

pastu nak tunggu pasal kenaikan gaji lagi. aku sebenarnya confius sangat dengan belanjawan 2012 yang najid announce ritu. kata nya orang gomen ada kenaikan. tapi aku pun tak reti nak cakap nya macam mana. bila aku baca entry ni pasa sistem saraan baru perkhidmatan awam (SSBPA) , makin pening aku. tapi takpe. tunggu je. ada rezeki adalah. kalau betul naik, alhamdulillah sangat. memang rezeki kami laki bini lah. kami ni dua-dua orang gomen. cuma aku pendidikan, F kesihatan.


1 comment:

KISaHKASiH said...

cikgu p.khas kt muo ke?area mn tu?