Wednesday, October 26, 2011

yang terpendam.

ada benda aku nak follow up sebenarnya pasal preps. sebab haritu kan F datang jb ukur baju..

TAPI,

ntah. nanti lah. momentum tu dah hilang. plus, something happens. hurm.

salah ke kalau aku pilih bridal yang murah? mungkin tak se-gah bridal yang dah ada nama, tak ekslusif, tapi sweet lah and i know i really know i can work with them. plus, agak-agaklah kan nak gah-gah sangat pun. tengok lah berapa kau bayar?

hurm, i really hope i marry THE BEST man. perkh. kalau ayah baca ni mau aku makan penampar. boleh lak cakap camtu. mulut celupar. tak lah, takde kaitan dengan F. i mean i really hope this is it. once. i don't want to have another wedding. cause this one cost me a lot of tears. ;(

sekarang ni, nak buat baik pun macam nak berperang. bukan senang. nak berjimat, nak cuba memudahkan orang tua. seriously, dalam kamus hidup aku bukan senang. bertambah susah bila berkongsi majlis. :( bukan nak ungkit, tapi please lah hargai pengorbanan aku. jadi anak sulung memang macam ni. banyak berkorban :(

i ask around. banyak je, even family yang tak berapa senang pun, the bride mesti hesitate nak share majlis. sebab wedding ni susah nak cakap lah. ia memang perkara besar dalam hidup seorang perempuan. lelaki tak berapa peduli sangat (usually lah)

but being a sister, an eldest sister, aku pikir benda ni. aku amik serius. mak and ayah dah memang nak percepat wedding adik. sebab dia lelaki, bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. my family rasa segan plus tunang adik adalah anak 'somebody'.

at the same time, me pun sama. umur pun dah berapa kan? jarak dengan adik setahun je memang masing-masing dah capai umur ideal untuk kahwin. pikir-pikir takkan parents nak buat majlis selang setahun? macam ntah lah. too soon. kalau pun buat macam mana dengan cost? sebab both my parents kerja, kawan ramai. so jemputan memang ramai. seperti semua sedia tahu bab wedding ni paling banyak makan duit memang tang makan kan?

so yeah. aku yang offer. buat sekali. yerp, aku offer. bukan apa, ayah dengan mak kalau ikut kan macam teragak-agak gak nak buat sekali arung sebab ada kes dalam close family gak. majlis sanding serentak abang dengan adik perempuan. pastu jadi krisis. tu yang parents aku nak avoid. tapi bila fikir pasal cost pastu aku lak dah agree, diorang pun agree.

aku tak kisah pun berkongsi. apa salahnya? dengan adik sendiri kan. tapi yang aku sedihkan bila aku buat something untuk kebaikan, orang cakap macam-macam.

cakap aku ni pilih semua yang murah-murah nanti teruk majlis. :( cakap aku ni nak jimat sangat. hurm. siapalah taknak wedding yang grand? im sure sangat if money is not an issue at all, semua pun nak wedding yang lavish and grand. ramai attend, buat kat hotel, makanan superb, deko mak aih cantik gila. dress stunning and make up gorgeous. siapa taknak? tell me.

but im being realistic. in real life, money is a BIG issue. memang lah both my parents kerja. tapi both pun makan gaji. aku pun, im just a teacher. aku tak regret jadi cikgu. banyak lagi kelebihan nya dari sekadar duit. tapi secara logiknya banyak mana je gaji cikgu? baru kerja tak sampai setahun lak tu.

of course money is a problem. tapi it doesnt mean aku tak boleh kahwin. dengan budget yang ada, aku try lah cater all the needs. bak kata ayah, tak adalah terkurang sangat nanti orang kata kufur nikmat, takde lah terlebih sangat nanti orang kata over the top. yang sedang-sedang je.

susah sangat ke nak appreciate? :(  bukan aku mintak bagi aku duit ke pangkat ke. just try to understand. nak plan wedding ni bukan kerja senang pun. please don't make it harder.

ntah lah. sekarang ni aku macam nak pikir life lepas kahwin je. senang. lepas kahwin berdua. boleh bina hidup dengan husband. corak kan hidup sendiri. nak makan apa, nak pakai apa. murah ke mahal ke, duit aku dengan husband. orang nak kata cikai ke apa ke, lantak pi lah asalkan aku happy.

hurm, cakap banyak-banyak makin sedih lak rasa. dah nak menitik lagi air mata buat ke berapa kali ntah harini. susah nya nak cuba buat baik. orang tetap salah interprete. :(

6 comments:

puan cik eza said...

jgn sedey2 ye~~ mmg byk dugaan sebelum majlis... kene kuat ya!!

FarEast said...

be strong.... mmg terlalu banyak dugaan..... sy pun mengalami aper yg gadis alami..... walaupun baru jew nak bertunang dah mcm2.... yg penting be strong....

Iyrin said...

ouh..dear..
memang banyak dugaan kan masa nak kahwin ni.
I baru je nak start my journey as B2B. Tapi risau juga kalau timbul macam2 masalah. Doa banyak2. Agar dipermudahkan. :)

Nurul Izayani said...

alamak dear..sabar ye..mcm phm je sape y nk grand2 tu..tp pelik la..tu kn majlis u..up to u la nk wt mcm mana kn,huhu..dun give up..do ur best..cuba mintak petunjuk dari Nya..

Glory jane said...

salam nurul ain.....
biar la apa org nak kata, kalau buat grand2 pun, bukan nye dia nak sponser kan? kalau kita tak yah kuarkan duit, ada sponser boleh la buat grand2....

lagi pun buat apa la nak membazir untuk pelamin dsbg nye kan. amik yg simple cukup la. bukan nak duduk lama pun... hahahah

kita buat ikut kemampuan dah la.

sabar ye.... jgn sedih sgt....

yg penting selamat nikah dan majlis berjalan lancar disamping takde hutang piutang selepas majlis, kan?

cik nurulain said...

cik eza:
thanks 4 the support.. :)

fareast:
nak buat event camni mmg byk dugaan. mana fareast bole elak, try la. jgn jd cm ain...

lyrin:
mintak2 tak jd pd u la. apa yg pnting diri kita kan. kita cuba kawal la. thanks tau :)

nurul izayani:
erm paham ke. alamak rs nya mcm obvious je ek. isk isk. jht lak rs ckp cmni kat blog :(

plain jane:
ain pun kalau boleh nk elak hutang2. yelah kan. kita nk start benda baik xkn nk mula dgn berhutang. itu pdpt ain jela...